Thursday, 28 November 2019

Hobi









Mendidik generasi Y erti keusahawanan dan perniagaan.Islam adalah satu cara hidup.Murid tahun 1 , Iman bin Radhuan , dari Sekolah Kebangsaan Pulai , Kampung Pulai , Merlimau, Melaka, juga berminat dengan ternakan ikan puyu. Dia mempunyai seekor puyu emas, , (orang Melaka memanggilnya dengan ikan betok emas ), yang didapati dari sawah padi di kampung Serkam, kerana kata anak cilik itu, di Kampung Pulai, tiada lagi sawah yang diusahakan .

Iman ditemani kawannya iaitu Ikhwan, murid sekolah yang sama, tahun 5, kedua-duanya baru selesai menolong ayah mereka berniaga di Jeti Pantai Siring. 


Syabas Iman dan Ikhwan , rajin membantu ayah berniaga, semoga terdidik jiwa keusahawanan dan perniagaan di jiwa dan minda mereka.

Sementara kawannya Alif baru murid tadika . 








___________________
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).



Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.


Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?



Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, 

kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, 

Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; 

dan dari pohon-pohon tamar (kurma), 

dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; 

dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, 

yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) 

dan yang tidak bersamaan. 

Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. 

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.

_______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI (PDP)  003021717-M
KM16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU , MELAKA 
H/P : 019 957 3585

RANGKAIAN PERNIAGAAN PDP

Rangkaian perniagaan yang terdapat di PDP:

  • Dua unit pdp homestay
  • Pusat memanah
  • Pusat ping pong 
  • Pusat silat lian padukan akan dibuka tahun 2020

______________
  • Sila ke kaunter kami untuk menempah dan bermain ping pong atau memanah.



Kami menyediakan dua unit meja ping pong 

Siapan penghadang untuk bermain dua meja serentak

Kami menyediakan padang untuk memanah di luar bangunan, atas permintaan kumpulan 

Memanah memerlukan alatan yang agak banyak dan kos yang tinggi, jadi elok anda bermain di pusat kami, mudah dan ringkas, bayar yuran terus bermain.


Mengenali alatan memanah :
  • Papan sasar & kanvas untuk markah 
  • Busur memanah 
  • Anak panah terdiri dari nock, mata tajam, bulu, dan batang dari karbon /besi 
  • Penghadang anak panah 
  • Tempat yang sesuai
____________

Jika anak panah rosak, memerlukan kepada rawatan dan pembaikan.


  • Rawatan nock , harga 1 unit nock ialah rm2.00, upah pasang rm2.00 

  • Rawatan mata anak panah , harga mata (head point) ialah rm2.00  1 unit dan skru dalam rm 2.00 1 unit dan upah rm2.00 1 unit, anda perlukan belanja rm6.00 untuk satu kerosakan anak panah(arrow) 

  • Rawatan bulu ayam di batang anak panah, rm2.00 1 unit, harga rm2.00 1 unit

  • Menukar batang anak panah (shaft), dari karbon harganya rm18.00  1 unit.

_______________________

Oleh itu jika anda bermain di pusat memanah pdp, anda hanya perlu membayar yuran rm5.00, anda terus boleh memanah, hanya rm5.00, selama 30 minit , (yuran terendah dalam pasaran ) , hanya di pusat memanah pdp. 


Kenapa bayar lebih?
Di sini dekat dengan anda, lagi murah 

_______________
Anda mendapat, kemahiran, keceriaan, kepuasan dan sihat  kerana dapat mengeluarkan peluh secara semula jadi .

Anda juga dapat melakukan gerakan  fizikal dengan gerakan  panaskan badan di awal permainan dan tutup dengan sejukkan badan selepas bermain. 



Slot panaskan panas sebelum bermain



  • Anda digalakkan melakukan pemanasan untuk elak dari kecederaan di bahagian sendi dan urat saraf, apabila dipaksakan penggunaan secara mengejut .
  • Tarik nafas dengan hidung dan lepas dengan mulut untuk kesihatan jantung anda.



  • Berdiri dekat dengan pokok dengan bertukar karbon dan oksigen dengan daun-daun yang menghijau.



  • Melihat daun-daun yang berwarna hijau juga baik untuk kesihatan mata, kerana penat lama melihat gadjet .

  • Pandu anak dan keluarga anda cara hidup sihat, kerana mencegah lebih baik dari mengubat .
Melihat air dan tanaman hijau boleh hadirkan ketenangan 

Ibu bapa dan guru-guru adalah orang yang bertanggung jawab memberikan kemahiran kepada anak-anak bersilat dan memanah, pasakkan minat dan kefahaman mereka tentang seni ini .

Peluang yang baik ini jika anda persiakan , adalah amat rugi, kami datang ke tempat anda, untuk memudahkan anda.

Peluang yang baik ini jika tidak direbut, percuma sahaja, kerana peluang yang baik ini tidak selalunya ada.


_____________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI, PANTAI , 73000, MERLIMAU , MELAKA.
h/p: 019 957 3585

Gelanggang Silat Dato' Laksamana Bentan

Oneng kepada Dato' Laksamana Bentan akan membuka gelanggang silat lian padukan, sebagai satu penerusan warisan nenek moyang , kemahiran seni bela diri.





Gelanggang silat, Dato' Laksamana Bentan sedang dibersihkan 

Cadangan kelas adalah pada hari Jumaat jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. 

Kepada sesiapa yang berminat sila ke kaunter kami di PDP, untuk pendaftaran , atau anda boleh menelefon di atas talian , 019 957 3585 


_______________________


PUSAT DAGANGAN PULAI(PDP)003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000,MERLIMAU , MELAKA

H/P ; 019 957 3585

Silat lian padukan

Gelanggang silat Dato' Laksamana Bentan akan dibuka di Pusat Dagangan Pulai, PDP, pada tahun 2020 



Seni bela diri tetap diperlukan pada setiap masa dan zaman, untuk perlindungan diri dan keluarga dari serangan musuh .


Ulama' dan pendekar , berpisah tiada.


Faedah silat kepada anda dan anak-anak muda 


  • Menuruti maksud hadis nabi s.a.w
  • Menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti jasmani , menumbuk, menendang 
  • Akal yang sihat dari badan yang sihat 
  • Meneruskan warisan nenek moyang yang pakar dalam ilmu seni bela diri ,,disertai dengan zikir kepada Allah, dan menghindari khurafat dan syirik 
  • Mengisi masa dengan bijak dan dapat jarakkan anak-anak dari menajadi hantu gadget dan "game" atas talian
  • Latihan fizikal / jasmani menjadikan kita ceria dan sihat 


    __________________
Kesan dari menyertai kumpulan silat :
  • Menanamkan sifat berani dan disiplin diri 
  • Menanamkan sifat haibah diri 
  • Menanamkan yakin diri 
  • Pandai membuat keputusan 
  • Pandai bergaul
  • Melatih kerja dalam kumpulan 
  • Melatih cerdas minda dan badan 
  • Nilai tambah diri di samping pelajaran akademik
_________________
Matlamat :
  • Memahirkan diri dengan ilmu seni bela diri 

_______________
PUSAT DAGANGAN PULAI (PDP) 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU , MELAKA 

H/P : 019 957 3585