LAMAN ILMU WAHYU
Kata Allah,
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
(Al-Baqarah 2:10) |
________________
Tadabbur ayat Allah
(Maksud tadabbur ialah merenung ayat-ayat Allah hingga meresap ke hati secara makna , berbeza dengan tafsir al Quran, hanya nabi s.a.w. yang mampu mentafsir al Quran mengikut kehendak Allah dan orang-orang yang pakar (orang yang belajar tafsir) selepas nabi s.a.w) .
(Maksud tadabbur ialah merenung ayat-ayat Allah hingga meresap ke hati secara makna , berbeza dengan tafsir al Quran, hanya nabi s.a.w. yang mampu mentafsir al Quran mengikut kehendak Allah dan orang-orang yang pakar (orang yang belajar tafsir) selepas nabi s.a.w) .
Jaga hati , kerana hati adalah rumah iman. Mereka yang dustakan Allah dan ayat-ayat Allah tanda hati sakit, dan jika kita tidak berusaha merawat hati kita, kita akan terus menerus lawan Allah.
Semakin hari semakin berani lawan Allah .Kenapa? Hati yang sakit tadi semakin bertambah sakit dengan dosa dan maksiat, hingga menghilangkan rasa takut kepada azab Allah yang pasti berlaku samada kita yakin atau tidak.
Bagaimana merawat hati ?
- Mencari ilmu di taman-taman syurga
- Bertaubat
- Berdoa
- Muhasabah diri
- Banyak membaca al Quran , hadis dan buku-buku agama
- Banyakkan amal soleh
- Jauhi maksiat
_________________
Hati juga disebut, roh, diri kita, batin kita, cintai Allah dan rasul dulu, barulah mencintai diri sendiri dan makhluk.
Kebanyakan dari kita mencari cinta manusia dan dunia sehingga lupa kepada kecintaan kepada Allah dan Rasul, sehingga sanggup lawan Allah.
Hasilnya kita akan muflis di dunia dan muflis di akhirat.Namun Allah Maha Pengasih dan Penyayang pintu taubat sentiasa terbuka hingga nyawa tiba di halkum.
Allah tidak hairan jika manusia melakukan dosa dan maksiat, kerana manusia ertinya makhluk yang pelupa, pelupa manusia ni. Namun Allah hairan kenapa manusia pendosa tidak mahu bertaubat.
Jadikan taubat Firaun sebagai contoh taubat yang tertolak, iaitu ketika nyawa di halkum ketika berada dalam Laut Merah. Ketika hampir lemas Firaun yang kejam lagi zalim itu juga mengucap tetapi syahadahnya tertolak kerana masa bertaubat sudah tamat untuk dirinya .
Jadi ketika Allah masih membuka pintu taubat untuk kita, ayuh kita bertaubat, dikhuatiri, masa mati hanya 3 saat / nafas kata Nabi Isa a.s. Bersihkan hati dari sifat hasad dan dengki, kerana sifat ini merosakkan hati kita sendiri, sedangkan orang yang dihasad dipelihara Allah.
______________
Kata Allah ,
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.
________________
PUSAT DAGAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300,MERLIMAU ,MELAKA
___________________