Saturday, 28 March 2020

Cara Memanah Dengan Mudah Serta Selamat



1. Bersedia dengan tenang 

2. Masukkan anak panah pada tali dalam keadaan busur menghala ke bawah (jamin keselamatan di antara pelatih)

3.Tarik tali hingga satu titik , tanda sendiri samada ibu jari bawah rahang , jari telunjuk kat bibir, semua boleh, ikut suka anda

4.Tunggu beberapa detik untuk dapatkan yakin

5. Lepaskan anak panah

6. Rehat dengan sentuh tangan ke kepala/bahu , busur hala ke bawah semula seperti asal


(video di atas adalah bagi pemain kidal )
___________________
Kesalahan biasa bagi pelatih asas

1. Siku tidak diangkat selari dengan bahu atau tinggikan sedikit, tujuan supaya tarikan kita menjadi ringan dan bersahaja

2. Jika siku ke bawah dari bahu , semasa tarikan, kita akan terasa berat , kerana semasa tarikan otot-otot bahu  dan belakang yang bekerja menarik beban


______________

Nota : 

Para pelatih boleh lakukan secara bayangan (shadow) di dalam rumah tanpa alatan , semasa PKP ini , sebagai satu riadhah sihat dan mahirkan tarikan busur . Ajak ibu bapa dan adik beradik, lakukan bersama. 

Semasa tiga minggu ini , jika anda lakukan sejam sehari, anda akan mahir, dan mudah untuk berlatih di litar. 

Semua orang mampu memanah tidak kira usia dan jantina asalkan anda minat dan sihat.


Mulakan dengan panaskan badan telebih dahulu selama 10 minit 


  • Tangan
  • Kaki
  • Pinggang




Panaskan badan dengan lari setempat 

Sejukkan badan sebagai penutup

Sejukkan badan 
______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI (003021717-M)
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI: 019 957 3585

Tutorial memanah -kaedah pasang anak panah

Memasang anak panah /(knocking the arrow)

Cara:

i. pegang busur merentangi badan kita mengahala ke bawah , supaya selamat 

ii. ambil anak panah dengan tangan kanan, pegang dekat dengan bahagian atas , menghala ke bawah 

iii. letak anak panah di atas tempatnya (arrow rest)

iv. pastikan sayap anak panah yang berwarna ganjil keluar busur

v. masukkan anak panah ke tali dengan cara menekannya dengan sempurna

vi. pastikan kedudukannya bersudut tepat 


Busur merentangi badan, anak panah menghala ke bawah, menjamin
keselamatan  



Pastikan bersudut tepat

_________________

PUSAT DAGANGAN PULAI (003021717-M)
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , MERLIMAU , MELAKA

TALIAN KAMI : 019 957 3585




Friday, 27 March 2020

Tutorial memanah -Kaedah mengangkat tangan

Ramai jurulatih memanah membuat bandingan mudah supaya cepat faham dan ingat , cara mengangkat tangan ke kedudukan untuk melepaskan anak panah ialah seperti mengangkat barang dengan kedua belah tangan atau seperti mengangkat takbir ketika solat.

Kedudukan siku selari dengan bahu.



Kedudukan yang selesa sebelum anak panah dilepaskan
(Para pelatih hendaklah membuat latihan
bayangan secara latih tubi di rumah tanpa alatan , terutamanya semasa arahan PKP ini  (litar ditutup) angkara wabak covid-19 ) , selain itu pelatih dapat peluang beriadah dalam rumah bersama keluarga




  • Pastikan bahagian belakang tangan yang menarik tali busur rata dan ibu jari menyentuh bahagian bawah rahang kita 
  • Pastikan tangan kiri yang memegang busur kekal lurus  ke hadapan tegak menahan busur  
  • Kepala juga tegak dan tidak bergerak semasa tali ditarik  
  • Mata melihat ke papan sasar 
  • Semasa tarikan penuh, otot-otot bahu dan belakang yang berkerja , pastikan tali tidak terkena dada kita, jika kurang mahir, boleh guna pelindung dada 


_____________________

Laman tazkirah ilmu wahyu


Kisah nabi Ismail a.s.

Memanah adalah permainan nabi Ismail a.s. di tepi ka'abah ketika berusia 10 tahun bersama kawan-kawan baginda.

Ketika ayahnya nabi Ibrahim a.s. datang dari Paletin untuk mengajak membina kaabah atas arahan Allah s.w.t, ketika itu nabi Ismail a.s. sedang bermain panah. 





Ibrah dari kisah , kekuatan jasmani  / fizikal nabi Ismail a.s. membina ka'abah kerana baginda selalu bermain panah.

_______________
Nota:

Minuman sihat ketika wabak covid -19 ialah ambil beberapa helaian za'faran , dan rendamkan ke dalam setengah cawan air, bila suam minum. 

Amaran jangan ambil banyak kerana za'faran bersifat panas dan mahal.

Orang Nusantara memanggilnya koma-koma, termasuk dalam jenis-jenis rempah.





___________________

PUSAT DAGANGAN PULAI -003021717-M
KM16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI: 019 957 3585



Tutorial memanah , kaedah berdiri

Untuk memudahkan pelatih ingat kaedah berdiri ialah seperti kita hendak memulakan solat , kedua kaki dijarakkan seluas bahu .

Bahu kiri mengadap ke arah papan sasar(target butt) bagi pemain menggunakan tangan kanan. 

Kaedah berdiri ialah bahu selari dengan papan sasar.



__________________________

"ORANG MUKMIN YANG KUAT ADALAH LEBIH BAIK DARI MUKMIN YANG LEMAH"

"AYUH SERTAI LATIHAN MEMANAH UNTUK MENJADIKAN BADAN KITA KUAT DAN AKAL YANG CERDAS" 
_______________________________


LAMAN TAZKIRAH WAHYU



Otak manusia , beza kita dan haiwan kerana diberikan akal 


Nota: 

Sel-sel otak kita hendaklah sentiasa bersambung dengan wahyu supaya tidak sesat , tidak melawan Allah dan diberikan kebijaksanaan  dan ilham dengan ilmu dan pemikiran wahyu.

Kisah Ibu Musa a.s.


Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:

" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), 

maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; 

sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.


Saat cemas dengan kezaliman Firaun , dan dukacita Allah campakkan ilham kepada ibu nabi Musa a.s. 


COVID-19

Badan yang sihat dan mempunyai daya tahan badan yang kuat dapat menghindari kita dari dihinggapi virus covid-19, disertai dengan doa dan ikhtiar serta tawakkal kepada Allah.

Latihan jasmani adalah salah satu cara untuk menguatkan daya tahan badan , kerana apabila jantung  sihat dengan latihan ringan , dan darah mengalir baik , seluruh badan akan sihat. 


Jantung kita ,  Islam sebut kalbu


Jika baik seketul darah ini , baik seluruh tubuh kita , iaitulah hati(jantung)/kalbu 

Tenang adalah petua untuk jantung kita sihat , 
elakkan cemas , Insya Allah kita kuat ,Allah penjaga sebenar kita



Minuman yang baik di musim covid-19, terutamanya , ialah air rendaman buah tamar, ini adalah minuman kegemaran nabi s.a.w.  

Cara
Ambil sebiji tamar, basuh bersih, buangkan bijinya dan rendam dalam cawan, dengan setengah cawan air, setelah 4 jam, kacau-kacau dan minum.


Nota: Semua jenis kurma boleh digunakan, asalkan kurma yang bagus dan berkualiti.


________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI: 019 957 3585 


Tuesday, 24 March 2020

Latihan bayangan di rumah


Bagi pelatih memanah , kini pusat latihan ditutup mengikut arahan PKP, namun anda masih boleh berlatih dalam rumah tanpa alatan.


Mulakan dengan memanaskan badan dan tutup dengan sejukkan badan. 


Panas dan sejukkan badan selama 10 minit  sahaja 


 Faedah panas dan sejukkan badan :


  • Elakkan kecederaan 
  • Elakkan dari menggunakan otot-otot secara mengejut
  • Peluh baik untuk keluarkan toksid dan keracunan dari badan 
  • Sejukkan badan  secara semulajadi dengan berjalan-jalan  dan jangan terus duduk
  • Lakukan dengan senyum 
________________________

Gaya memanah

Boleh dikatakan semua sukan seperti badminton dan  ping pong ada gaya tersendiri. Begitu juga memanah ada gaya berdiri,  memegang busur, anak panah , gaya sangat penting diikuti dan dibiasakan supaya panahan kita tepat dan mengenai sasaran .

Sesetengah pelatih malu untuk membuat gaya yang betul dan memandang remeh bahawa gaya tidak penting. Gaya yang betul dan tepat adalah salah satu faktor kejayaan anda untuk mendapat panahan yang tepat.

Berhenti sekejap , sehingga yakin baru lepaskan anak panah  . Mulakan dengan bersedia, tarik , tunggu beberapa detik untuk dapatkan keyakinan dan lepaskan .

Memanah mendidik kita tenang , fokus (khusyu') , berani membuat keputusan , merendah diri / tawadhu' dan yakin diri.
__________________________
Semasa latihan memanah pelatih hendaklah menumpukan kepada ketepatan bukan jarak. Jarak permulaan ialah 15 kaki sahaja.



Ketepatan didulukan dari ghairah mencuba jarak yang jauh


Setelah anda mahir dan tepat memanah , barulah dianjak secara perlahan-lahan sebanyak 5 kaki untuk satu anjakan, iaitu 15 kaki, 20 kaki, 25 kaki dan 30kaki.

Kemahiran anda memanah dengan tepat ke dalam kawasan berwarna kuning yang mempunyai 10 mata , barulah mudah untuk pindah ke jarak yang lain secara beransur-ansur.

________________

Bagaimana nak tahu kita telah mahir dan menguasai teknik memanah dengan baik?

Ukuran mahir ialah setelah anda melakukan setiap pergerakan tanpa perlu berfikir lagi. Contohnya anda tidak perlu berfikir lama untuk mengambil kedudukan dengan letak kaki dan badan.


Sekiranya anda masih teragak-agak dan terkial-kial untuk duduk di posisi yang betul , mengambil masa yang lama untuk berfikir, ini bererti anda masih belum mahir dan menguasai cara berdiri .


Begitu juga memegang busur, memasukkan anak panah ke tali busur, menarik dan melepaskan .


Jika anda dapat lakukan dengan cekap, tertib, tenang , yakin dan seronok, beerti anda telah mahir, menguasai kaedah /teknik memanah dengan betul. 


"Latihan menjadikan anda pakar."

Untuk menguasai sesuatu kemahiran dan kepandaian anda perlukan 


  • kesungguhan
  • matlamat yang jelas 
  • azam 
  • minat 
  • istiqamah  
  • masa  
  • tenaga  
  • berfikiran positif 
  • kuat dan bijak untuk menentang cabaran   
  • dan kewangan yang cukup


Jika anda gagal memenuhi syarat di atas , kemahiran dan kejayaan dalam latihan memanah hanya tinggal impian dan ilusi sahaja.

___________________________
Latihan bayangan 

Percubaan anda untuk memulakan latihan dengan jarak 30 kaki terus adalah sia-sia kerana anda gagal mempelajari ketepatan  memanah .

Gaya ini perlu dilatih selalu supaya kita mahir dan tidak kekok. Kemahiran menguasai gaya adalah salah satu cara mudah untuk mahir setiap sukan.

Contohnya dalam sukan memanah, pelatih masih boleh lakukan gerakan atau gaya memanah secara bayangan (shadow).

Lakukan  langkah,
1. Berdiri seperti solat
2. Lakukan gaya memegang busur panah
3. Lakukan seperti memasukkan anak panah ke busurnya (knocking)
4. Halakan anak panah ke bawah seperti kita memegang senapang hala ke bawah  


Menggayakan anak panah hala ke bawah 

5. Angkat busur dengan halakan anak panah ke atas (ke l



Menggayakan tangan naik ke atas dulu sebelum ke posisi sebenar 

6. Tarik semula ke kedudukan asal untuk memanah menghala ke target butt


Kedudukan sebenar untuk melepaskan anak panah

7. Gayakan tarikan


Murid tahun 5 

8. Lepaskan anak panah , setelah kita yakin 


Ulang gaya ini secara bayangan, apabila anda turun ke litar memanah sebenar , amat mudah bagi anda untuk menguasai.


