(As-Saff 61:8) |
____________________________
Firaun membunuh anak lelaki dan membiarkan anak perempuan hidup demi untuk melumpuhkan Islam.
Kekayaan, kekuasaan yang Allah pinjamkan kepada Firaun dengan banyaknya digunakan untuk lawan Allah.
Sama juga pada hari ini, orang yang Allah kurniakan nikmat yang banyak , ada ketikanya digunakan untuk melawan Allah. Mereka lupa, iaitu sifat asal manusia , bahawa semuanya adalah ujian Allah , untuk menguji siapa yang beriman dan siapa yang melawan Allah.
Kecenderungan pada hari ini terlalu melampau menggunakan logik akal, selera nafsu dengan membuang panduan wahyu. Terbitlah pada hari ini berbagai akhlak ganjil dan melampaui batas seorang manusia.
Sifat malu yang menjadi sebahagian iman, dikikis habis atas nama kebebasan dan hak kemanusiaan. Jadilah manusia hari ini sesat yang jauh.
Mereka menggunakan mulut mereka yang Allah pinjamkan untuk maki hamun, hina, keji, nista para pejuang gerakan Islam dan waris nabi.
Mereka lupa mulut-mulut mereka , akan disoal di depan Allah, ketika semua anggota lain bercakap, mulut dimeterai , kunci rapat.
Inilah hari penyesalan, manusia berwajah muram di depan Allah.
Kenapa jadi begini rendah akhlak manusia, sebab mereka membuang agama dan wahyu. Melayu hebat dan kuat seperti Kesultanan Melaka dulu , kejayaan Tun Perak , kerana mereka mendaulatkan Islam dalam diri dan dalam undang-undang negara.
Inilah punca nabi s.a.w. pernah menangis kerana mengenangkan , umatku ramai tetapi seperti buih. Mereka menjadi ulam musuh.
________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM. 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA
Admin