Saturday, 9 May 2020

Selepas anak panah dilepaskan

Kedudukan gaya rehat santai, tangan dibawa ke belakang atau menyentuh bahu, sambil mata memerhatikan anak panah menuju ke papan sasar.

Kedudukan ini penting kerana saat melepaskan anak panah adalah saat paling mencabar dan penting.

_______________________

LAMAN ILMU WAHYU 
MAKNA KAYA DAN MISKIN 

Ilmu Islam mengajar kita ketentuan kaya dan miskin adalah sunnatullah atau fitrah Allah s.w.t.

Sebahagian dari kita Allah takdirkan kaya dan sebahagian yang lain miskin. Apa tujuan Allah jadikan takdir ini? Tujuan dan hikmatnya adalah untuk menguji kita samada kita bersyukur bila kaya dan redha bila miskin.Ujian iman kerana selepas mati kita akan dihisab.

________________

Kata Allah , 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).


_____________________

Ramadhan tahun ini 1441 Hijrah dan 2020 Masehi kita diwarnai dengan isu si miskin yang dibantu oleh si kaya.

Membantu kalangan yang dhaif adalah mulia dan digalakkan oleh agama Islam, firman Allah, mendidik kita supaya tidak bakhil, 

Kata Allah 
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.




________________
Islam adalah agama yang mementingkan akhlak dan adab. Ketika menderma kita dilarang riak dan menyakiti hati penerima dengan mengaibkan mereka atau mengungkit pemberian kita.

Adalah lebih afdhal sembunyikan sedekah kita.

Kemajuan media sosial (medsos) sehingga penderma terlupa atau sengaja atau memang jahil untuk menjaga aib penerima sedekah.

Allah pesan supaya tidak dedahkan keaiban kita , kecuali terpaksa kerana berdepan dengan hukuman bunuh, 

Kata Allah
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

____________________
Mengenai pendedahan aib penerima sedekah, larangan Allah 

Kata Allah,
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(An-Nisaa' 4:148)

_____________________
Kebahagian itu bersifat nisbi (tidak mutlak)/relatif, subjektif, , mengikut cita rasa masing-masing. Oleh kerana itu tidak ada ukuran yang tepat dalam mengukur kebahagiaan .

Kita tidak boleh hukum orang yang tinggal di pondok buruk itu  tidak bahagia dan hina. Itu adalah ketentuan nasib hidup mereka. Tidak ada insan ingin hidup susah, tetapi ada ketika, kemewahan itu sukar dicapai  tangan .

Jika anda hendak hulurkan bantuan, silakan, tetapi jangan sampai menghina , apalagi sehingga menjejaskan maruah agama, bangsa dan negara. Imej dan maruah adalah perkara yang wajib dipelihara dan dijaga.

Sila beramal dengan ilmu Islam dan iman yang cemerlang di dada. 

Untuk menderma tidak perlu berlagak hero dan kaya. Orang susah dan miskin , kerana mereka tiada harta kekayaan , tetapi maruah mereka masih ada. 

Ini kerana ahli falsafah kebahagiaan mengatakan kamu boleh membeli katil yang berukir cantik, tetapi kamu tidak dapat membeli lena yang panjang. 

Kamu mampu membeli mahligai yang besar dan indah, tetapi kamu tidak mampu membeli kebahagiaan dan damai di hati. 

Berapa ramai jutawan harta yang hidup dengan bertemankan anjing dan mewasiatkan harta kepada anjing kesayangan. 

_____________________

Pesanan dan anjuran jika anda, 
Jika jahil , sila dalami ilmu Islam dan ilmu syariat.
Jika tidak tahu  anda jahil, nasib engkaulah Yop.
Jika anda tersilap langkah, sila istighfar dan jangan ulangi lagi, tetapi jika tersilap, ditegur buat lagi, kategori apakah anda? Tepuk dada tanya iman. 

________________________

Maksud hadis nabi s.a.w. 


Abu Hurairah r.a: 


“Yang dinamakan orang miskin (itu) bukanlah orang yang berkeliling-kelalang meminta-minta kepada orang ramai, lalu peminta-minta itu diberi orang (dengan) sesuap dua suap (makanan), atau sebutir dua butir kurma. 
Lalu bertanya para sahabat: “Kalau begitu, siapakah yang dinamakan miskin itu ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Orang miskin itu sesungguhnya ialah orang yang tidak memiliki apa-apa untuk menutupi keperluannya, namun keadaannya itu tidak diketahui orang supaya orang bersedekah kepadanya, dan tidak pula dia meminta-minta ke sana-sini.” (Muslim) 

_________________

Kata Allah 
Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.(Al-Baqarah 2:273)

____________________

Kaya atau miskin rencana atau rancangan Allah s.w.t.Oleh kerana itu kemiskinan tidak boleh dihapuskan dari bumi ini. Hanya otak Yahudi German Karls Marks yang berusaha membasmi kemiskinan.  Jika kemiskinan dibasmi sama erti dengan membasmi rancangan Allah.

Allah perintah kita tangani kemiskinan dan susun ekonomi Islam dengan zakat, sedekah dan sistem ekonomi dan politik Islam . 
Tujuannya supaya kuasa politik Islam untuk menghalang kezaliman dan penindasan dalam ekonomi dan politik.

__________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 00302171-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU MELAKA 





















Friday, 8 May 2020

Syarat kemenangan




Semasa menarik tali busur , jauhkan dari dada , supaya tali tidak kena badan kita, terutama bagi pemanah wanita, sila hati-hati untuk mengelak bahaya dan kemalangan.

_________________________
LAMAN ILMU WAHYU 

Belajar dari Tok Guru Hadi Awang ,

Syarat mendapat kemenangan di dunia , dari peristiwa peperangan Badar, 17 Ramadhan  tahun kedua Hijrah .
Rahsia kemenangan tersebut dicapai apabila syarat-syarat yang melayakkan untuk mendapat pertolongan Allah dipenuhi, iaitu 

  • kekuatan rohani dalam beriman, 
  • berjihad dan bersabar, dan 
  • kekuatan lahiriyah dengan susunan bala tentera dan strategi yang baik dan pintar.

Bahkan beriman kepada kebenaran Islam yang diimani, ditegakkan dan dipertahankan, percaya kepada Allah SWT dan janjiNya yang memberi kemenangan di dunia dan Akhirat.



Kata Allah ,

Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.


Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

(Al-Nahl 16:127) |
Harakah daily 05/05/2020



______________________________



Pada hari ini kita menghadapi cabaran dan rintangan serta tentangan yang sama seperti dialami oleh para nabi dan rasul .



Ancaman pada hari ini lebih meluas melalui media sosial(medsos) seperti dilemparkan  perkara-perkara yang boleh menyebabkan kacau ganggu urusan negara dan pemikiran umat 

  • Fitnah
  • Khabar angin
  • Tohmahan dan tukang-tukang fitnah, tohmah dan peniup khabar angin tidak pernah muncul, hanya sebagai tok dalang dalam wayang kulit
  • Tok Dalang berada di belakang netizen dengan melempar umpan isu untuk dilagakan 
  • Menjolok emosi umat dengan kata-kata lunak , lembut dan menggoda tanpa fakta yang jelas , tetapi berjaya membuat umat menangis dengan sokongan gambar-gambar ciptaan mereka 
  • Gagal tabayyun ( mencari kepastian dan kebenaran)
  • Membunuh watak 'ulama' dan watak baik supaya suara mereka tidak didengari dan dibenci oleh umat 
  • Mengangkat watak yang mereka angkat sebagai idola seperti tokoh komunikasi berkesan , pakar motivasi dll
  • Segala macam jarum serangan pemikiran umat seperti liberal, lgbt, akal logik yang menafikan wahyu ,plural agama, sekular , sosialis, kapitalis, materialis, hedonism,

______________
Berhati-hatilah umat kerana akhir zaman ini umat Islam hanya seperti buih dan menjadi makanan musuh, samada musuh dari kalangan bukan Islam dan dari kalangan Islam sendiri .

