Tuesday, 4 February 2020

Strategi haiwan

Gambar dari google 



Cara-cara haiwan selamatkan diri, jadikan dirinya pegun, tidak bergerak, seperti mati. Ada sebahagian haiwan mengeluarkan bau busuk , supaya musuhnya menyangka dirinya telah mati.

Gambar di atas boleh dibaca dua lapis / keadaan, samada kucing itu menjaga ikan puyu dari melompat ke longkang  , atau menunggu ikan puyu itu bergerak untuk menerkam sebagai makanannya.

Ada sebahagian haiwan menjadi koma , akibat ketakutan dengan musuhnya . 

Wallahu a'lam, semuanya di bawah jagaan Allah s.w.t sebagai Pencipta alam ini , alam haiwan dan alam tumbuhan. 

____________
Serambi tazkirah  

Manusia adalah termasuk dalam golongan haiwan yang boleh bercakap, maksudnya boleh berfikir.

Manusia ada otak sama seperti haiwan lain, tetapi haiwan tiada akal, manusia diberikan akal sebagai tanda satu kemuliaan .

Akal untuk diisi dengan ilmu. Asbab inilah Allah larang kita mengambil bahan yang merosakkan akal seperti arak, judi, dadah dan filem porno.

Manusia menyebut bagi yang ada kerosakan akal sebagai, kurang akal, tidak sampai akal, tidak berakal, kurang siuman, akal pendek, sesat akal dll.

***

Kata Allah dalam surah Hud , 



Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).



***

" Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.(Hud 11:56)



***

Kata Allah dalam surah labah-labah , 


Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


______________


Kata Allah, dalam surah lebah

Dan binatang-binatang ternak itu , Ia juga menciptakannya untuk kamu ; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain ; dan daripadanya juga kamu makan.
(Al-Nahl 16:5)

Kata Allah dalam surah binatang ,



Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

_____________ 

Kucing  tersebut adalah kucing yang terbiar, bukan kucing peliharaan.

_____
Nama-nama binatang sebagai nama surah dalam al Quran
*Lembu betina
*Gajah
*Lebah
*Labah-labah
*Semut 


__________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA

TALIAN KAMI : 019 957 3585


PERNIAGAAN INI DIMILIKI OLEH MELAYU MUSLIM