Monday, 27 August 2018

Cara membaca geran tanah

Geran tanah adalah surat beranak tanah, ini adalah bandingan yang biasa dibuat oleh para peguam untuk memudahkan orang ramai memahami bagaimana untuk membaca geran tanah.


Contoh geran tanah
_______________
Butir penting bagi geran tanah ialah 

  • Nombor Hakmilik tanah
  • Nombor lot tanah
  • Daerah
  • Mukim
Setiap urusan anda berkaitan tanah samada untuk dijual , dikaveat, hilang geran, pembahagian harta pusaka, gadaian,lepas gadaian. penulisan surat wasiat ,  butiran ini sangat penting untuk anda tahu dan jika boleh ingat.



______________

Geran tanah ada banyak jenis, :
  • Geran Mukim ditulis GM
  • Geran Negeri ditulis GN
  • Geran Pajakan Mukim ditulis PM
  • Geran di negeri Melaka ditulis MCL (maksudnya tanah rezab Melayu) (Malay Custom Land)
  • Hakmilik Sementara  - HSD 
_______________

Soalan lazim 

1. Bagaimana untuk mengenali geran tanah dikeluarkan oleh pejabat tanah mana?

Jawapan 

Lihat pada cop bulat kecil pentadbir tanah di geran tanah anda.

________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
PEJABAT URUSAN 
NO.1A, TINGKAT ATAS,
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU , MELAKA

Sunday, 26 August 2018

Wasiat

Penulisan surat wasiat bagi orang Islam pada asalnya adalah kepada bukan waris atau tujuan bersedekah atau waqaf.

Bahagiannya ialah tidak melebihi 1/3 daripada nilai keseluruhan harta yang dimiliki oleh pembuat wasiat.

Ini kerana peruntukan hukum faraid telah dijelaskan dalam surah an Nisa' bagi orang Islam.

_________________
Susunan waris bagi orang Islam ialah

1. Ibu bapa simati
2. Pasangan si mati 
3. Anak-anak simati
4. Adik beradik simati jika si mati tiada anak atau tiada anak lelaki.Jika si mati masih mempunyai ayah , adik beradik tidak mendapat bahagian.

_________________

Penulisan surat wasiat  memerlukan

1. Pembuat wasiat
2. Penerima wasiat
3. Harta yang menjadi milik sah pembuat wasiat, samada harta tidak alih (tanah, rumah, kebun, bangunan ) atau harta alih (saham , kereta , motorsikal , buku akaun bank, buku tabung haji, kwsp dll)
4. Pengurus atau pentadbir wasiat
5. Saksi

_______________
  • Harta peninggalan si mati yang tidak terlibat dengan penulisan surat wasiat lebih mudah diuruskan di Unit Pusaka di Pejabat Tanah berkaitan.
  • Jika terdapat surat wasiat , ada ketikanya waris terpaksa menguruskan wasiat di Mahkamah Tinggi. Kesusahan waris ialah untuk menyediakan kos guaman .
_____________

PUSAT DAGANGAN PULAI
PEJABAT URUSAN 
NO.1A , TINGKAT ATAS,
KM16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU MELAKA




Wasiat soalan lazim

Soalan lazim
1. Soalan 
Bolehkah wasiat diubah?

Jawapan 
Boleh , jika kita sendiri yang menulis wasiat dan tidak melibatkan pihak pentadbir tanah.

Kita boleh tukar ,ubah dan batal bila-bila masa yang kita perlukan.

2. Jika wasiat ditulis dan didaftarkan di Pejabat Tanah, atas nama Simpan Amanah(deed of trust) bagaimana pula? Bolehkah diubah?

Jawapan 

Boleh, tetapi memerlukan pihak-pihak yang menerima wasiat / penerima amanah menandatangani proses pembatalan tersebut, untuk dibatalkan di atas geran tanah .


_________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 




Wasiat dan tugas waris

Bagi harta peninggalan yang terdapat penulisan wasiat oleh si mati, biasanya waris akan mengenal pasti di mana wasiat tersebut ditulis.

Gambar hiasan

Jika wasiat ditulis dan disimpan di Amanah Raya Berhad, pihak waris hendaklah terus berhubung dengan pihak tersebut yang berkaitan, untuk membuat tuntutan harta pusaka dan melaksanakan wasiat oleh si mati.


______________

PUSAT DAGANGAN PULAI
PEJABAT URUSAN
NO.1A, TINGKAT 1, 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU, MELAKA


Wasiat Harta

Perkara yang paling penting dalam penulisan wasiat harta  ialah dua orang saksi lelaki atau empat orang saksi jika perempuan.

Tanpa saksi penulisan wasiat dianggap tidak sempurna dan tidak sah.


___________________

Soalan lazim
1. Bolehkah wasiat ditulis sendiri ?

Jawapan 
Boleh

2. Bolehkah wasiat ditulis dengan tangan?

Jawapan 
Boleh asalkan ditulis dengan terang dan boleh dibaca.


______________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
PEJABAT URUSAN 
NO.1 A , TINGKAT 1, 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU ,  MELAKA

Wasiat Iman

(Demikianlah wasiat Nabi Ya'akub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)!
Kamu tiada hadir ketika Nabi Ya'akub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya:

"Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?"

Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".

(Al-Baqarah 2:133)


_________________

Sebagai nabi dan rasul , Nabi Ya'akob telah meninggalkan pesanan supaya zuriatnya terus beriman.



_____________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
PEJABAT URUSAN
NO.1 A, TINGKAT 1, 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU , MELAKA