Saturday, 20 June 2020

Kitab petunjuk

LAMAN ILMU WAHYU


Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

_________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU , MELAKA 

Wednesday, 17 June 2020

Khidmat menulis wasiat

Kami juga menyediakan perkhidmatan penulisan wasiat , dengan syarat anda menyimpan sendiri surat wasiat tersebut. Syarikat kami tidak menyimpannya.

Anda juga boleh amanahkan kepada waris atau saksi penulisan wasiat untuk menyimpannya dan dibacakan wasiat terakhir selepas keamtian pewasiat.

Seeloknya wasiat hendaklah ditulis kepada orang tersayang yang bukan waris. Ini kerana waris tidak perlu diwasiatkan kerana telah ada hukum faraid.

****************
Syarat wasiat hanya 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta kita sahaja.

*****************
Soalan 
Kepada siapa wasiat perlu ditulis?

Jawapan 
Kepada bukan waris yang kita berhasrat untuk memberikan harta kita. Contoh, anak angkat, ibu bapa angkat, anak tidak sah taraf, ibu bapa saudara , anak saudara , cucu dan lain-lain.

*********************
Wasiat kepada bukan waris atau badan-badan tertentu 

"Inilah wasiat terakhirku......"



Harta aleh

Istilah harta aleh dalam faraid ialah harta yang boleh aleh seperti duit, saham, wang simpanan dalam kumpulan wang simpanan pekerja(kwsp), simpanan di bank atau tabung haji, simpanan tunai, koperasi , syarikat , kereta, motosikal , barang kemas dan lain-lain.

**********************
Semua jenis harta tersebut wajib difaraidkan .

Soalan 
Jika si mati meninggalkan harta aleh sahaja, di manakah tempat untuk failkan urusan pentadbiran harta pusaka?

Jawapan 
Samada melantik peguam atau failkan terus ke Amanah Raya Berhad(ARB).

___________________
Soalan 
Kenapa perlu disegerakan urusan urusan faraid?

Jawapan 
Supaya cukai jalan kereta dapat disambungkan dengan mudah, duit pula, anak-anak yatim yang di bawah umur perlukan belanja untuk meneruskan kehidupan.

Ramai beranggapan dalam masyarakat kita, jika kita menyegerakan urusan pembahagian harta pusaka, sebaik sahaja jenazah di kebumikan , orang itu dianggap mata duitan dan tidak sedih di atas kematian.

Anggapan , andaian dan pemikiran ini adalah ajaran salah dan sesat dalam kotak akal yang sempit dan ajaran salah.

Ini kerana Islam menentukan hukum segerakan urusan faraid supaya harta anak yatim terurus dan terjaga dengan selamat dan menghindari kita dari tersalah ambil harta pusaka. 

Waris si mati dapat menikmati nikmat harta yang ditinggalkan.

Harta dapat dicairkan dalam masyarakat untuk meningkatkan ekonomi umat. 

Urusan faraid adalah ibadat bukan adat, maksudnya arahan dari Allah.

Kepada para waris yang tidak menguruskan urusan harta pusaka di kalangan waris, sila bertindak segera, dan meminta ampun kepada Allah ,  meminta halal dengan waris dan mengembalikan semula hak waris.

***********************
Sila temui kami jika anda mempunyai masalah harta pusaka yang rumit. Kami sedia membantu anda dengan syarat , anda mesti datang dengan membawa dokumen berkaitan, jika tidak ada dokumen, kami tidak dapat membantu anda.

***********************
Operasi kami setakat musim covid 19 ini, hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja , sebaik-baiknya melalui temu janji .

***********************
*************************
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU MELAKA




Kasihkan nabi s.a.w. dulu

LAMAN ILMU WAHYU



Perjuangan memerlukan pengorbanan. 

____________________
Kata Allah 





Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang "A'raab" ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. 

Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. 

Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

************************

Semua penat lelah dalam perjuangan jihad /(peparngan  dalam zaman nabi s.a.w. ) , Allah tulis pahala amal termasuk , kemarahan orang kafir kepada kita.

________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU, MELAKA

Monday, 15 June 2020

Surat mati

Surat mati atau sijil kematian yang dikeluarkan oleh JPN(Jabatan Pendaftaran Negara) adalah dokumen penting dalam urusan pentadbiran harta pusaka.

Soalan 
Jika si mati tidak mempunyai surat mati / sijil pendaftaran kematian bolehkan urusan pembahagian harta pusaka difailkan?

Jawapan 
Boleh, anda perlu melantik peguam untuk mendapatkan bukti kematian atau anggapan kematian. Setelah mendapat dokumen ini dari mahkamah, anda boleh failkan sendiri urusan harta pusaka di unit pusaka kecil di mana harta itu berada.

(Ini bagi kes yang tiada rekod kematian di JPN, bukan surat mati hilang dalam simpanan)

**********************
Dokumen kematian ada dua jenis, permit menguburkan dan surat mati / sijil kematian . Pengurusan faraid memerlukan surat mati bukan permit menguburkan. 



*********************
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU , MELAKA 


Allah pemberi rezki

LAMAN ILMU WAHYU



Kata Allah 
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU, MELAKA 

Sunday, 14 June 2020

Waris meninggalkan waris lain

Soalan, salah seorang waris telah menyelesaikan harta pusaka dengan meninggalkan waris lain ? Bolehkah waris lain menuntutnya kembali?

Jawapannya boleh , sila lantik peguam, perunding cara atau waris yang faham .



********************
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU, MELAKA 





Waris sorok geran tanah

Geran tanah arwah telah disorok oleh waris. 


Soalan , bagaimana hendak menguruskan faraid jika salah seorang waris telah menyorok geran tanah dan enggan menyerahkan kepada waris yang berkenaan .

Jawapan 
Jelas bahawa waris yang menyorok geran tanah tersebut tidak faham tentang undang-undang tanah dan undang-undang Allah. Perbuatan waris itu termasuk dalam pekerjaan yang sia-sia , cubaan merumitkan , menghalang urusan faraid. 

Perbuatan tidak matang ini menampakkan bahawa si penyorok itu tidak ada bijak, bertindak tanpa ilmu undang-undang tanah dan undang-undang Allah.

Jika laporan dibuat, tindakan undang-undang boleh diambil. 

Mengenai hukum Allah, termasuk dalam menghalang pelaksanaan hukum syariat faraid, termasuk dalam perkara dosa dan lawan Allah.

Kesan di dunia, nikmat harta pusaka tidak dapat dinikmati dan di akhirat tiada saham amal soleh.

*************************
Kepada waris yang ingin meneruskan pembahagian harta pusaka , boleh samada melantik peguam, perunding cara, atau waris yang faham .

*************************

Jangan menipu dalam pembahagian harta pusaka, dan jangan biarkan diri ditipu, kerana menipu itu haram, ditipu itu bodoh.

Rujuk filem 3 Abdul tentang faraid. Selesai dengan kebijaksanaan, sebuah filem saduran dari filem Arab.


************************
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA