Sunday, 10 May 2020

Nuzul al Quran


Kedudukan bahu

Semasa tarikan tali panah ,  otot bahu dan belakang yang digunakan, tetapi mungkin bagi pelatih baru, mereka hanya menggunakan kekuatan jari sahaja. 

Sebab itulah kedudukan mesti tegap dan tidak boleh bergerak kerana otot bahu dan belakang sedang bekerja. 



Pastikan juga kedudukan bahu selari supaya tidak penat , dan tarikan boleh dilakukan dengan kuat dan bertenaga. Jika kedudukan bahu kanan senget ke bawah ia akan memberi kesan kepada tarikan anak panah menjadi berat dan tidak stabil.

Latihan dan teknik menjadikan anda pakar. Coach adalah penting untuk membantu anda mengenali apa yang betul dan apa yang salah ketika memanah.

____________________
LAMAN ILMU WAHYU 


Al Quran adalah mukjizat ilmu yang diturunkan kepada nabi s.a.w. secara beransur-ansur dalam bulan Ramadhan. Al Quran adalah cahaya atau nur Ilahi bukan , bukan bersifat bumi. 

Asbab itu cahaya al Quran tidak dapat dipadamkan oleh kuasa mulut manusia. Cayaha al Quran adalah ubat dan penawar hati manusia bagi mengubati penyakit rohani dan syirik.

Al Quran adalah kitab sumber segala ilmu di dunia ini , kitab petunjuk dan pembeza antara benar dan salah . Al Quran mempunyai banyak nama. 

Kekuatan umat Islam bergantung kepada sejauh mana mereka mengamalkan ajaran al  Quran. Umat yang meninggalkan ajaran al Quran akan menjadi seperti buih.

Walaupun membaca al Quran telah mendapat pahala, tetapi memahami al Quran adalah sangat dituntut. Mempertahankan ilmu al Quran adalah wajib untuk dikembalikan supaya diamalkan seperti zaman awal Islam. Mengangkat hukum syariat dalam semua urusan hidup adalah kewajipan semua umat Islam untuk mendapat keredhaan dan hidup yang berkat dari Allah .

_________________
Kata Allah , 
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;


_________________

Jaminan nabi s.a.w. kamu tidak akan sesat selagi berpegang kepada al Quran dan hadis. Apabila kamu berselisih dalam sesuatu perkara atau masalah rujuklah al Quran dan Hadis.


_______________
Kata Allah, 
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


_________________________

Isu terkini ada gerakan mencuba kacau ganggu urusan pemerintahan dan pentadbiran negara. Sila semak al Quran adakah anda di pihak yang benar , di sisi Allah dan Rasul dan undang-undang negara?

Hidup ini akan mati? Apakah jawapan yang akan dijawab di depan Allah jika anda di pihak yang salah?

__________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU , MELAKA 




No comments:

Post a Comment