Cara mengatasi masalah /ujian ini 


  • Dalamilah ilmu al Quran dengan guru yang benar dan muktabar
  • Jihad akidah untuk menjaga iman
  • Jauhi membahas isu ranting yang diumpankan oleh musuh untuk pecahkan umat Islam , hanya tahun 1 Hijrah hingga 300 Hijrah tiada perselisihan pendapat dan pandangan di kalangan umat Islam, tetapi khilaf pandangan adalah rahmat , bukan perpecahan
  • Kenali fahaman aliran pemikiran dalam Islam
  • Kenali ajaran sesat seperti millah Abrahah , tariqat sesat , khurafat dan tahyul
_______________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU MELAKA

Wednesday, 6 May 2020

Tutorial memanah - tokoh memanah

Sukan memanah ini boleh dikaitkan secara langsung dengan kekuatan hati, akal dan jasad. Seseorang yang memanah menggunakan mata hatinya menjadikannya lebih yakin dan tenang manakala akal yang memberi tumpuan(fokus )melahirkan pemikiran yang tajam.


Sa'ad Bin Abi Waqqash adalah pemanah handal di zaman nabi s.a.w. 

Beliau adalah salah seorang sahabat yang dijamin syurga,  juga bapa saudara nabi s.a.w. sebelah ibu baginda.
Kehebatan Sa'ad Bin Abi Waqqash memanah mendapat perhatian nabi s.a.w. 

Nabi s.a.w mendoakan agar panahan Sa'ad Bin Abi Waqqash tepat dan doanya makbul.

Beliau juga seorang penunggang kuda yang handal.

Sa'ad adalah sahabat yang turut serta dalam perang Qadhisiah menakluk Persia.

Nabi s.a.w. mengakui memanah adalah latihan kekuatan badan.

___________________


____________________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 




Monday, 4 May 2020

DATUK SERI TUAN GURU HAJI HADI AWANG 1987



Kata Allah , 


Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.


______________________
TUGAS RASULULLAH BUKAN SETAKAT NI SAHAJA 


  • IMAM SOLAT
  • JURU NIKAH
  • BACA DOA
  • BACA DOA ARWAH 
  • BERKHATAN 
  • DOA SELAMAT 
TETAPI TUGAS RASULULLAH IALAH MENEGAKKAN KHALIFAH , KUASA POLITIK ISLAM DI DUNIA. ISLAM MESTI MEMIMPIN BUKAN DIPIMPIN OLEH AKAL , IAITU ISLAM DUDUK DI BAWAH KEHENDAK AKAL DAN NAFSU ADALAH SALAH. 


Rahsia kekuatan orang Islam, ialah mengamalkan al Quran. 

Perdana Menteri Inggeris Gladstone , mengkaji al Quran menyebabkan mereka tidak dapat mengalahkan orang Islam. 

Mereka mencari jalan untuk lemahkan umat Islam dengan menjauhkan al Quran dari memahami ilmu al Quran melalui serangan ideologi dan politik .

Kini tahun 2020  perkara ini telah muncul , acuan Barat , menyebabkan umat buta ilmu al Quran. Maka jadilah umat Islam ulam musuh diratah dengan rakusnya.

Muncul lgbt, plural agama, liberal, sekular , atheis, hipokrit dan banyak lagi.

_______________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU, MELAKA 




Tutorial memanah- cara berdiri


Cara berdiri

Untuk perbandingan mudah, cara berdiri ialah seperti solat untuk memanah.

Kaki mesti tetap tidak boleh bergerak ketika memanah. Hujung jari kaki mestilah selari dengan titik point yang paling tengah, paling banyak, 10 mata .

_______________________

LAMAN ILMU WAHYU 






Dan (Tuhan berfirman lagi): 

Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. 

Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.



________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU , MELAKA













Sunday, 3 May 2020

Tutorial memanah- jarak


Pelatih baru tidak perlu memikirkan jarak untuk mendapat kemahiran memanah. Utamakan sasaran mengena dulu , dengan teknik memanah yang betul. Setelah mahir barulah beranjak atau beraleh ke jarak yang lebih tinggi.Mulakan dengan jarak 15 kaki dari papan sasar.

Kemudian beraleh ke jarak 20 kaki, 25 kaki dan 30 kaki. Jika mula berlatih terus memilih jarak 30 kaki dari papan sasar , dikhuatiri panahan anda meleset .


___________________
LAMAN ILMU WAHYU


Tarbiah Ramadan: Jangan melompat ke luar tabii
April 28, 2020

RAMADAN dan ibadat-ibadat yang dilakukan bertujuan mentarbiah orang-orang yang beriman bagi membina sahsiah (jati diri kemanusiaan) mengikut fitrah yang sebenar, berbeza dengan kejadian malaikat, binatang, tumbuhan dan batu yang keras.
Manusia mempunyai jasad, roh dan akal, serta hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Maka manusia hidup dengan tujuan beribadat, mentadbir dunia dan berwawasan akhirat, bukan sekadar makan untuk menguatkan nafsu tanpa mempunyai sebarang wawasan hidup.
Sifat kejadian manusia berbeza dengan malaikat kerana mempunyai jasad dan nafsu, berbeza dengan binatang kerana mempunyai akal, dan berbeza dengan pokok dan batu kerana bergerak ke sana ke mari.
Manusia itu mempunyai peranan tersendiri kerana fitrah penciptaannya yang berbeza dengan makhluk yang lain. Firman Allah:
﴿أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ١١٥﴾
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Surah al-Mu’minun: 115)
Memilih sesuatu yang terbaik adalah menjadi fitrah (tabii) kehidupan semua makhluk, terutamanya bagi manusia untuk menyelamatkan rukun kehidupan iaitu; menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta.
Manusia yang berakal berusaha sedaya upaya ke arah kebaikan dan saling bertolong menolong sesama mereka dalam hidup bermasyarakat madani (bertamadun), kecuali dalam keadaan darurat mengikut tahap dan keperluan.
Binatang juga ada perasaan sendiri, seperti memilih makanan yang lazat, selamat dan berkhasiat, tempat yang selesa dan aman bagi diri dan kelompoknya.
Walaupun tidak berakal, binatang tidak makan makanan yang memabukkan atau mematikan, dengan menggunakan kemampuan pancaindera melihat, menghidu dan merasa untuk menilainya. Begitu juga binatang membina sarang di tempat yang selamat bagi diri sendiri, anak dan kawanan.
Tumbuh-tumbuhan pula hidup di kawasan tanah dan suhu udara mengikut kesesuaian masing-masing serta memerlukan baja untuk perkembangan kesuburan yang berterusan.
Namun, ada di kalangan manusia yang tidak memanfaatkan kurniaan Allah SWT untuk dirinya sendiri. Allah berfirman:
﴿صُمُّۢ بُكۡمٌ عُمۡيٞ فَهُمۡ لَا يَرۡجِعُونَ١٨﴾
“Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).”
(Surah al-Baqarah: 18)


Firman Allah:
﴿وَمَثَلُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ كَمَثَلِ ٱلَّذِي يَنۡعِقُ بِمَا لَا يَسۡمَعُ إِلَّا دُعَآءٗ وَنِدَآءٗۚ صُمُّۢ بُكۡمٌ عُمۡيٞ فَهُمۡ لَا يَعۡقِلُونَ١٧١﴾
“Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), sama seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.” (Surah al-Baqarah: 171)
Allah SWT berfirman lagi:

sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam ramai penghuni daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raf: 179)



