Tuesday, 20 March 2018

Kerja dari rumah

Bagi ibu-ibu dan bapak-bapak yang sedang mencari kerja dari rumah , ini salah satu kerja dari rumah. Roti canai sejuk beku.

Boleh dijual dalam dua versi :

1. Bola roti canai

2. Roti canai segera

_____________

Cara-cara membuka perniagaan di rumah atau atas talian,

1. Daftar lesen perniagaan
2. Buka Akaun bank
3. Beli buku untuk buat akaun
4. Beli peti untuk sejuk beku
5. Buat iklan banner untuk letak di tepi rumah
6. Buat bisnes kad
7. Buat blog
8. Buat facebook
9. Buat iklan di kertas 
10. Buat promosi atau beri cuba rasa

____________________
Tempat untuk dipasarkan :

Hubungi kedai runcit , kantin sekolah , kedai koperasi sekolah /pejabat , surau , masjid , kilang untuk pasarkan barangan anda.

Tinggalkan bisnes kad dan iklan di semua peti surat rumah di taman atau kampung anda  tinggal.

Insyaallah jika satu taman /kampung  adalah pelanggan anda , sudah memadai.

Anda yakin, anda berjaya.



________________________

Resipi roti canai

    1 kilogram gandum
550 ml air
sedikit garam 
   2 sudu besar susu
   1-2 sudu besar gula
   1 sudu besar butter yang dicairkan
  1 biji kuning telur (jika suka)adunan akan menjadi lebih lembut

___________________
Adunan paling ringkas yang boleh anda sediakan ialah gandum dan air sahaja dan sedikit garam

________________

Bila perniagaan anda sudah besar, dan anda ingin besarkan lagi perniagaan,  perlukan modal, apa anda perlu buat?

Pada awal perniagaan, anda hendaklah membuat akaun bank yang cantik urusan keluar masuk wang.

Ini anda boleh gunakan untuk majukan permohonan dapatkan bon atau pinjaman dari pihak Mara, SME dan lain-lain tempat kewangan yang menasabah.

Sebaiknya anda elakkan pinjaman jika mampu.


_________

Dua sifat penting untuk usahawan yang maju ialah
1. Istiqamah
2. Gigih

Anda bermula dari kecil dan berazam untuk membuka kilang di halal hab Serkam.Masih banyak kilang yang belum disewakan.
________________

Jom meniaga tambah pendapatan , dan banyakkan keluaran halalan toyyiban

________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA





Viral Cara cara uli tepung roti canai Mohamad Yusni Yusoff





Saksikan 

Monday, 19 March 2018

Iklan

Iklan atau pengiklanan ,istilah lain dalam bahasa Inggeris promotion , atau dah di Melayukan iaitu promosi, adalah perkara penting dalam perniagaan.

________________


Pengiklanan yang paling berkesan ialah dari mulut ke mulut, di zaman dahulu, kini orang menggunakan teknologi "whatsapp", "facebook " "blog" " majalah" untuk menghebah dan mengiklankan barangan dan perkhidmatan kita. 

Orang akan bercakap jika barangan atau perkhidmatan kita bagus, murah, berkualiti dan berbaloi . Mulut ke mulut termasuk agen pengiklanan.





_______________


PUSAT DAGANGAN PULAI

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU MELAKA.

(TIDAK JAUH DARI PANTAI SIRING DAN MASJID BARU AR RAHMAN , KG PULAI)

Jalan

Bot di Pantai Siring

Kepentingan utama bagi peniaga ialah jalan raya yang baik, luas, untuk ke tempat perniagaan kita. 

Kedua ialah tempat parkir kereta. Jika dua perkara ini tidak dapat disediakan, akan menjejaskan pengunjung ke kedai kita.

______________
Jeti Pantai Siring telah disediakan gerai dan restoran untuk nelayan berniaga samada memasarkan ikan dan makanan laut tangkapan mereka, ataupun makanan laut yang dimasak direstoran.

______________

Sebagai pengunjung, kami menghadapi masalah jalan ke Jeti Pantai Siring agak sempit,berbanding jeti di Sempang, Anjung Batu dan Umbai , Parameswara.
______________





__________________

Jika jalan dilebarkan untuk laluan dua kereta, banyak manafaat peniaga akan dapat.Pengunjung pula lebih mudah ke sana.

___________________
Majukan desa kita semoga hidup lebih mudah dan indah.

___________________

PUSAT DAGANGAN PULAI