Wednesday, 29 April 2020

Teknik Memanah Tanpa Terkena Libasan Tali Pada Lengan



Latihan menjadikan anda pakar 

Berlatih dengan tunjuk ajar dari coach adalah yang terbaik kerana anda akan dapat teknik /kaedah yang betul.

Berguru dalam tradisi menuntut ilmu dan kemahiran memerlukan pengorbanan
1. Masa
2. Tenaga
3. Wang ringgit

Ilmu dan kemahiran tidak datang bergolek , dalam tradisi Islam adab menuntut ilmu wajib dituntut secara berdepan dengan guru (talaqi).

Jangan berguru dengan alam maya yang bersepah , di langit terbuka kerana kita tidak pasti kesahihannya, ada ketika lebih kepada lawak jenaka dan trend sahaja.

____________________

Tuesday, 28 April 2020

Tutorial memanah- cara rawat kesan lebam

Jika anda terkena tali busur(getah), dan lebam di bahagian lengan, jangan cemas, segeralah cari ais ketul dan letakkan di bahagian lebam tersebut .Balut dengan tuala kecil.

Kata orang , jangan cepat mengalah, kesalahan kita itulah akan bertukar menjadi kemahiran jika kita tekun dan istiqamah berlatih . Sifat tekun adalah anjuran nabi s.a.w kita dalam membuat sesuatu perkara, biar sedikit asal tekun dan berterusan.

Istiqamah adalah sifat yang baik menuju kejayaan dan mendepani cabaran. Semua kerja dan lapangan ada cabaran tersendiri , ini adalah fitrah dan sunnatullah.Oleh itu pasakkan sifat istiqamah di hati , bukan lari dari cabaran .Perbaiki setiap kelemahan dan kesalahan dengan uji kaji dan banyak belajar dan bertanya coach anda.








Selamat berlatih
Latihan menjadikan anda pakar
Ambil coach untuk tunjuk ajar, sebab kata orang tua-tua, berguru kepalang ajar ibarat bunga kembang tak jadi 

Buat kajian tarikan busur kita yang mana betul dan yang mana salah

Kaji dan kenali teknik yang betul dan teknik yang salah dan terus perbaiki dan berubah

Tanpa bimbingan coach anda hanya mampu memanah tetapi tiada teknik /kaedah yang betul dan tepat.

Latihan dengan teknik yang betul barulah anda mahir dan pakar.

Anda akan rasai kelainannya.

Guru /coach adalah ibu bapa ilmu kita.


Memanah berkuda -Gambar google

____________________
LAMAN ILMU WAHYU 

Kata Allah 


Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, 


kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; 

dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. 

(Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: 

"Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).


Qarun mendakwa kekayaannya kerana dia bijak merancang ekonomi dan kewangan. 


Kata Allah

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". 

(Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? 

Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

(Al-Qasas 28:78)


______________________

Kaya manapun manusia masih mengharapkan Allah untuk masuk syurga. Jika kaya sahaja tetapi tauhid tidak ada, syirik di mana-mana, sukar untuk mendapat redha Allah. 

Sedangkan kayanya Allah, Pemilik alam ini tidak pernah mengharapkan kepada makhluk. Kekayaan yang Allah berikan kepada Qarun, Firaun, Haman dan Namrud, tidak jejaskan Maha Kayanya Allah, ibarat mencelup jarum ke dalam lautan yang luas , air yang melekat di jarum tidak mengurangkan sedikitpun air laut tersebut. Begitulah bandingan Maha Kaya , Allah. 

Seharusnya kita malu kepada Allah untuk lawan Allah dengan sedikit kekayaan yang Allah berikan.

Pembinaan jati diri manusia tidak cukup dengan kaya benda sahaja, tetapi juga perlukan kaya jiwa juga. 

Nabi-nabi dilahirkan dalam keadaan susah , untuk membentuk jati diri manusia, mudah bagi Allah untuk memberikan kekayaan kepada para nabi, tetapi sunnatullah tidak demikian.

Nabi-nabi juga tidak mewariskan dirham dan dinar kepada umat, tetapi mewariskan ilmu. 

