Saturday, 26 November 2022

ZAHID MUNGKIN DISINGKIR MENERUSI UNDI TIDAK PERCAYA ATAU EGM SEBELUM PEM...



*******
Kembali kepada al Quran bahawa bersatu kita kuat dan musuh gerun.
Allah tidak marah kita tersilap dan lupa, sebab itu kelemahan dan sifat buruk umat, cumanya Allah nak kita bertaubat dan kembali kepada wahyu.

Kemenangan tertangguh dengan penipuan musuh adalah tapisan orang beriman dan munafik.

KULIAH DHUHA, MASJID RUSILA

Warisan (Anak Kecil Main Api) | Lagu Patriotik Malaysia



*********

Kita masih ada masa membaiki kemenangan  dengan membaiki ilmu, iman dan sikap kita dengan jihad menegakkan syariat Islam . Kita tidak pernah kalah di mata Allah.

Istiqamah berjuang dan berdoa senjata mukmin.

📢 LIVE Kuliah Pagi Jumaat Medan Ilmu- 25 Nov 2022

WARKAH WASIAT RAJA HAJI FISABILILLAH KEPADA SELURUH BANGSA MELAYU (1784M...

Tugas saya ialah untuk melaksanakan amar makruf nahi munkar

Anwar Ibrahim PM Kerajaan Minoriti, bukan PM Kerajaan Perpaduan

Tugas saya ialah untuk melaksanakan amar makruf nahi munkar

Semak dan imbang diri kita berada di mana

 Ciri orang munafiq:, syarat munafik mesti Islam:


1. Menipu

2. Mungkir janji

3. Beralasan menolak wahyu

4. Beralasan untuk tidak keluar jihad

5. Khianat kepada amanah

6. Maki ulama'

7, Benci ulama'

8. Halang majlis ilmu

9. Halang kerja dakwah

10. depan lain , belakang lain

11. Tipu Allah, rasul dan orang beriman

******************

A014

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

(Al-Baqarah 2:14)


**********

Perangai ketua munafik di Madinah, kerajaan nabi s.aw., depan nabi mengaku beriman, dengan orang Quraisy Mekah, kroni, proksi mereka , bersekutu menentang nabi saw. 


**********


Balasannya

A145

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. 


Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

(An-Nisaa' 4:145) |


**********



Gelar orang beriman bodoh adalah perangai Musyrikin

 A013

Dan apabila dikatakan kepada mereka: 


"Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". 


Mereka menjawab:


 "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" 


Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


********
Menggelarkan orang beriman ikut nabi saw sebagai kalangan bodoh adalah perangai orang jahiliah musyrikin Mekah pada tahun 600 Masehi.

Tabiat ini muncul kembali pada tahun 2022 Masehi , di kalangan umat kita Melayu Islam. Ini menunjukkan tahap ilmu dan iman mereka ada masalah.

Kita tidak boleh larang dan kawal apa orang nak tuduh, fitnah dan tohmoh kita.

Kita tidak rugi apa-apa, cuma merekalah yang rugi.
Tugas kita hanya seru dan nahi mungkar.

Dalil orang menipu dalam gelap

 A015

Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).


*****
Allah tidak terus membalas orang yang menipu, supaya mereka terdera, meraba dalam gelap, silap tarikh masuk gaung.

Mereka yang ditipu termasuk kalangan yang dizalimi, doa terus naik ke langit.

Kekal tenang dan istiqamah munajat dan ikhtiar.