Thursday, 14 May 2020

Tutorial memanah-jari untuk tarikan

Jari untuk tarikan tali panah ialah tiga jari sahaja, telunjuk, jari hantu dan jari manis.Tangan kiri yang memegang busur hendaklah diluruskan  separas bahu . 



Petua untuk pelatih baru, sebaiknya ketiga-tiga jari diletakkan di bawah batang anak panah , mudah untuk melepaskan anak panah. Bagi pemanah pro biasanya jari telunjuk diletakkan di atas batang anak panah (seperti gambar) . Terpulang kepada keselesaan anda untuk menggunakan gaya yang mana. 

Semasa tarikan penuh, pastikan ibu jari di bahagian rahang , dan jari telunjuk akan mengepit tali di bahagian dagu.
Latihan menjadikan anda pakar, jika teori sahaja tidak memadai. Bertanyalah coach anda sehingga anda faham dan yakin.



Tangan kanan yang menarik tali hendaklah selari, dalam keadaan bahu juga selari, pastikan bahu kiri tidak senget , jatuh ke bawah ; dengan beban busur, kerana ini akan menjadikan tembakan panah tidak stabil dan laju. 


Keadaan lengan yang kedua bahu stabil, selari dan relaks ini menjadikan kita tenang dan yakin ketika melepaskan anak panah. Ini kerana proses melepaskan anak panah memerlukan kedudukan badan kita yang tegap, tidak bergerak dan tumpuan kepada cara duduk yang betul bukan kepada anak panah, kerana boleh melupakan kita kepada kestabilan kedudukan . Hal ini ada masanya boleh menggangu bidikan panahan kita. 

Biasanya pelatih baru akan terlupa untuk angkatkan siku kanan semasa tarikan dibuat , menyebabkan kedudukan bahu yang tidak selari  , antara kiri dan kanan. Perlu diingat tenaga masa ini dilakukan oleh otot bahu dan belakang , sebab itu perlu selari dan tidak beraleh .

Kedudukan siku kanan yang menarik tali jika jatuh ,maksudnnya tidak ditinggikan sedikit atau selari bahu,  tarikan menjadi berat dan pelepasan tidak baik.

Mata menoleh tepat ke papan sasar. 


                              


Salah cara duduk dan pegang busur juga boleh menyebabkan sakit pinggang, kerana kita menarik beban seberat 26 lbs bagi orang dewasa dan 18 lbs bagi remaja . 

Panjang busur pula ialah 60 inci bagi dewasa dan lebih pendek bagi remaja 48 inci. 

Bagi pelatih baru juga dinasihatkan hanya memanah sebanyak enam kali panahan sahaja, untuk mengelak sakit pinggang. 

_______________________





Memanah memupuk minda tumpuan (fokus) , kaedah ini melatih 
menajamkan  minda murid , cerdas  dan kuat ingatan 

Ingatan dan minda berfokus ini atau penumpuan adalah melatih minda melupakan hal yang lain. Apabila selalu diasah minda semakin tajam , ingatan semakin kuat. 

Jadi bagi penghafal al Quran memanah sangat sesuai dengan mereka yang perlukan minda tumpuan dan tajam ingatan selepas doa.

Sayyidina Ali adalah tokoh yang meminta dicabut anak panah dibadannya , apabila terkena panahan ,  ketika beliau bersolat kerana minda fokus/tumpuan, menjadikan ubat bius baginya.Maksudnya tidak merasa sakit kerana tenggelam dalam khusyu'nya solat.

Jom sertai kelas memanah.


Kami menyediakan 4 litar yang boleh bermain serentak - 
nota disediakan 

________________________
LAMAN ILMU WAHYU 



Rasulullah s.a.w adalah Ketua Perang yang bijak dan pakar. Hal ini disorokkan oleh penjajah dan pembenci Islam. Baginda sering dilukiskan dengan wajah huduh untuk menutup kehebatan nabi s.a.w dan rasul pilihan Allah.

Namun mulut-mulut mereka tidak dapat memadam cahaya agama Allah, seperti mereka meniup cahaya lilin yang ampuh dipadamkan.

Kata Allah , 
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).


__________________

Kuda nabi s.a.w. adalah baka yang terbaik yang masih dicari dan menjadi baka pilihan utama hingga kini . Nabi s.a.w. juga pakar memanah berkuda.Nabi s.a.w ada baju perang , bukan seperti gambaran Barat, konon nabi berperang dengan jubah. 

Nabi s.a.w ketua Negara Madinah yang mempunyai masyarakat paling majmuk kerana banyak kabilah. Bahkan nabi s.a.w. berhijrah kerana hendak mendaulatkan hukum Allah dalam sebuah negara Islam Madinah.

Barat cuba mengurung Islam di masjid dan dibekalkan tasbih yang biji butirnya sebesar telur ayam , berjumlah seribu biji, bayangkanlah bentuk tasbih itu. Barat menggalakkan umat berada di atas tikar sembahyang 24 jam dan tinggalkan kuasa politik dan ekonomi untuk mereka jarah dan kebas.

Barat dan musuh serta pembenci Islam suka umat Islam menjadi 'abid/ahli ibadat sahaja daripada menjadi ahli ilmu . Mereka  tidak suka umat Islam mendalami ilmu al Quran, kerana menjadikan umat yang  kuat dan tidak mudah ditipu musuh.

Islam yang syumul jika dilaksanakan dalam politik dan ekonomi , menjadikan umat cemerlang di dunia dan akhirat.

Hal ini tidak disenangi musuh Islam kerana menghalang mereka daripada mengaut hasil bumi Islam.Produk hiburan dan sistem riba mereka tidak lagi laku. Mereka berusaha keras memastikan umat jahil al Quran.

Ada suara mendakwa, kita lemah kenapa salahkan orang lain? Kita perlu salahkan musuh kerana mereka perosak umat dari luar .

Seperti sawah padi kita yang dibaja, dipagar, tetapi jika tikus dari sawah sebelah masuk rosakkan , tentunya padi kita tidak selamat.

Maka tugas khalifah untuk memakmurkan bumi ini tidak dapat dilaksanakan, jadilah umat Islam hamba yang dijajah dalam manis kata-kata. Islam pada syiarnya sahaja , Islam sebagai 'abid semata-mata dan bukan lagi pemimpin seperti doa nabi Ibrahim a.s. Islam memimpin dan agar zuriat baginda menjadi  imam bagi kalangan yang bertaqwa. 

Namun anak -anak nabi Yaakub a.s. telah membuang nabi Yusuf a.s. ke dalam perigi buruk lantaran hasad dengki. 

Umat Islam akhir zaman suka menjadi Islam yang mengikut telunjuk bukan Islam malah bersedia menjadi khadam pula merungkai hak-hak dan kuasa orang Islam di bumi sendiri, asalkan kepentingan perut dan di bawah perut dapat dijana dengan lahapnya.

Kepuasan diri dan nafsu diberi layanan utama berbanding tugas sebagai khalifah Allah memakmurkan bumi ini dengan hukum Allah.

Mereka membuat ideologi sendiri politik suku agama suku iaitu sekular.

Agama hanya dalam hal mengaji kubur, imam solat jenazah, al Quran dilagukan sahaja dengan pelbagai wajah. Hal ini tidak salah tetapi tidak cukup setakat ini sahaja, mendaulatkan syariat Allah itu yang utama  dalam negara.

_______________________

Barat sangat mengetahui hal ini dan disorokkan dari pengetahuan umum untuk menutup aktiviti "copy paste" mereka dari ilmu Islam .

Mereka mencanangkan merekalah yang bijak dan pencetus semua ilmu dunia, pada hakikatnya mereka hanya menciplak ilmu sarjana dan pakar dari tamadun Islam, yang sumber ilmu adalah al Quran.

Pada tahun 1800 Masehi ahli sains barat masih mengatakan bahawa ikan terjadi dari lumpur, dangkalnya akal mereka.
Sedangkan ahli tafsir sepakat mengatakan air hujan adalah turun bersama benih-benih ikan dan rezeki dari langit. 
Allah pemberi rezki yang sebenar. 

__________________
Kata Allah , 
Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati; sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
_________________

Ramadhan adalah bulan turunnya al Quran yang penuh berkat. Al Quran bukan kitab biasa, kertas dan pelepah tamar hanya alat untuk memudahkan kita membaca dan menghafal . Pada hakikatnya al Quran adalah kalam Allah, cahaya petunjuk Allah,  bukan seperti cahaya di dunia.

Cahaya  Allah yang tetap terpelihara hingga kiamat dan kamu tidak dapat  meniup untuk memadamkannya dengan mulut-mulut kamu.

Nur Allah ini dapat merawat hati manusia yang syirik dan sakit rohani dengan syarat jika mereka mahu beriman .

Nur Allah ini akan memandu akal dengan ilmu yang benar dan sirnanya menerangi seluruh alam. Nur al Quran ini menjadikan akal manusia bijak kerana mengenal Penciptanya.

__________________

Gambaran al Quran 



Kata Allah , 

Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. (Ar-Ra'd 13:31)

_______________

Marilah kita beriman dengan al Quran seluruhnya bukan secara tebuk-tebuk ikut selera dan pilihan kita . Lebih malang lagi  mentafsirkannya pula dengan akal dan nafsu jahil demi tujuan dan kepentingan diri. 

Angkara ini telah melemahkan umat Islam ,  sedangkan Barat sangat takut dengan umat yang mengamalkan al Quran seluruhnya dengan penuh iman dan yakin.Mereka telah berusaha keras menjauhkan umat dari menghayati dan memahami ilmu al Quran sejak kejatuhan tamadun Andalusia.

Kesan kini umat Islam seperti buih menjadi ulam musuh di Timur dan Barat.

Namun kebangkitan Islam sedang menuju jaya setelah memenuhi fitrah setiap 100 tahun Islam akan kembali bangkit, yakinlah , pasak di hati "masa depan di tangan Islam ."

_________________

PUSAT DAGANGAN PULAI -  003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300. MERLIMAU ., MELAKA





No comments:

Post a Comment