Ini dapat menjimatkan masa berbayar anda di litar, kerana anda telah mahir dengan melakukan kerja rumah, iaitu latihan bayangan.


Selamat berlatih sehingga anda mahir. 


"Latihan menjadikan anda pakar."

************

"Memanah dapat dijadikan senjata pertahanan diri "
"Memanah dapat dijadikan aktiviti riadhah sihat"
" Semua orang boleh memanah bermula seawal usia 5 tahun"





Litar sebelum disiapkan 

Litar yang dah disiapkan 
Ada 4 litar , maksudnya dalam satu masa 
empat pelatih boleh memanah 
___________________
PUSAT DAGANGAN PULAI
KM16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585


Monday, 23 March 2020

Alam tanaman

Allah cipta tanaman dan ternakan untuk diolah oleh manusia bagi  dijadikan masakan yang sedap dan lazat. Ikan puyu yang dimasak dengan rempah ratus sangat lazat dan sedap.  Nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
_______________________


Pokok limau purut 
(Daun dan buahnya digunakan untuk hilangkan bau hanyir ikan dan penyedap masakan )


Nota : 

Musim covic melanda dunia, disarankan oleh pakar perubatan supaya banyak mengambil minuman panas dari  limau dan buahan citrus sebagai vitamin c, untuk ketahanan badan dari serangan virus tersebut di kerongkong kita )

_______________________

Pencinta herba korner 


                                        

Perhatikan bunga ketum menyamai virus covid-19.

Pencinta herba dan orang yang 'arif dalam bidang ini,telah menggunakan rebusan daun dan bunganya sebagai minuman harian dan untuk rawatan penyakit tertentu.

Nenek moyang kita menggunakan nikmat herba melalui pengamatan dan amalan serta kemahirran mereka.


Nota: Larangan dan haram hukumnya jika direbus pekat dan dicampur bahan lain sehingga memabukkan.
______________

Kata Allah:

Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; 

dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; 

dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). 

Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; 

dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); 

sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.

(Al-An'aam 6:141) |


 __________________

Sistem Allah Ta'ala cukup indah dan sempurna. Allah berikan kita langit dan bumi untuk hidup, dari langit turun air untuk suburkan bumi .

Dari bumi naiknya air untuk turun dalam bentuk hujan dan  embun , semuanya dengan kerjasama matahari dan angin dengan arahan Allah . 

Semua makhluk lain ta'at dengan sistem Allah Ta'ala , hanya manusia yang ingkar dan lawan Allah , lawan tabi'e ketetapan Allah. Adalah bukan suatu yang  pelik Allah turunkan virus covid-19.

Angin , tanah dan semua cakerawala, bulan , bintang dan lain-lain  penting untuk kelangsungan hidup makhluk dan bumi ini. Kuasa siapakah yang mengatur dan mengawal ini semua? Semuanya tertakluk di bawah kekuasaan Allah.


______________

Kata Allah

Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? 



Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.


______________________________




Kolam ternakan ikan buatan 

(Kita hanya mampu membuat kolam ternakan ikan , tetapi dari segi zat pemakanan , habitat (tempat tinggal) kita tidak dapat menandingi apa yang Allah cipta di sungai, laut , paya dan lautan milik Allah)

Ilmu yang sedikit yang Allah berikan kita hanya mampu membuat kolam sahaja, tetapi tidak dapat membuat makanan asli  dan habitat (tempat kediaman) fitrah )

____________________

Kata Allah dalam surah Luqman 


Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.



Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Luqman 31:27) |


______________________________

Kata Allah, (Ayat Kursi)



Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya

yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,

sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;

dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)




______________________
Kata Allah,

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; 

maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". 

Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? 

Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". 

Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. 

Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. 

Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

(Al-Baqarah 2:61

______________
Isu semasa 

Covid-19 wabak yang sedang melanda dunia, ramai yang menyarankan agar mengambil rempah ratus ,bawang  sebagai makanan yang menguatkan daya tahan badan dari terkena jangkitan virus berbisa itu.

Jika diperhatikan Allah telah sebut lama dalam al Quran pemakanan tersebut.

______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU MELAKA

TALIAN KAMI : 019 957 3585