Oleh kerana itu dengan mempamirkan kekayaan benda untuk muncul sebagai pembawa obor Islam, sedangkan nilai input ilmu agak kurang, maka berlakulah huru hara dan pertembungan dalam memahami dan melukiskan keindahan ilmu Islam. 

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya beza antara orang  'alim dan orang 'abid seperti bulan purnama di kelilingi bintang-bintang , 'alim adalah bulan dan 'abid adalah bintang.

Kekecohan di alam maya sengaja dicipta untuk mengelirukan umat. 

Sekiranya umat Islam memahami ilmu Islam dari guru yang benar dan belajar secara talaqi, umpan yang dilemparkan musuh bertujuan menjadikan umat resah tidak akan ditelan dan dibahas tanpa ilmu . 

Sebaliknya perbahasan dengan sandaran mata dan emosi dengan hujah beberapa keping gambar yang dilontarkan sebagai umpan yang sangat mengena.

Hanya ikan sepat tidak makan umpan. 

Musuh yang telah mengkaji gelagat dan tabiat manusia sangat berjaya menjolok emosi manusia , hingga mencetuskan suasana hingar bingar. 

Hilang keindahan Islam, yang muncul kekalutan , samada yang kalut itu hanya suka-suka atau ada agenda tersembunyi untuk melukis dan mewarnakan para ulama' sebagai badot dan wajar dipinggirkan dan digantikan dengan menjulang 'abid di langit tinggi.

Halusnya jarum musuh memasuki pemikiran umat Islam, untuk hilangkan keyakinan kepada ilmu Islam dan digantikan dengan kecelaruan dan kekeliruan.

Namun begitu janji Allah pasti, kamu tidak akan dapat memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut-mulut kamu. 

Allah menjaga agamanya kerana cahaya ilmu Islam itu bukan cahaya sembarangan cap ayam yang mampu dimusnahkan,seperti cahaya api dan cahaya lilin yang mampu ditiup untuk memadamkannya .

Cahaya al Quran adalah cahaya Allah dari luh mahfuz/ baitul izzah. Kitab hanya kertas sebagai alat untuk mudah membaca dan memahami kalam Allah. Jika zaman nabi ditulis di pelepah tamar.

Ilmu al Quran adalah nur / cahaya yang mampu merubah hati manusia yang keras, dengan izin Allah . Nur /cahaya hidayah Allah hanya masuk ke hati manusia dengan ilmu .Ulama' mengatakan ilmu ,  iman dan amal. Islam ini diamalkan dengan mengikut hukum syariat bukan ikut selera dan logik akal yang memilih ikut kehendak dan kemahuan dan tinggalkan yang tidak sesuai selera.

_______________

Kisah muallaf di zaman dulu 1960an digambarkan sebagai orang yang belum faham dengan hukum hakam Islam , dibuat cerita lucu bagaimana 3 orang muallaf bersembahyang dan bercakap dalam solatnya.

Pak Imam Dengan Mualaf

ok, cerita lawak kali nie masih lagi pasal tok imam, kali nie kisah tok imam dengan mualaf lak. selamat berhibur ya..
Kisahnyer bermula begini.. ada la 4 orang muallaf yang baru masuk Islam... Depa nie baru jer belajar bab semayang..


kira tau asas jer lah.. 

Pada suatu hari, ketika mereka sedang sembahyang Isya' berjemaah.. Pak Imam nie jadi Imam la kan.. depa pat orang lagi jadi makmum... Pehtu, dalam depa dok semayang nie... ada la sekor tikus besar lalu depan depa... pehtu.. muallaf pertama berkata" Ehh..Tikus..tikus..besarnya..". Tiba-tiba muallaf yang kedua menegur muallaf pertama,"Waktu Sembahyang tak boleh bercakap, nanti batal sembahyang"... Muallaf ketiga lak marah kat muallaf yang kedua,"habis yang ko tu bercakap..".. dan muallaf terakhir pun berkata," Nasib baik aku tak bercakap".. Tuk Imam yang dok kat depan tu pun tergelak..Kesudahannya, semua orang batal sembahyang...Sekian adanya.....


_________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU MELAKA 



Tutorial memanah-mengelak bahaya

Jika anda pemanah baru kemungkinan bahaya lengan dilibas oleh tali busur panah mungkin terjadi.Bagi yang tidak yakin selamat boleh gunakan lapik lengan yang disediakan. Apabila lengan dilibas oleh tali panah akan menjadi lebam.

Kesalahan memegang busur adalah punca utama terjadi hal ini .Lengan tidak ditarik keluar semasa melepaskan anak panah , kedudukan siku ke dalam .
Gaya ini sebelum lengan diturunkan ke kedudukan untuk sedia membidik 

Ada 3 gaya

1. Anak panah dihunus ke bawah semasa memasukkan ke tali busur supaya selamat dari terkena rakan sebelah 
2. Kemudian tangan di angkat  begini untuk gaya dan keyakinan diri 
3. Kembali ke kedudukan asal dan melepaskan anak panah
________________


LAMAN ILMU WAHYU 
Perbezaan antara ahli ilmu ('alim)  dan ahli ibadat ('abid) seperti bulan purnama di tengah-tengah bintang cakerawala. Bulan purnama adalah kiasan untuk ahli ilmu dan bintang-bintang ialah ahli ibadat.(Maksud hadis)


Kata Allah 

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya).

Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. 

Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

_________________________


Al Quran adalah sumber ilmu, benarlah kajian Gladstone bahawa untuk lemahkan umat Islam , jauhkan mereka dari al Quran. Kini perkara ini sedang terjadi , umat terpecah kepada 4 jenis

1. Penyeleweng 
2. Golongan yang pertahan 
3. Golongan yang jahil kerana belajar tidak habis atau baru belajar
4. Golongan jahil murakkab iaitu tidak sedar bahawa dia jahil 

________________
Peribahasa Melayu mengatakan 

1. Air setengah tin , sentiasa berkocak
2. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin runduk
3. Jangan ikut resmi ayam bertelur sebiji riuh sekampung
4. Diam ubi berisi
5. Berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi 

_____________________

Kata Allah jangan kamu membicarakan tentang tuhan kamu tanpa ilmu. 

Kata Allah , 


Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.





Pertelagahan di mana-mana puncanya tidak memahami ilmu al Quran. Jika faham kebenaran hanya satu jangan kamu ragu.  Mempunyai ilmu, faham tetapi ada tujuan yang lain dari kerana Allah ini juga satu masalah dan punca pertelagahan. 

Sedangkan tujuan manusia dicipta untuk memakmurkan bumi Allah dengan tugas khalifah, menegakkan politik dan ekonomi Islam.


Orang yang pertama mendapat naungan Allah di padang Mahsyar ialah pejuang politik Islam untuk menegakkan hukum Allah di bumi dan memakmurkan bumi dengan syariat Islam.

Ini kerana cabaran berjuang dalam politik Islam sangat getir , pahit , penuh onak dan duri dengan tentangan dari umat yang jahil dengan ejekan, perli, mempersenda, memperlekeh, mentertawa secara berjemaah , meminggirkan dan pelbagai ragam jahat sijahil atau si 'alim yang ada tujuan selain Allah.

Riuh rendah dan gegak gempita di alam maya , konon suara netizen; benar suara netizen tetapi ada tok dalang di belakangnya samada dari musuh, atau dari tali barut musuh.

Umat jahil yang nabi s.a.w. umpamakan seperti buih tanpa jati diri dan ilmu agama, menari galak dengan  gendang musuh yang dipalu santai dan menidurkan umat dalam kejahilan dan kebenaran palsu rekaan musuh.


Kata Allah 

Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.

_________________________


Snouck Hronge orientalis Belanda , sanggup menipu masuk Islam untuk mengkaji kekuatan umat Islam dan ditemui, al Quranlah yang memberi kekuatan dan jati diri kepada umat Islam . 

Memakai nama Abdul Ghafur sehingga sanggup pergi menunaikan haji di Mekah. 

Akhirnya mereka mengambil kata sepakat untuk jauhi umat dari memahami isi al Quran, kerana selagi mereka berpegang kepada isi Al Quran , umat Islam tidak boleh dipatahkan . 

Mereka menyusun strategi hanya dibenarkan sekadar baca sahaja al Quran. 

