Friday, 20 December 2019

Infaq dan projek

Infaq ibadat sunat, siapa nak infaq, infaqlah tak perlu war warkan .

Allah pesan, buat amal ibadat , jangan tunjuk . 



Wahai orang-orang yang beriman! 

Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. 

Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). 

(Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. 

Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

_______________

Bukankan kerja sedekah dan infaq itu , tangan kanan bagi tangan kiri tidak tahu?

______________________

Orang dulu-dulu buat masjid duit dia, orang lain tidak tahu pun, tetiba masjid siap.

Saudagar dulu gitu juga, asbab masjid banyak di Melaka, sebatu satu masjid.

_______________________

Kerja infaq ialah kerja orang kaya yang lakukan , bukan orang miskin kejar orang kaya untuk infaq. Macam ada sedikit kejanggalan.

Sebab kita sudah ada sistem zakat yang wajib ke atas orang kaya untuk asnaf.

Kerja infaq kena ikhlas, sebab bukan wajib, kerja sunat sahaja. Jika tidak ikhlas dan menunjuk-nunjuk sudah jadi cerita lain.

Begitu juga orang infaq kerana seperti terpaksa, dikhuatiri kurang pahala. 

Biarlah orang kaya dan orang yang hendak infaq mencari sendiri tempat untuk diinfaqkan.Apa yang dibimbangi wajah Islam akan tercalar menjadi agama mengemis, wal hal Allah syariat lain adab dan aturannya.

__________________________

Sekadar perkongsian untuk renungan , supaya amal kita menepati tatacara dan adab dalam syariat, dikhuatiri amal kita jadi adat dan trending sahaja.

Contohi Allahyarham, Pak Ya Junid, dia sendiri beli 30 ekar kebun sawit untuk disedekahkan kepada Maahad Taufiqiah  dan hasilnya untuk belanja pengurusan maahad .

Allahyarham membawa duit tunai rm30, 000 dlm jubahya utk bayaran beli tanah sawit kepunyaan Allahyarham Almarhum Sultan Abdul Hamid pd setiap bulan. 

Gigihnya membiayai Maahad Taufiqiah Khairiah Al Halimiah, Padang Lumat. Inilah Ulamak yang ikhlas infaq untuk dirinya sendiri, tanpa diwar warkan .

Kerja infaq ialah kerja memindahkan harta dalam akaun kita sekarang ke akaun akhirat. Harta kita tidak rugi satu sen pun, harta kita tidak masuk ke akaun orang lain satu sen pun, semuanya balik kepada kita. 

Hebatnya sistem infaq yang Allah Ta'ala sediakan sebagai ujian harta dan iman . Harta adalah amanah dan pinjaman Allah kepada kita. Kita hanya disuruh urus tadbir harta kita mengikut undang-undang dan peraturan yang Allah Ta'ala telah sediakan.Ini kerana Islam adalah cara hidup yang meliputi politik , ekonomi dan sosial .

______________


PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU , MELAKA 
019 957 3585