Firman Allah:
﴿وَلَقَدۡ مَكَّنَّٰهُمۡ فِيمَآ إِن مَّكَّنَّٰكُمۡ فِيهِ وَجَعَلۡنَا لَهُمۡ سَمۡعٗا وَأَبۡصَٰرٗا وَأَفۡ‍ِٔدَةٗ فَمَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُمۡ سَمۡعُهُمۡ وَلَآ أَبۡصَٰرُهُمۡ وَلَآ أَفۡ‍ِٔدَتُهُم مِّن شَيۡءٍ إِذۡ كَانُواْ يَجۡحَدُونَ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُواْ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ٢٦﴾
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kamu menguasainya, dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikit pun kepada mereka, kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah; dan (dengan yang demikian) mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.” 
(Surah al-Ahqaf: 26)
Ya! Terdapat manusia yang menjadi makhluk perosak, bahkan lebih sesat daripada binatang yang mencuri buah-buahan yang terbaik. Mereka memilih pendekatan mencari keburukan atau kesilapan orang lain untuk menjatuhkan dan mengaibkannya.
Lebih teruk lagi ada manusia yang tidak tahu mencari kebenaran, sebaliknya hanya mencari keburukan dan kerosakan sahaja, sehingga memejamkan mata terhadap perkara yang positif.
Mereka mengintai perkara negatif yang timbul dan mencari setiap kelemahan untuk memburukkan lagi keadaan, bukannya mengkritik untuk menasihat dan membina.
Pada hari ini dengan menggunakan media yang paling canggih, mereka memilih setiap maklumat berpandukan teori barat yang menjadi kiblat dan kebanggaan mereka iaitu matlamat menghalalkan cara (end justifies the means).
Mereka sanggup mematahkan yang bengkok, menghancurkan yang retak, merebahkan yang condong, sehingga menyiram minyak ketika terbakar supaya menjadi lebih merebak.
Islam mengajar supaya kita melihat setiap kebaikan daripada semua pihak tanpa memilih kawan atau lawan. Kita hendaklah memberikan nasihat bagi setiap kesalahan dan menyelamatkan manusia seramai mungkin tanpa memaksa mereka untuk bersama Islam.
Seterusnya wajib berlaku adil walaupun terhadap musuh, dan jangan melampau walaupun terhadap penceroboh.
Firman Allah:
﴿وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ١٩٠﴾
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampau; kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.” (Surah al-Baqarah: 190)

Firman Allah:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ٨﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melaksanakan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah: 8)
Firman Allah:
﴿ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلۡهُم بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ١٢٥ وَإِنۡ عَاقَبۡتُمۡ فَعَاقِبُواْ بِمِثۡلِ مَا عُوقِبۡتُم بِهِۦۖ وَلَئِن صَبَرۡتُمۡ لَهُوَ خَيۡرٞ لِّلصَّٰبِرِينَ١٢٦ وَٱصۡبِرۡ وَمَا صَبۡرُكَ إِلَّا بِٱللَّهِۚ وَلَا تَحۡزَنۡ عَلَيۡهِمۡ وَلَا تَكُ فِي ضَيۡقٖ مِّمَّا يَمۡكُرُونَ١٢٧ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَواْ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحۡسِنُونَ١٢٨﴾


“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, 

dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang terbaik; 

sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (125); 

Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan ke atas kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (126); 

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; 

dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (127);


 Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (128).” 

(Surah al-Nahl: 125-128)


Maka puasa yang diwajibkan pada bulan Ramadan ini bertujuan membina sifat taqwa yang dibuktikan dalam kehidupan beribadat dan bermasyarakat.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Ramadhan 1441 / HARAKAHDAILY/28/4/2020