Saturday, 18 January 2020

Tutorial ping pong 1



Kepada ibu bapa yang inginkan anak mereka mahir dalam latihan ping pong, adalah elok kiranya mereka membeli satu  bat ping pong dan sebiji bola untuk anak-anak lakukan timbang bola di rumah .(Harga bet paling murah rm9.00 sahaja) 


Aktiviti  latihan timbang bola
  • Murid berpasangan 
  • Seorang murid menimbang bola
  • Pasangannya mengira berapa kali pukulan dibuat secara berterusan 
  • Murid bertukar pasangan 
  • Murid yang paling banyak membuat pukulan dikira pemenang 
_________________

Kemahiran yang dapat
  • Murid mahir membuat kawalan bola dengan bet
  • Murid mahir pegang bet, mudah untuk bermain di meja
  • Kemahiran menggunakan mata melihat bola
_________________


  • Aktiviti menimbang bola boleh dilakukan di rumah, setiap, hari selama 1 jam 1 sesi latihan



  • Latih tubi sehingga anda mendapat 100 kali pukulan tanpa henti/berterusan
  • Lakukan secara fore hand dan back hand
  • Jika anda lakukan timbang bola di rumah, dan mahir, mudah bagi anda bermain di meja dan menjimatkan masa bermain di meja  
  • Latihan menjadikan anda pakar
  • Ibu bapa boleh membimbing mereka

____________________

____________________

Anak anda rasa dihargai untuk bermain ping pong. Jaminan kami mereka mampu mewakili sekolah. Anda berbelanja untuk kemahiran anak, anak anda akan menjadi pemain yang pandai dan mahir.  Anak anda akan dapat satu nilai tambah kehaibatan diri selain akademik.


_____________________

Akal yang cerdas dari badan yang sihat 

______________________

Jika anda inginkan tunjuk ajar dari coach sila bawa anak anda berlatih pada hari Sabtu, coach akan membantu tunjuk ajar asas pukulan secara percuma. 

Anda hanya perlu membayar yuran sahaja rm8.00/sejam . Terhad kepada  kanak-kanak berusia 9tahun hingga 13 tahun sahaja.


Gambar hiasan dari google
Gambar hiasan dari google

___________________________
Jika pihak kami mendapat latihan berterusan dari 30 orang murid, kami akan fikirkan untuk menganjurkan perlawanan remaja bawah 13 tahun.

Berikan anak anda ruang dan peluang belajar bermain ping pong secara betul, ada teknik dan strategi. 

_____________
Kesan segera yang anda perolehi ialah , anak anda akan kurang bersama gajet dan tv.Jantung mereka lebih sihat dan juga mata lebih baik.


___________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI    003021717-M  
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU, MELAKA 

TALIAN KAMI: 019 957 3585
PERNIAGAAN INI ADALAH MILIK MELAYU MUSLIM

ADMIN



Mesin rumput



Mesin rumput kecil dan ringan 






Mesin rumput ini banyak membantu kerja-kerja memotong rumput di padang PDP, dalam masa dua jam boleh siap.

Jika dulu kami sangat sukar mencari tukang mesin rumput, kini tidak lagi, mudah, ringan dan perempuan juga boleh tolak dan mesin rumput. 

Cara hidupkan mesin juga senang dengan hanya  memegang tali pada handle dan tarik .

Mesin rumput ini sangat ringan dan kecil seperti mainan kanak-kanak sahaja, tetapi mempunyai kuasa yang tinggi dan kuat, dalam memotong rumput.

Dulu kami gunakan mesin sandang agak berat dipikul di atas belakang , kini ringan sahaja, hanya tolak sahaja. Mesin ini tidak sesuai digunakan di laman yang berbatu .




Pokok limau purut sangat subur dengan siraman air dari kolam ikan puyu 
Sunnatullah, pusingan kehidupan antara haiwan dan tanaman. Demikianlah Allah menumbuhkan tanaman dan menghidupkan binatang 

Dalam surah al Mulk Allah bertanya ,

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.



Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

(Al-Waaqi'ah 56:63)


Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

(Al-Waaqi'ah 56:64)



Dan (Tuhan berfirman lagi): 


Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

(Al-A'raaf 7:96)


Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?(Al-Waaqi'ah 56:68)

Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

(Al-Waaqi'ah 56:69)



Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)?

(Al-An'aam 6:95)




Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, 

Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; 

dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; 

dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. 

Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.(Al-An'aam 6:99



_____________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M  
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA


TALIAN  KAMI : 019 957 3585
___________________
PERNIAGAAN INI MILIK MELAYU MUSLIM 




Faraid Penghalang

Halangan kedua krew kami dalam mendapatkan tanah sawah untuk disewa ialah faraid. Sukar bagi waris untuk selesaikan harta peninggalan si mati.

Akibatnya sewa tanah tidak dapat dibuat, tanpa restu tuan tanah.

Bayangkan sejajar tanah sawah tidak boleh digunapakai kerana faraid sukar diselesaikan, Kematian berlapis dan waris yang ramai yang tidak dapat disatukan. 


_______________
Kami mempunyai kepakaran menyelesaikan masalah faraid selama 30 tahun lebih . Jika tuan-tuan tanah berminat boleh hubungi kami melalui temu janji. 

Kami ada tempat mesyuarat yang boleh memuatkan 40 peserta. 


Bilik kursus / mesyuarat PDP mampu menampung 40 peserta sahaja 

Bilik kursus/mesyuarat PDP, boleh menampung 40 peserta  sahaja 


Kami juga boleh membantu waris dengan melantik kami sebagai perantara.

Jika dibiarkan masalah semakin rumit, selesaikan setakat yang kita mampu. Faraid adalah hukum Allah dan arahan Allah untuk diselesaikan supaya waris dapat menikmati harta yang ditinggalkan dan negara serta umat dapat bangunkan ekonomi kita .

Harta cair dalam masyarakat.

____________

Krew kami sempat bertemu dengan seorang waris sahaja, di kedai Tom Yam, Kampung Pulai , yang juga berminat untuk membuat projek bina rumah untuk generasi muda yang sedang mencari tapak rumah.

Hasil perbualan kami dengan penduduk setempat, harga tanah bagi satu tapak rumah , geran bersyarikat kini mencecah rm100 ribu lebih .

Adalah sangat tidak ekonomi, tanah dibiarkan begitu sahaja tanpa ikhtiar dari waris untuk selesaikan , hak milik yang sempurna.


Banyak perusahaan dapat dibuat di atas tanah tersebut, seperti ternakan itik, ayam kampung, dan lain-lain dengan mendapat khidmat nasihat dan bantuan dari jabatan berkaitan.

Perniagaan itik salai, ayam salai sangat meluas kini , dan kita boleh bangunkan di warung Pantai Siring .Setiap minggu warga Kuala Lumpur sering turun ke Melaka untuk bercuti, ruang dan peluang ini sangat menarik. 

Jadikan Pak Man Asam Pedas , di Bukit Katil sebagai pencetus usaha kita .

_____________


PUSAT DAGANGAN PULAI(PDP)
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI: 019 957 3585 

_____________
PERNIAGAAN INI MILIK MELAYU MUSLIM

Air masin


Sebidang tanah , pokok besar yang menjadi rumah monyet 


Krew kami telah meninjau sebidang tanah hampir satu ekar di jajaran Pantai Siring , iaitu Serkam Pantai ,petang semalam, Jumaat, 17/01/2020.

Dua masalah yang kami dapat kesan ialah
1. Air laut yang masuk ke tanah tersebut kerana tiada benting pasir hadang air laut

2. Tiada sumber air, seperti parit dan tali air, sukar untuk bangunkan kolam ternakan puyu. Telaga tiup dan telaga yum boleh digunakan tetapi tidak ekonomi .

____________

Tindakan
1. Pihak berwajib tempatan harus membantu kami penduduk Pantai Siring untuk membuat hadang /benting air  laut dan parit & tali air untuk memudahkan kami menjalankan ternakan ikan air tawar kerana padi tidak diusahakan lagi 


_____________


Jajaran sawah dari Pantai Siring hingga ke Serkam Pantai , mengikut talian elektrik 

Penduduk kampung yang berhampiran sangat gembira dan berbesar hati jika kami jalankan perusahaan ternakan puyu, kerana setidak-tidaknya dapat mengurangkan gangguan monyet yang berkeliaran masuk ke rumah dan kebun pisang penduduk di situ .

Kelincahan monyet-monyet ini katanya mampu merungkai kain balutan pisang mereka dan menumbangkan pokok pisang .

Krew kami dihidangkan goreng pisang nipah panas-panas , kaw gitu.

Hasil kebun yang segar. 

Penduduk kampung juga bertanam keladi, tetapi mendapat gangguan air masin dari laut.

Molek kiranya MPKK mengambil usaha membantu penduduk kampung , sudah 60 tahun merdeka, berilah sedikit cakna buat kami .

Rayuan kami lagi sekali, warung di Pantai Siring tumbuh dengan pesatnya kini, gerai ikan, gerai sayur dan makanan  kering serta pakaian , tetapi malang sekali, jalan agak sempit, semoga pihak MPKK dapat membantu kami.

Suatu yang baik kini telah dibina iaitu bilik air, untuk penggunaan pengunjung ke warung di situ.

Panorama pada waktu malam di warung tepi gigi air Pantai Siring 
Ada wakaf untuk duduk santai sambil minum kopi, sebelum turun memancing 


______________

PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585

_____________

PERNIAGAAN INI ADALAH MILIK MELAYU MUSLIM 


Hobi

Bekas ini boleh dijadikan tempat ternakan puyu sebagai hobi
Masukkan pokok keladi bunting dan teratai yang hampir pupus kini kerana kebanyakan paya telah ditimbus untuk tapak perumahan , jadi kita boleh ternak di paya  tiruan  yang kita cipta sendiri 

Ketinggian bekas perlu kerana ikan puyu jenis ikan yang melompat 

Air yang ditukar boleh dijadikan siraman pokok dan merupakan baja asli yang terbaik 

_____________________

Kepada peminat ikan puyu boleh hubungi PDP di talian 

019 957 3585, untuk tempahan induk 




Anak ikan puyu berusia 3 bulan 


Anak ikan haruan juga berusia 3 bulan 

Anak ikan puyu berusia 3 bulan 


Puyu




haruan 







___________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA
TALIAN KAMI :019 957 3583

______________
PERNIAGAAN INI MILIK MELAYU MUSLIM



Ovaprim

Apakah ovaprim?
Ingin tahu lebih lanjut dan anda berminat dengan ternakan ikan puyu, nantikan kursus di PDP.

Kursus pembenihan ikan puyu, satu induk boleh menghasilkan 30 ribu anak ikan puyu. Anak yang baru menetas dipanggil rega, ukurannya lebih kecil dari jentik-jentik nyamuk.

Warnanya hitam , kemudian akan bertukar kepada warna lutsinar, kita tidak dapat melihat dengan mata kasar. Demikianlah Allah menjaga makhluknya .

Bakal dijadikan induk untuk kursus pembenihan ikan puyu 

________________


PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA 
TALIAN KAMI : 019 957 3585
_______________
PERNIAGAAN INI ADALAH MILIK MELAYU MUSLIM


Monday, 13 January 2020

Pam air


Mudah sahaja untuk anda pastikan tapak tanah yang sesuai untuk ternakan ikan puyu ialah, dekat dengan sumber air, samada sungai.parit dan tali air, air gunung dan sebagainya . Tujuannya untuk memudahkan dapat bekalan air untuk dipam ke dalam kolam .

Tinjauan krew kami ke kedai pam di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur ada dua gred pam yang , murah dan mahal.

Gambar dari google -pam air 2inci
Jika pam cap mitsubishi harganya dalam rm800.00 jika okazawa dalam rm400.00



PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 
TALIAN : 019 957 3585

PERNIAGAAN INI ADALAH MILIK MELAYU MUSLIM 

Sunday, 12 January 2020

Perkhidmatan di PDP


KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN 

  • BILIK KURSUS/MESYUARAT(UNTUK 40 PESERTA)
  • PUSAT MEMANAH
  • PUSAT PING PONG
  • PADANG SERBA GUNA 40KAKI X 100KAKI-ADA SPOT LIGHT 
  • 2 BUAH HOMESTAY DI TINGKAT 1-ADA SPOT LIGHT DI DEPAN BANGUNAN 
(SESUAI UNTUK MENGADAKAN HARI KELUARGA, HARI KAKITANGAN, DAN SUKANEKA )



Bilik kursus/mesyuarat untuk 40 peserta
panjang 70kaki, lebar 19 kaki 

Pusat Memanah 


Pusat ping pong

Padang di belakang PDP pada waktu malam
Lebar 40 kaki , panjang 100 kaki 

Padang di belakang PDP  pada waktu siang 
Padang di belakang PDP pada waktu malam ,
sesuai untuk adakan bbq dll

Padang di belakang PDP
pada waktu malam dengan spot light


Padang ini asalnya untuk dijadikan gelanggang silat dengan nama gelanggang silat Dato' Laksamana Bentan, tetapi ditangguhkan buat sementara waktu.




Tawaran untuk tahun 2020 hanya rm150.00/semalam, dari harga asal rm200.00/satu malam . Home stay untuk Muslim sahaja


_______________________
_____________
BERMINAT SILA TELEFON DI TALIAN KAMI 
019 957 3585

____________

PUSAT DAGANGAN PULAI (PDP)
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU, MELAKA

PERNIAGAAN INI ADALAH MILIK MELAYU MUSLIM