Hasilnya kini sedang kita lihat, umat Islam bertelagah, orang 'alim dilukis dengan watak buruk dan jahat, melalui filem, penulisan dan pertelagahan di media sosial yang tidak pasti siapakah pencetusnya , yang melempar umpan untuk umat Islam sambut dan telagahkan secara terhormat  dengan sandaran foto, emosi dan nafsu semata-mata.

Benarlah wahyu Allah , yang buta itu bukan mata tetapi mata hati di dalam dada kamu. Lihat surah al Hajj, ayat 46 , dalil ini.

Pertelagahan di Asia Barat dengan melemparkan umpan semangat kebangsaan Arab dan isu hukum ranting yang mempunyai banyak sandaran ijtihad para ulama' . Umat Islam yang cetek ilmu al Qurannya terus menelan umpan hingga tercetusnya peperangan. 

Sedangkan Islam mengajar kita khilaf adalah rahmat , kerana kita ada banyak sumber rujukan . Apa yang terjadi , isu khilaf di kalangan 'ulama' muktabar dijadikan senjata musuh untuk pecah belahkan umat Islam.

Musuh sentiasa membuaikan umat Islam dengan keseronokan dan sekali sekala lagakan mereka  dengan isu ciput yang dibesarkan dengan menjolok dan menyuntik emosi dan ,minda umat. 

Bersoraklah musuh, dan kita juga bersorak tetapi kampung kita tergadai seperti Pak Kadok. Isilah masa dengan mendalami ilmu al Quran supaya faham gambaran Islam dengan ilmu yang jelas.

Jangan jadi seperti si buta menghuraikan binatang gajah, mengikut apa yang mereka rasa sahaja.Begitulah jika kita tidak faham dan tidak jelas gambaran (tasawwur )  Islam , kita akan melukiskan Islam mengikut selera kita dan akal kita yang memang bersifat dangkal. Kita rasa kita bijak , tetapi hakikatnya kita hanya jahil murakkab.

Sekadar membaca sahaja al Quran belum mencapai tuntutan memahami ilmu al Quran. Walau bagaimanapun membacanya tanpa faham pun pahala tetap dapat. 

_______________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU, MELAKA 

Sunday, 26 April 2020

Tutorial memanah-istiqamah

Memanah mengajar kita sifat istiqamah atas landasan yang betul. Jika salah cara duduk di atas landasan, mata anak panah akan tersasar dari papan sasar dan sukar untuk mendapat panahan tepat ke mata 10 markah .

Gabungan sifat penumpuan (fokus) ke papan sasar ke titik mata point 10 , kaki mesti istiqamah di atas landasan/litar yang betul , tidak ada sebab untuk gagal.

Jika masih gagal mungkin kekurangan latihan atau masih ada darah gemuruh. Kebiasaan atau latihan menjadikan anda pakar  , mahir dan cekap memanah.

Kedudukan yang betul ialah istiqamah di atas garisan yang hujung jari kaki kita selari dengan titik point 10 mata.

Faedah latihan memanah

Jika ibu bapa ingin menanamkan sifat fokus , terarah dan istiqamah ke dalam jiwa anak anda, ajarlah mereka memanah. 

Korbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membina generasi al Quran yang berkualiti.

Merekalah yang akan menyambung mata rantai perjuangan Islam. 

Ketika nabi Ya'akob akan mati dia memanggil semua anak-anak baginda, dan bertanya selepas aku mati tuhan kamu yang mana yang kamu akan sembah? 

Ini kerana para nabi tidak mewariskan dinar, dirham dan emas kepada zuriat baginda tetapi akidah Tauhid, akidah perjuangan dan ilmu.

____________________

Mata 10

Istiqamah atas landasan yang betul , 
jangan peduli kata-kata lawan atau orang ramai 
-Didikan yang baik untuk tahan cacian dan makian orang kepada kita . Ini kerana sifat musuh memang jahat dan rendah minda, jika mereka baik, mereka bukan musuh perjuangan Islam  

Bersedia, tarik, tunggu untuk hadirkan keyakinan dan keselesaan,
 terus lepaskan tanpa pedulikan sorak sorai orang ramai  dan pihak lawan

Apabila kita banyak menyertai pertandingan , darah gemuruh dan gabra kita akan hilang secara beransur-ansur, sebab itulah latihan memanah sesuai dan baik untuk membentuk jiwa berani dan yakin anak anda

__________________________ 
LAMAN ILMU WAHYU 

Allah jadikan perjuangan Islam ini payah,tidak mudah , tetapi , 

Cek (Hisab, semak )diri kita sendiri, bukan hisab orang lain 
  • Banyak mana kita bagi derma kepada perjuangan Islam
  • Banyak mana kita bagi sumbangan tenaga fikiran kepada perjuangan Islam
  • Banyak mana ikhlas kita dalam perjuangan Islam
  • Banyak mana kejujuran kita dalam perjuangan
  • Apa tektik kita  dalam perjuangan 
  • Apa strategi kita dalam perjuangan
  • Kita kena faham perjuangan Islam penuh dengan macam-macam ujian, 
  • Kita kena yakin, kemenangan Islam dijanji Allah
  • Kita diajar tiada kerajaan yang kekal di atas dunia  , yang kekal Allah Taala sahaja
  • Kita mesti betulkan sikap dan pendirian kita yang penting 
  • Kita mesti ISTIQAMAH dengan makna tetap di atas jalan yang betul dan mengikut perancangan yang betul dan meneruskan perjalanan perjuangan  samada 
  • Kita mati , kita bertemu dengan Allah dalam keadaan kita bersama dengan perjuangan ini, atau 
  • Kita sempat melihat kemenangan itu, masalah melihat kemenangan di atas itu bukan urusan kita, itu urusan Tuhan
  • Yang penting kita mengakhiri hayat dalam perjuangan ini, 
  • Marilah sama-sama kita mendokong perjuangan yang mulia bersama dengan Islam, 
  • Kita rebah bangun dengan Islam
  • Kita tenggelam timbulnya  dengan Islam
  • Hidup mati dengan Islam 
  • Insya Allah kita selamat di dunia, dan selamat di akhirat
Taujihat (pesanan perjuangan ) Tok Guru Hadi di Himpunan Fastaqim 60k 17 Oktober 2015


____________________
Kini cabaran selepas kemenangan 1441 Hijrah /2020Masehi 
Umat terbahagi kepada beberapa golongan :
1. Penyeleweng 
2. Kalangan yang mempertahankan 
3. Kalangan yang jahil dan belajar tidak habis
4. Kalangan yang jahil murakkab iaitu yang tidak tahu dia jahil


Sebab itu kita dapati banyak belaga di kalangan umat, samada sengaja dilagakan atau berlaga antara pemikiran akal sahaja dan pemikiran yang pedomannya wahyu.

Ada ketikanya sengaja dicipta isu sebagai umpan untuk melagakan umat, tujuannya untuk pecah belahkan umat secara tidak langsung.

Berbeza dengan zaman sahabat di Madinah tahun 1Hijrah hingga 100 Hijrah
________

____________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717 -M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

Tutorial memanah - fokus



Faedah memanah ialah melatih tumpuan (fokus ), minda tumpuan (fokus) kita banyak membantu kita memanah tepat. Kesan secara tidak langsung pula, minda tumpuan menjadikan akal kita tajam dan bergeliga. Akal yang pintar cerdas adalah dari badan yang sihat.
Tumpuan (fokus)  ialah khusyu' ketika melepaskan anak panah ke papan sasar. Jika kita buat sambil lewa tentunya tidak tepat panahan kita dan mungkin tersasar . 

Tumpuan (khusyu') ialah melatih kita memberi sepenuh perhatian ketika melepaskan anak panah. 

Kisah khusyu' dalam solat Sayyidina Ali karrama wajhah, ialah boleh dijadikan ubat bius ketika mencabut anak panah di badannya. 



Panahan yang penuh persediaan dan fokus, tenang , yakin dan faham tidak mungkin kita tersasar.



__________________________-
LAMAN ILMU WAHYU


                                                   

Allah Maha Kaya , apa yang diberi kepada kita, seperti celup jarum ke dalam laut, air laut tidak luak pun.

Semua milik Allah, tetapi kita lawan Allah.


__________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA