Friday, 26 November 2021

Ternakan April 2021

Ternakan pada 10/04/2021

Tuaian pada 21/08/2021

______________________________

Ikan betok atau puyu , mudah diternak, kerana puyu ikan lasak, boleh hidup di paya buatan dengan syarat kita menjaga sistem aliran air supaya  amonia dari najisnya tidak mencemari air. 

Sistem tapisan menggunakan pam rendam boleh digunakan supaya air tidak mati, tetapi ada arus air. Kotak penapis dari fiber seperti dalam gambar di bawah boleh digunakan, dengan sentiasa menukar dan membasuh kapas tapisan. 

Keladak pada tapisan itu adalah baja yang baik bagi tanaman dan membantu menumbuhkan akar tanaman dengan cepat.  Tanaman cepat berbuah dan rasanya amat manis.

Baja asli ini juga memberikan warna yang menarik, seperti rumput yang hijau . 

_________________________________

Cabaran

Cabaran di sini ialah bau yang hanyir dan bau paya , mesti didepani oleh penternak. 

Air yang sentiasa ditukar, membantu ikan puyu segar dan kuat makan. Ini membantu ikan cepat besar , walau pun di kolam simen.


Ia berbeza dengan kolam tanah yang ada keasliannya dalam proses alam semulajadi. 



Kotak tapisan air berwarna biru dengan menggunakan pam rendam 

_____________________________

                                  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Ternakan November 2021

Pada hari Sabtu 20/11/2021 sejumlah 6,000 benih ikan puyu mula diternak untuk sesi memancing pada  20 /03/2022, sesi ketiga mengikut jadual kami yang bermula pada 12hb.  Febuari 2021 , sesi pertama dan pada bulan 21 hb.Ogos 2021 adalah sesi kedua. 


Puyu matang dan boleh dituai selama empat bulan sahaja. Puyu adalah ikan sawah padi , jadi pembesarannya adalah sama dengan padi , tempoh matang 4 bulan .

______________________________


                                   PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA




Jom bina kolam ikan betok

 Jangan takut berubah dan berusaha ke arah yang lebih baik. Seribu langkah bermula dengan satu langkah. Bukit dan gunung bermula dengan sebiji pasir.


Jom tempah kolam segera plastik pe poly biru dengan kami. Saiz, kedalaman 3 kaki, lebar 4 kaki, panjang 6 kaki, boleh masukkan seribu benih ikan puyu. 

Tangki plastik 


____________________

                               PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Thursday, 25 November 2021

Garam dan kegunaannya

Garam banyak gunanya selain dapat menjadikan ikan tahan lama seperti ikan masin ,  garam juga boleh digunakan untuk kurantin ikan puyu di dalam tangki selama 3 hari sebelum dipindahkan ke kolam lain.

________________________________

Semasa perpindahan ikan puyu boleh diberikan pelali iaitu dengan memasukkan cengkih ke dalam tangki ikan. Walau pun ikan puyu lasak, tetapi apabila salah cara pembawaan ketika perpindahan kolam, boleh menyebabkan mati dalam jumlah yang banyak.

__________________________________

Ikan puyu kena diisi dengan air yang banyak ke dalam tangki semasa perpindahan dilakukan supaya tidak lemas dengan lendir , apabila muatan berlebihan tidak seimbang nisbah  air dan ikan. 

Habitat ikan puyu apabila terasa diri terancam, akan mengeluarkan lendir yang banyak sebagai perlindungan diri. Duri sirip belakang dan bawah , pipinya yang tajam , juga dibuka kembang , akibatnya, ikan puyu akan mengalami luka badan. Luka ini sukar sembuh, dan boleh menyebabkan kematian.


                         

_________________________________

Pagi ini jam 11.00 pagi Jumaat 26/11/2021, kami dikunjungi oleh pegawai perikanan , Ketua Cawangan Pembangunan Akuakultur , Pejabat Perikanan Negeri Melaka,  dari Batu Berendam , Melaka , Puan Siti Rabi'atul Adawiyyah dan crew. 


Itulah sedikit info yang dikongsikan mengenai ikan puyu , iaitu cengkih ubat pelali, garam untuk ikan bersihkan dirinya  dan air hendaklah dijaga kandungan amonia jangan berlebihan. 

Terima kasih atas perkongsian info.


_______________________________________

                                           PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Wednesday, 24 November 2021

Perusahaan mudah di rumah

 Perusahaan mudah dari rumah , ternakan ikan puyu/betok dalam tangki pe poly .

Anda hanya perlukan:

1. Sebuah tangki pe poly berukuran panjang 6 kaki  , lebar 4 kaki , dan kedalaman 3 kaki



2. Anak benih ikan puyu 



3. Makanan palet cap dinding



4. Pam rendam untuk tapisan air




____________________

Jika anda berminat sila hubungi kami untuk khidmat nasihat percuma. Harga ikan betok boleh mencecah rm25.00/kg. mengikut daerah dan negeri.

Ternakan ikan betok dalam tangki lebih mudah dari ternakan ayam itik. Anda terus dapat memperolehi pendapatan harian apabila ada jiran-jiran yang datang membelinya. Jika anda dapat menjualnya sebanyak 10 kilo sehari, dengan harga rm18.00/kg, beerti anda telah mendapat rm 180.00/sehari. 

Satu peluang perusahaan sampingan yang baik.

_________________

Faedah sampingan anda boleh mendapat baja tanaman yang baik.

Jika anda seorang yang berminat bidang masakan, ikan betok atau puyu boleh dimasak acar hijau, goreng berlado, dan pelbagai resipi pihan anda. 

_________________________

Pasaran 

1. Anda boleh iklankan sebagai jualan atas talian

2. Anda boleh iklankan untuk majlis perkahwinan, kesyukuran, keraian, mesyuarat dan pelbagai jamuan dan acara.

3. Jualan di warung, pasar malam, pasar minggu, gerai jualan dan di semua lokasi perniagan anda

4. Paling mudah ialah buka payung di tepi halaman rumah anda


______________________________

                        PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Tuesday, 23 November 2021

Palet ikan puyu

Kami membekalkan palet ikan puyu , 30%- 32% protin untuk pembesaran.


Hubungi kami di talian 019 957 3585

_________________________

                     PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Pilih pimpinan

 

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

(Al-Baqarah 2:166)


______________________

Hati-hati memilih pimpinan, carilah yang boleh bersama di mahsyar.

_____________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Sunday, 21 November 2021

Tangki pe poly biru

Tangki poly pe biru boleh digunakan untuk ternakan ikan puyu sekiranya anda tidak ada kolam tanah atau simen.

Penjagaan air, palet yang cukup sudah memadai untuk pembesaran ikan puyu. Ikan puyu matang berusia 4 bulan. Benih ikan puyu yang baik diperlukan untuk mendapat hasil puyu yang baik dan besar. 


Empat perkara diperlukan untuk penternakan ikan puyu, cahaya matahari, udara dan tempat yang luas , terbuka, dan air yang cukup. 

Perusahaan di rumah yang mudah dan boleh diusahakan oleh semua peminat ikan puyu.



__________________________

Satu rumah satu kolam ternakan ikan betok, airnya boleh dijadikan baja tanaman yang suburkan tanaman.


________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA 





Ikan betok boleh lemas

Ikan betok boleh lemas sekiranya air sedikit semasa melakukan perpindahan. Lendir yang banyak keluar kerana ikan betok merasa terancam, boleh menyebabkan lemas. 


Badan ikan betok yang luka juga boleh menyebabkan ia mati. Ini kerana dalam suasana ikan betok merasa terancam akibat perpindahan, ia akan mengembangkan duri iaitu sirip atas belakang dan bawah badannya.




Sebab itu jika salah cara bawa ikan puyu semasa perpindahan boleh menyebabkan mati kesemuanya 200 kilogram , lebih kurang seribu ekor lebih. 


Bayangkan ikan puyu yang saiznya  200 gram seekor yakni 5 ekor sekilo , semua boleh mati dalam masa sebulan lebih.


Mengikut orang yang berpengalaman menternak dan menganjurkan kursus ternakan ikan, sebabnya seperti di atas, andaian pertama, luka dan air yang sedikit lemas dalam lendir kerana muatan terlalu padat dalam tong deram pe poly.


Seruan kami kepada penternak muda, ikan puyu sila berhati-hati, usah berkira dengan kos pengangkutan , janji ikan yang dibawa selamat . 

Tangki pe poly yang agak bersaiz sederhana dengan muatan yang berpatutan dapat menjamin ikan tidak luka dan lemas. 



___________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA