Percubaan di dalam besen sementara menunggu PKPB ( Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ) dibebaskan
|
Ringan , sesuai untuk anak-anak dan cucu-cucu anda.
Untuk melayan kanak-kanak , ada masa kita kena jadi kanak-kanak |
Alat kawalan ada gohed gostan, ke kiri ke kanan , u turn sila kawal sendiri
Bot kawalan jauh (remote control) sederhana ini , menggunakan kuasa bateri boleh digunakan oleh semua golongan, berbeza dengan bot laju kawalan jauh menggunakan kuasa petrol terhad kepada remaja berusia 14 tahun ke atas.
_____________
Cara mengenali bot
- Kelajuan tecatat pada kotak
- Size bot, ada 2 kaki panjang, 3 kaki, 9 inci
- Jenis bateri yang digunakan
- Kelajuan 20km/jam bagi bot laju kawalan jauh
- Kelajuan bot laju kawalan jauh menggunakan tenaga minyak petrol 150km/jam, ini adalah permainan otai
- Cara buka hanya menggunakan skrew driver bunga yang kecil sahaja
______________
Kami ada menjual beberapa jenis bot mampu milik dan akan diberikan kaedah buka dan pasang.
___________________
Bot tersangkut
Bot tenggelam atau tersangkut di tengah kolam. Jangan cemas, kami ada bot sepanjang 4 kaki untuk datang membantu menyelesaikan masalah anda. Anak anda berpeluang menaiki bot tersebut untuk mengambil bot mereka yang terkandas .
Inilah latihan kemahiran mengurus masalah yang tiada dijual di pasaraya, hanya ada di kolam kami PDP. Ayuh kita bermain sambil berlibur.
Pasukan penyelamat akan membantu anda secara percuma.
_________________
Permainan air di litar bot kawalan jauh kolam PDP.Bot kawalan yang sederhana, mudah dikendalikan untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas . Harga mampu milik dan sesuai untuk mendidik kanak-kanak dengan hobi permainan air dan daya saing .
Kanak-kanak akan pandai
- Menukar bateri
- Menggunakan skrew driver
- Menggunakan alat kawalan jauh untuk mahirkan minda, kecekapan mata, kecekapan mengawal lalu lintas,
- Mendidik kematangan dan mandiri
- Mencetus minda kreatif dan berinovasi
- Mahir dengan alatan teknologi kawalan jauh
- Menanam jiwa gigih, tidak mudah menyerah kalah dan putus asa
- Merasai menang dan kalah , jaya dan gagal
- Mendidik jiwa pandai mengurus masalah
Semua sifat manusia tidak dapat dibeli di pasaraya , hanya akan terdidik melalui pembelajaran secara tidak langsung, salah satunya melalui bermain.
"BERGURU DEMI ILMU, MEMBINA GENERASI BAHARU "
_____________________
Kanak-kanak dapat dijarakkan dari permainan gajet yang kurang mempunyai hubungan dengan alam sebenar dan kurang menggunakan kemahiran mata, telinga dan akal.
Allah cipta kita, yang paling awal terima tugas ialah telinga , boleh mendengar ketika janin berusia 4 bulan dalam kandungan , setelah ditiupkan roh.
Ketika umur tua pula, keupayaan telinga mula ditarik.
______________________________
LAMAN ILMU WAHYU
Ada orang bertanya bagaimana nak kebal dengan dakyah , ejekan dan persendaan orang kepada pendakwah ?
Jawapan al Quran
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
Ada orang bertanya , semua mengaku golongan dan gerakan mereka betul,bagaimana kita nak pastikan yang betul dan benar ?
Jawapan al Quran
Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.
Ada orang bertanya , bagaimana umat Islam begitu kuat dan istiqamah jika mengamalkan al Quran dan teguh dengan prinsip al Quran?
Jawapan al Quran
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;(Al-Baqarah 2:2)
Ada orang bertanya , bagaimana untuk mendapatkan suntikan semangat juang yang kental dan tidak mudah luntur?
Jawapan al Quran
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.(Al-Kahfi 18:6)
Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.(Asy-Syu'araa' 26:3)
______________________
Al Quran penuh dengan ayat-ayat suntikan semangat jihad kepada nabi s.a.w. ketika berjuang menegakkan Islam di bumi ini.
Suntikan semangat langsung dari Allah, bukan dari akal ,manusia. Suntikan bersifat rabbani dan yang meneguhkan hati baginda nabi s.a.w.Tidak ada manusia boleh melawan cahaya agama Allah.
_______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA