Saturday, 13 June 2020

Apa itu geran tanah?

Geran tanah dalam bahasa mudah ialah surat beranak tanah. Segala maklumat mengenai tanah ada dicatatkan. 


  • Nombor geran tanah  

  • Nombor lot tanah

  • Daerah dimana tanah  itu berada, contoh di daerah Jasin 

  • Mukim di mana tanah itu berada , contoh mukim Serkam

  • Keluasan tanah , berapa ekar, berapa hektar,berapa rantai 

  • Jenis tanah , tanah pertanian, tanah bangunan , sawah padi , tapak rumah kediaman 

  • Sekatan tanah 

  • Syarat tanah

  •  Bayaran cukai tanah

  • Sejarah tanah samada tanah pusaka, jual beli, pajakan, gadaian dan apa saja yang berkaitan tanah



  • Nama pemilik tanah , pemilik mutlak atau pentadbir sahaja, 

  • Pelan tanah

  • Geran tanah berkongsi / bersyarikat


  • Tanah geran negeri
  • Tanah geran sementara
  • Tanah geran mukim
  • Tanah adat
  • Tanah anugerah 
  • Tanah rezab Melayu



************************




***********************************

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA 



Harta Pusaka

PDP pejabat urusan harta pusaka menerima tetamu yang berhasrat menyelesaikan masalah harta pusaka pada jam 6.00 petang, 06/06/2020, Sabtu , setelah 10 minggu tutup operasi kerana PKP(Perintah Kawalan Pergerakan).

__________________
1. Soalan , kenapa harta pusaka perlu difaraidkan?
Jawapan : Urusan pembahagian harta pusaka wajib dibuat kerana perintah Allah, sila rujuk surah An Nisa'/ayat 1-16.

**************
Kata Allah,  
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. 

Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. 

Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. 

Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. 

Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. 

Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. 

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. 

lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu 

(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


********************
2. Soalan , jika tidak buat dan dibiarkan nama si mati atau nama pentadbir apa salahnya?
Jawapan: Salah dari segi hukum Allah , berdosa sila lihat surah an nisa'/10. Balasan orang yang makan harta anak yatim , tidak boleh diampunkan kecuali oleh orang yang punya harta tersebut.

************
Kata Allah dalil 
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.


***************

3. Soalan, tanah kecil, waris ramai , macam mana nak buat. 
Jawapan, setiap masalah , Allah janjikan ada dua jalan keluar, jika kita sukar faham dan tidak mampu selesaikan , sila lantik orang tengah; samada  peguam, perunding cara atau waris yang faham.Jika tidak diselesaikan di atas dunia, di akhirat lagi rumit sebab tidak hapus kira walaupun masa yang lama. 

Ini kerana sebahagian waris akan mendakwa, kisah lama, tidak perlu diungkit. Maksudnya sapu sampah, simpan diam-diam bawah karpet, kata pepatah omputih. 

Sepatutnya sampah terus disapu dan dibuang ke tong sampah dan dibawa ke tempat pelupusan sampah, ha ha ha

Wajib diungkit supaya yang bersalah dapat betulkan kesilapan, minta halal, pulangkan balik harta yang terambil dan bertaubat nasuha serta berterus terang dengan waris.

Akhirat adalah hari penyesalan dan bukan hari perkiraan .Dunia tempat perkiraan dan hisab diri sendiri.


*******************
Kata Allah 
Dan pada masa itu sekiranya tiap-tiap seorang yang berlaku zalim (kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain) itu mempunyai segala yang ada di bumi, tentulah ia rela menebus dirinya dengan semuanya itu (dari azab yang akan menimpanya); dan mereka tetap akan merasa sesal serta kecewa manakala mereka melihat azab itu; dan Allah putuskan hukum di antara mereka dengan adil serta mereka tidak akan dianiaya dengan keputusan itu.

*******************
Prinsip istiqamah bersama syariat Islam , tidak menipu dalam harta pusaka dan tidak boleh ditipu, sebab menipu itu haram dan ditipu itu bodoh . 

******************
Akidah Islam menjadikan minda kita dinamik dan tidak jumud .

**********************
Hala tuju akidah dan syariat Islam itu jelas halal dan haramnya , tidak patut kita hanyut dalam gelombang yang diharungi .

*********************
Jangan biarkan diri kita ditipu dalam kacamata (spek) berwarna dalam memahami hukum faraid sehingga kita tidak nampak warna asal hukum faraid itu hukum Allah yang wajib ditunaikan , sebagai tanggungjawab pengurusan harta pusaka. 

*********************
Sesat dalam akal yang dangkal atau kotak akal


  • Ada di kalangan orang Islam yang mengeluh kononnya kesian orang perempuan , dapat setengah sahaja daripada harta pusaka , lelaki dapat 1 bahagian. 
  • Harta suami saya , saya yang penat bekerja keluar subuh balik malam dan menguruskan urusan rumah tangga pula, kenapa ibu bapanya  pula mesti dapat bahagian 1/6 daripada harta peninggalan suami saya ? 


Keluhan ini secara tidak sedar kita telah merendahkan hukum Allah ayat 11 dari surah An Nisa'.

Jika keluhan itu lahir dari kejahilan, maka dosanya ialah dosa  jahil. 


*********************
4. Soalan, selama ini saya yang bayar cukai, urus kebun, guna tenaga dan duit saya seorang sahaja.

Jawapan, kemukakan bil , adakan mesyuarat dan jelaskan hakikat, jika tanah kecil, yang berminat boleh ambil tanah dan yang tidak berminat boleh jual tanah. Melantik orang tengah paling baik kerana isu harta pusaka isu rumit dan sensitif. Orang tengah yang menjelas dan menerangkan lebih mudah diterima oleh waris yang lain. 

5. Soalan apa maksud pentadbir? 

Jawapan, temui kami di pejabat urusan harta pusaka di bangunan PDP, setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja. Jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Setiap urusan mesti disertakan dokumen, jika tanpa dokumen , anda tidak dapat kami bantu.

*************************

Jangan tangguh dan simpan harta pusaka, hadis nabi s.a.w. supaya disegerakan , untuk waris menikmati harta pusaka dan tidak berlaku kematian , waris berlapis.

Kebun getah

Kebun sawit

*************************
Salah faham dalam mentafsirkan harta pusaka

1. Soalan , kenapa perlu disegerakan pengiraan harta pusaka ? 

Jawapan untuk menyelesaikan hutang simati supaya roh tidak tersangkut di bumi, di tanah kubur selagi hutang tidak dilangsaikan . Kedua untuk menunaikan amanah Allah harta pusaka adalah milik waris terutama anak yatim yang bawah umur untuk meneruskan kehidupan.

Anggapan salah 

Menyegerakan pengiraan harta pusaka dituduh mata duitan adalah ajaran sesat.

Ini kerana jika kita termakan harta anak yatim adalah dosa besar.Dalam isu memahami hukum Allah alasan dan logik akal dikemudiankan, syariat didulukan.

*****************


TEMUI KAMI DI PDP, KAMI MEMPUNYAI KEPAKARAN MENGURUSKAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA SELAMA LEBIH 30 TAHUN.


____________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

Friday, 12 June 2020

Walimah di tempat terbuka kerana covid-19


Selepas rumput liar dan kekacang liar, yang menjalar dibersihkan minggu lepas 
Sabtu 06/06/2020
Kedengaran azan , kerana bangunan PDP adalah di persimpangan masjid lama dan baru.
Mudah bagi anda untuk solat .



Musim wabak covid-19, dianjurkan walimah perkahwinan di tempat terbuka dengan jarak sosial antara tetamu. Laman belakang kami sedang dalam pembersihan kerana pembuatan kolam besar litar bot laju.

10 minggu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan ) , proses meratakan tanah tidak sempat dijalankan. Rumput yang menjalar dan kekacang liar tumbuh memenuhi setiap ruang.

Bilangan bangku tempat duduk di tepi kolam boleh menampung seramai 40-50 orang tanpa jarak sosial, jika jarak sosial dalam 20 orang sahaja.
Bangku simen asli dan klasik .
Bangku jenis ini banyak digunakan pada 
akhir tahun 1960an dan 1970an

 Boleh menampung 40 peserta

Khemah dalam proses pemasangan untuk 
urusetia memasang bot  


Anda berpeluang lepak santai menemani anak-anak memandu bot laju kawalan jauh . Jom ke litar kami , dalam musim PKPP(Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) , hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. 

Anda boleh membawa bekal minuman dan makanan ringan .


____________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16. JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA 

Sejarah kapal

Hubungan Melaka dan Turki


Kajian sarjana tempatan Profesor Dr Mat Rofa bin Ismail menemui fakta bahawa Melaka dan Turki adalah negeri yang sama , seperti ayah dan anak.


Gabenur Melaka adalah lantikan Sultan Turki.



Sultan Muhammad al Fateh pembuka Kota Konstantinoples Sultan Kerajaan Uthmaniah telah mengahwinkan Puterinya dengan Sultan Mansor Shah.


Dalam manuskrip Turki Sultan Mansor Shah disebut Mansor Fasha.

Sultan Mansor Shah dijemput ke Turki dan sultan telah pergi dengan kapal Mendam Berahi yang besarnya ; panjang 198 kaki dan lebar 73 kaki = 14,454 kaki persegi. 

Jauh lebih besar dan gah dari kapal Portugis yang diletakkan di Melaka.

Muatannya boleh muat 4 ekor gajah, 400 soldadu , meriam, bedil dan senapang.(Gajah jantan Afrika tinggi 13kaki berat 7 ribu kilogram.)

_______________
Panjang bot laju kita hanya 1 kaki .

_______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA 

Thursday, 11 June 2020

Pesan Hassan al Banna

Berniagalah walaupun kita sudah kaya, kata Hassan al Banna. 

Maksud hadis nabi s.a.w. pula ,  9/10 kekayaan adalah dalam perniagaan. 

Sistem muamalat Islam meletakkan perniagaan adalah ibadat.

Nabi s.a.w berniaga sejak usia 7 tahun, jiwa perniagaan harus dipupuk dan disemai di jiwa generasi muda. Ini kerana nenek moyang kita di zaman kerajaan Melayu Islam , Melaka sebelum serangan penjajah tahun 1511 Masehi telah mempunyai rangkaian perniagaan ke seluruh dunia.

Sejarah merakamkan penemuaan isitilah kapur barus untuk mandikan jenazah adalah berasal dari Barus, Indonesia, Nusantara.

Penemuaan sejarah Kelantan Cik Siti Wan Kembang membeli panah dari Turki Uthmaniah.

Panggilan orang Arab kepada penduduk Nusantara , terutama Melayu kita,  adalah orang Jawi, menguatkan lagi bukti wujudnya hubungan dagang dan waris keturunan  antara kita dan dunia Arab.

Fakta sahih lagi ialah hadis nabi s.a.w. yang menangis kerana rindukan waris di Nusantara.

__________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU, MELAKA 



Bot laju testing

Percubaan bot laju oleh murid tahun 1 , Sekolah Kebangsaan Pulai

Semasa krew kami menemu bual murid ini, katanya dia sudah biasa dengan permainan bot laju kawalan jauh kerana telah biasa ikut ayahnya bermain bot laju.

Ayuh, kita ramai-ramai ke litar bot laju kolam pdp, satu-satunya yang unggul ,  litar di Kampung Pulai.

Jangan lepaskan peluang ini kerana perniagaan dan perkhidmatan ialah kita menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada anda semua. 

Isi masa lapang anak-anak menggunakan kemahiran bermain bot laju , untuk meningkatkan daya saing , keupayaan mandiri , yakin diri, seronok dan kepekaan pancaindera melalui bermain.

Buat sementara waktu litar hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Sila buat tempahan dan 30% deposit untuk tempahan bot laju yang berharga rm100.00 ke atas/unit. Ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas.




__________________
PUSAT DAGANGAN PULAI -003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU ,  MELAKA 






Wednesday, 10 June 2020

Merenung alam

Cepatnya kiambang memenuhi ruang , kerana ini adalah 
tabiatnya , selepas air ditukar dan dirawat  pada Jumaat 05/06/2020
Hari ini Rabu 10/06/2020 (Juru gambar lokasi)

Sebelum air ditukar dan dirawat , 
kiambang pun tidak membiak , pada Khamis 04/06/2020
 (Setelah 10 minggu PKP(Perintah kawalan Pergerakan ) 

Pentingnya air bersih kepada kehidupan manusia ,  haiwan dan tanaman. 
_____________________

Kata Allah 
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

(Al-Anbiyaa' 21:30)
____________________
Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).


______________________________
Kata Allah

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.(Al-Hajj 22:5)

______________________
Kata Allah,
Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).(Al-A'raaf 7:57)


____________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 73000, MERLIMAU, MELAKA 

Label Melayu malas dari mana?

Nusantara dijajah kerana mereka tidak dapat jatuhkan Kerajaan Uthmaniah di Turki. Apabila kuasa penjajah dapat tahu Nusantara adalah sayap Kerajaan Turki Uthmaniah, terus mereka datang untuk patahkan sayap tersebut.

Selain dari itu , mereka mendapat tahu bahawa Semenanjung Tanah Melayu di Gunung Ledang banyak emas. Mereka datang dengan 3 G, gold, glory dan gospel .

Kini mereka menguasai media , mula menjajah pemikiran umat dengan 3M, Money, Media dan Machinary .

Jadi dari segi sejarah, setelah mereka jajah dan kuasai politik kita, mereka rampas hasil bumi dan cuba menjadikan orang Melayu kuli di estate kita yang mereka rampas.

Nenak moyang kita yang kuat pegangan agama, terus berjuang melawan penjajah, menolak tawaran mereka menjadi pekerja ,  dan sanggup lari masuk hutan dan pedalaman, asalkan tidak menjadi kuli penjajah yang merampas tanah air mereka.

Penjajah naik marah dan geram , terpaksa bawa kuli dari tanah besar China dan benua India. Bertolak dari sinilah untuk zahirkan kemarahan mereka , mereka mula hina orang Melayu yang kuat pegang prinsip Islam, sebagai Melayu malas.

Kini ayat ini diulang, kerana tidak suka melihat orang Melayu mula bersatu atas asas Islam . 

Apabila mereka tidak dapat pulas telinga orang Melayu mereka ambil cara penjajah gelarkan Melayu malas, miskin. Sedangkan Melayu miskin kerana harta mereka dirampas.

Pekerjaan orang Melayu adalah penoreh getah, bangun sebelum subuh , ke kebun menoreh. Malaskah mereka?

Pekerjaan orang Melayu nelayan ke laut dalam waktu tengah malam hingga dinihari di tengah gelombang. malaskah mereka? 


Orang Melayu menanam padi sendiri, tumbuk sendiri, hingga boleh makan nasi, malaskah mereka?

Menggunakan tulang 4 kerat ke tahap paling maksima. Jika ada pun bantuan kerbau di sawah. 

Ulasan pembenci Melayu dan penjajah tidak ada yang indah. Hanya pendita mengeluarkan mutiara dari mulut mereka.

Biarkan anjing terus menyalak, musafir tetap meneruskan perjalanan hingga ke tempat tujuan.

____________________
Kata Allah 
mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.


__________________






Monday, 8 June 2020

Koboi Mesia


Beza koboi Mesia hanya berselipar jepun. ha ha ha

Ubi kayu hybrid (kacukan atau cantuman dua jenis pokok) yang memang hybrid. Setiap pokok akan tumbuh 3 atau 5 cabang atau dahan, kesannya bila angin kuat mudah untuk sekah(patah).

Namun begitu ubi kayu paling mudah tumbuh, pacak sahaja, 6 bulan dapat hasil, lumayan sedap. Saintis mendapati ubi kayu banyak khasiat berkaitan pencegahan penyakit kanser.

Ubi kayu mungkin boleh digoreng dan disalut tepung seperti kentang wedges , supaya sesuai selera terkini.


Gambar -gambar dari jurufoto di lokasi pada 10/05/2020 (PKP)

Kelebihan ubi kayu hidbrid, satu pokok hingga 6 batang
boleh tumbuh , menjadi serumpun , macam serai pulak ,
ubi kayu asal hanya sebatang sahaja setiap pokok 


Dahan 3 cabang mudah sekah (patah ) sebab berat ,
sebatang pokok tidak mampu menampung
cabang dahan yang banyak 

Apabila manusia mencipta , hybrid, ubi kayu,
 pokok agak tidak seimbang kerana batang yang kecil
 tidak mampu menampung 3 dahan yang besar .
Kuasa angin mudah menumbangkannya. 

