Saturday, 5 November 2022

Tibai ulama'

A027

Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya:


 "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta".

(Hud 11:27) |

***********

Kecenderungan orang kita menganggap ulama' sama seperti mereka, bahkan lebih hina, adalah sama perangai seperti umat nabi Nuh a.s. , Lud a.s. bahkan semua nabi-nabi ditentang oleh umat sendiri.

Ulama' yang ditibai itu kadang-kadang adalah guru ilmu mereka sendiri. Mujur ada ulama' , yang menjadikan mereka kini jadi orang pandai . 

Mujur ada ulama' dan lebai kampung yang mereka hina, kutuk dan pandang rendah, lebai itulah yang mengkhatankan manusia  seawal umur bayi , untuk memastikan kebersihan terjamin , apabila bersuci dan berwudhu'.

Mujur ada ulama' dan lebai yang mereka hina, tertunai juga kewajipan mandi mayat , kafan dan ke bumi. Tanpa ulama' dan lebai yang mereka hina itu, kita masih seperti orang Badwi yang gantung mayat di pokok.

Mujur ada ulama' dan lebai, terhindar mereka dari buta al Quran dan terpasak akidah tauhid, jika tidak masih menyembah pokok besar , sebagai tuhan . Pandai juga baca bismilah.

Mujur ada ulama' dan lebai , terlahir mereka sebagai orang penting negara , hasil asuhan dan didikan ilmu mereka. 

Lebai adalah isitilah yang dibawa oleh masyarakat Minangkabau ketika datang ke sini untuk membantu saudaranya di Semenanjung yang diserang Portugis. 

Istilah lebai adalah untuk menggambarkan manusia yang berjuruh dan dipandang tinggi dalam masyarakat Islam.

Ulama' dan lebai inilah yang mempertahankan negara dan bangsa hingga ke titisan darah terakhir menentang penjajah. Raja dan ulama' yang syahid ialah Raja Haji fi sabilillah. Raja dan ulama' berpisah tiada ketika itu. Banyak halakah ilmu di istana Melaka.

Binaan istana dan rumah zaman itu luas dan lapang di bahagian serambi  untuk kelas al Quran dan halakah ilmu. 

Anjung tamu atau dikenali sebagai surrung , bagi setengah -tengah tempat, dibahagikan kepada dua bahagian, satu untuk murid perempuan dan satu untuk murid lelaki.

Perhatikan binaan rumah kayu warisan kita, tangga di bahagian tengah, ada dua anjung tamu /surrung di kiri dan kanan tangga, satu untuk tetamu lelaki dan satu untuk tetamu perempuan.

Ulama' lah yang membawa Melaka ke mercu antara bangsa dalam bidang politik dan ekonomi sebelum tahun1511 Masehi.

Melaka muncul dengan hukum kanun Melaka, hukum dagang, hukum pelabuhan dan lain-lain hukum, untuk mendidik manusia dan urus tadbir negara.

Penghinaan manusia kepada institusi ulama' , Allah dan ulama' tidak pernah rugi, malah merekalah yang rugi kerana mendapat murka Allah. 

Sebahagian ada yang buat senda, ulama' itu yang berserban dan berjanggut ker, jawapannya ialah, ulama' adalah orang yang paling bertaqwa, yakni takut kepada murka Allah. 

Ulama'lah yang ingin menyelamatkan semua orang dari murka Allah, dan hidup dengan undang-undang dan peraturan Allah. Menentang keras, lgbt, dan komunis , yakni fahaman yang menolak tuhan. 


Patung orang di butik pun boleh dipakaikan serban , jubah dan janggut, adakah mereka ulama'? Fikirkanlah


***********


 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN

Umno nak ugut PAS? Kita bukan parti komponen BN - Hadi

Wednesday, 2 November 2022

MENTERI PH DALAM KABINET SETUJU, LUAR KABINET LAWAN BALIK (FULL) - TUAN ...




**********

  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN

Buta kebenaran

 A043

Dan di antara mereka pula ada yang memandang kepada perkara-perkara yang engkau tunjukkan (tetapi mereka tidak nampak kebenarannya sebagai orang buta); maka engkau (wahai Muhammad) tidak berfaedah menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta, juga kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mahu melihat (perkara yang engkau tunjukkan itu).


**********

Kerja menunjukkan sesuatu kebenaran kepada kalangan yang menolak, adalah sia-sia. Setelah kita menyeru, maka tinggalkan mereka .

***********

    PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN






**********

Monday, 31 October 2022

Lgbt di kg Sadum, Jordan, &New York , Amerika

     Lgbt bermula di New York, Amerika Syarikat.



***********

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN

TAUJIHAT - MARILAH BERSAMA ISLAM



***********

    PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN

Hujan batu yang keras, kg lgbt

 A084



Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). 


Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

(Al-A'raaf 7:84

**********

    PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN

Sunday, 30 October 2022

Lgbt dan maksiat oleh umat nabi Lud as.

 A029

"Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? 


Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? 


Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?


" Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): 


"Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".


***********
Maksiat di zaman nabi Lud a.s. yang al Quran rakam:

1. Lgbt- hubungan sejenis
2. Lesbian- hubungan sejenis perempuan
3. Konsert melampau, bercampur lelaki perempuan dengan aksi yang haram
4. Apabila nabi Lud a.s. melarang , mereka ejek dan ancam
5.Mereka cabar nabi supaya Allah turunkan azab
6. Isteri Nabi Lud a.s. sendiri menjadi agen lgbt

************

Nabi Lud a.s. adalah anak saudara nabi Ibrahim a.s. , tetapi diutuskan di Sadum, Jordan. Umat yang paling jahat melampau, mengalahkan binatang, melakukan kerja yang Allah laknat. 

Maksiat lain umat nabi Lud a.s. :

1. Merompak barangan musafir di jalanan
2. Kaum lelaki suka memakai pakaian perempuan
3. Tiada adab ketika dalam majlis
4. Melawan keras kepada nabi Lud a.s.
5. Kaum lelaki suka berinai di jari

************

Kesimpulannya undilah kerajaan yang menghalang lgbt, bukan yang menyuburkan lgbt, supaya kita tidak terlibat berdosa .

**********

  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN

Hukum Menunjuk Dimedia Sosial - Ustaz Azhar Idrus

Lgbt zaman nabi Lud a.s.

 A028

Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu.



***********
Undilah kerajaan yang menghalang lgbt

Media Sosial Tempat Buka Aib, Caci Maki, Troll - Ustaz Azhar Idrus



***********

  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

                                                ADMIN

Bekerja Sebagai Suatu Ibadah - Ustaz Azhar Idrus

Lgbt zaman Nabi Lud a.s. Kota Sadum, Jordan

 Nabi Lud a.s. anak kepada Haran bin Tarah , iaitu  adik beradik nabi Ibrahim a.s., jadi nabi Lud a.s. adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.


Nabi Lud a.s. beriman kepada nabi Ibrahim a.s. , walau pun datuknya pembuat berhala. 


Kata Allah,

A026

Setelah itu Lut beriman kepadanya dan Nabi Ibrahim pun berkata: "Aku hendak berhijrah kepada TuhanKu, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

(Al-'Ankabuut 29:26)

*************

Nabi Lud a.s. tinggal di kampung Sadum, kampung yang paling besar , dan ada 4 kampung lain iaitu,Shan'a, Shu'ud , Atsrah dan Duma.


Maksiat kaum Nabi Lud a.s. melakukan hubungan sejenis/lgbt;

Kata Allah:

A029

"Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? 


Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat 


Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?


" Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): 


"Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".

(Al-'Ankabuut 29:29)


***********

Pada abad ke 19 sm ( 1900) tahun, nabi Ibrahim keluar dari Mesopotamia ke Palestin bersama Nabi Lud a.s, tetapi berpisah tempat tinggal, Nabi Ibrahim a.s di atas bukit sebelah utara, nabi Lud a.s. di dataran dan lembah Sadum, Jordan.


**********

Kesan laknat  Allah ke atas maksiat lgbt, laut tersebut menjadi laut mati. Allah telah tunggang terbalikkan kota Sadum dan empat kota sekitarnya. 

Kajian menunjukkan dalam laut tersebut ada runtuhan sebuah Kota, yakni kota Sadum, di Jordan. Kajian ini dengan sendiri menolak dakwaan konon cerita ini adalah cerita dongeng dan khurafat. 

Islam melarang menziarahi tempat yang Allah laknat. Jika pergi hendaklah cepat-cepat keluar, dan pergi hanya untuk menguatkan iman melihat kesan murka dan laknat Allah untuk iktibar.