Tuesday, 12 May 2020

Larangan menarik tali tanpa anak panah

Kesalahan menarik dan melepaskan tali busur tanpa anak panah sering dilakukan oleh pelatih baru dan pertama kali memegang busur panah.

Sangkaan kita , tarikan tersebut ( dry fire) , tiada apa-apa kesan . Sebenarnya kesan tarikan tanpa anak panah boleh merosakkan tali  dan busur panah.

Tarikan tali tanpa beban cepat merosakkan tali dan mungkin boleh putus.

Kesan kepada busur pula, semasa  tarikan dan pelepasan tanpa anak panah, , busur menyimpan banyak tenaga, jika tiada anak panah, tenaga dan kekuatan tersebut tidak dapat dilepaskan, akibatnya lantunan itu akan kembali ke busur.

Busur mungkin patah dan mudah patah. Bayangkan tarikan seberat 26lbs , tarik tali sahaja tanpa anak panah , bermakna kekuatan tarikan tidak dapat dilepaskan .

Kemungkinan busur moden telah disediakan ketahanan untuk tarikan tanpa tali, tetapi bukan bermakna kita boleh lakukan kesalahan ini. 

Tangan yang memegang busur juga akan sakit jika lakukan tarikan dan lepas tanpa anak panah. 



Tarikan tali dan lepas tanpa anak panah


Anak panah dari karbon adalah baik untuk latihan
(Harga mungkin sedikit mahal, tetapi berkualiti) rm20.00/unit 


Anak panah- perlukan kepada selenggaraan  jika ada 
kerosakan selepas berlatih



Anak panah terdiri daripada
-shaft/batang dari karbon 
-bulu pengimbang -3 unit (bulu tiruan , getah (sintetik)
-mata yang tajam
-skru bagi mata tersebut
- ekor anak panah (arrow)ada nock untuk masukkan ke tali 



Semua alatan ini akan rosak ketika latihan, kos selenggara agak mahal juga termasuk harga barang dan upah .

 Jadi jika anda datang berlatih ke pusat memanah kami, anda hanya membayar yuran sahaja yang sangat berpatutan.

Jom memanah selepas PKPB (perintah kawalan pergerakan bersyarat)  nanti, untuk nilai tambah diri selepas pelajaran akademik. 

Nilai tambah diri dari segi riadhah atau sukan melayakkan anda mewakili sekolah, kolej, universiti, jabatan dan komuniti anda.

Adalah satu kerugian jika kita tidak memberikan kepada diri kita kemahiran permainan yang sihat.

Busur panah
Untuk latihan cukup busur yang dibuat dari fiber
seperti roland snake dalam harga RM200.00-rm250.00/unit , 
busur yang baik dari luar negara 
mungkin mencecah rm1,000.00/unit 

________________________________
Info sejarah , Cik Siti Wan Kembang dari Kelantan adalah pendekar wanita yang merupakan pemanah berkuda tahun 1300 Masehi . Beliau membeli alatan memanah dari Turki di bawah Kerajaan Uthmaniah. Bukti sejarah bahawa Nusantara adalah dalam Empayar Turki Uthmaniah.





___________________________

LAMAN ILMU WAHYU
Suntikan Allah s.w.t. ketika nabi s.a.w. dihina ketika menyeru kaum kafir Quraisy yang terdiri dari kaum kerabat nabi s.a.w sendiri.

_______________________
Kata Allah,
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.


Allah memberikan semangat dan kekuatan jiwa kepada nabi s.a.w. 

_______________

Kata Allah,
Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.



_________________________
Kata Allah,
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; 

mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, 

mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, 

dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. 

Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.(Al-Maaidah 5:54

______________________
Cabaran dakwah yang perit dan pahit ialah mendepani celaan dan ejekan musuh dari kalangan kaum kita sendiri, saudara mara kita sendiri dan sahabat handai kita sendiri.

Inilah jalan para nabi dan rasul tempuh dan lalui . Nabi Nuh a.s. seruan baginda ditolak oleh anak isteri sendiri, Nabi Lut a.s. , sementara nabi Ibrahim a.s. berdepan dengan ayahnya sendiri sebagai pembuat dan penjual berhala, ayah baginda bosan dengan seruan Tauhid , setiap hari akhirnya mengambil sikap menghalau nabi Ibrahim a.s. ketika usia 17 tahun.

Nabi Musa a.s. , berdepan dengan ayah angkatnya sendiri, Firaun, nabi Isa a.s. dan nabi Muhammad s.a.w .

_____________________

Kata Allah ,
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).




_______________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 





No comments:

Post a Comment