Angin dari laut Pantai Siring agak kuat .


Isinya lembut dan sedap. Kulitnya agak licin dari ubi kayu asal .

________________________
Sejarah ubi kayu 

Seperti biji kopi, ubi kayu juga berasal dari Amerika Selatan, tetapi kini tumbuh di seluruh dunia. Indonesia memanggilnya singkong. 

Penggunaan paling banyak adalah untuk membuat MSG.Tepung kanji juga dari ubi kayu, Indonesia memanggilnya tepung tapioca.




10 minggu air kolam puyu tidak ditukar dan dirawat , semasa wabak covid-19.Ujian Allah dalam musibah ada rahmat Allah.

Hasil penelitian dan kajian kami, pokok air keladi bunting, kelihatan kuning , kering dan tidak subur. Ini kerana kolam dinaungi pokok ubi , jadi cahaya matahari tidak sampai. 

Benarlah wahyu Allah dan kajian sains, matahari sumber untuk pokok buat makanan . Setelah dua hari dapat cahaya matahari, air dicuci dan dirawat, daun kembali bermaya dan hijau.





Besarnya kuasa Allah, memberi kita nikmat dengan cahaya matahari dan air untuk kita hidup. 




____________________
Kata Allah

Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?
___________________________

Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.


________________________

Tadabbur ayat 

Kenapa saintis dan pembikin filem dokumentari, menyediakan kelengkapan canggih lagi tinggi teknologi hanya untuk rakaman kejadian Allah ; alam tanaman dan tumbuhan. Dalam masa yang sama, akal dangkal mereka mengatakan alam yang indah dan unik ini pula terjadi secara semulajadi. Sedangkan filem hebat mereka , ada pembikinnya. 

Di manakah logik akal ?

Allah mengajak kita merenung dan berfikir, alam sebagai tanda nyata dan mukjizat al Quran sebagai tanda ghaib  untuk mengenal Pencipta kita dan alam ini.
________________________



Cara mudah cabut ubi kayu ialah dengan membuang dulu semua daun dan batangnya, tinggal selama sehari, kemudian mudah untuk kita honggah dan cabut, kerana pokok sudah lemah , ketiadaan daun untuk membuat makanan, pokok kebulur agaknya. ha ha ha



Pada 05/06/2020 Jumaat = 13 Syawal 1441 , dengan borang kebenaran polis dapatlah uruskan perniagaan pusat dagangan ,  setelah 10 minggu berkurung .

_________________________
Mengisi masa terluag  PKP &PKPB

Selama 10 minggu berkurung siaplah beberapa buah bot kayu dengan bantuan pembelian atas talian. 

Tunggu sedikit hari lagi akan dilancarkan di kolam PDP dengan menggunakan layar, kembali ke asal, belayar dengan kuasa angin.

Ayuh kita belayar di kolam PDP , sebagai aktiviti santai , selepas 'Asar . Anda boleh memilih untuk belayar dengan bot kawalan jauh, meluncur , atau dengan kapal layar mengembalikan keagongan nenek moyang kita di zaman silam , menjelajah dunia dengan kapal layar.

Sejarah merakamkan orang Islam dan orang Melayu Nusantara antara pelayar terkemuka dunia. Mereka amat mahir menggunakan laut sebagai sumber rezeki dan jalan perhubungan mengelilingi dunia. 

___________________
Kata Allah, 

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).

________________________
Ilmu pelayaran di kalangan orang Islam berkembang dari ilmu wahyu Allah yang menjelaskan tentang penggunaan bintang dalam ilmu Falak. 

Al Quran mendahului sains dan banyak ayat-ayat al Quran berkaitan sains . Malangnya ramai yang mengkaji alam tetapi masih belum terjumpa Penciptanya. Benarlah bahawa hidayah itu milik Allah.

Iman adalah sebesar-besar nikmat kepada kita. Beruntunglah kita yang dilahirkan beriman , walau pun iman warisan masih lagi kita mendapat nikmat terbesar. 

______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU MELAKA

ADMIN