Wednesday, 29 January 2020

Cara pegang bet

Cara pegangan seperti bersalam / shake hand

• Memegang pemegang raket dalam tapak tangan
• Ibu jari dan jari telunjuk diletakkan di sebelah yang bertentangan
• Jari yang lain mengelilingi bahagian pemegang raket


Cara pegang bet seperti orang bersalam 



Cara pegang bet seperti orang bersalam 



Aktiviti Gambar rajah

Permainan : 1

Nama : Mencari Kawan

Kemahiran : Cara Memegang Raket ‘Shake
Hand Grip’/ seperti bersalam 

Langkah-langkah:

a. Murid-murid membuat satu bulatan.
b. Guru memainkan lagu “mencari kawan”.
c. Bila muzik diberhentikan, murid perlu
mencari seorang rakan dan berjabat tangan dengan rakannya.
d. Pada masa ini, guru menyuruh murid memerhatikan cara pegangan jabat tangan tersebut.
e. Guru menerangkan cara memegang raket secara ‘shake hand’ dan murid-murid menunjukkannya berjabat tangan dengan rakannya.


Bersalam 
(SUMBER RUJUKAN MODUL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA )


__________________
LATIH TUBI 
  • Untuk mendapatkan kemahiran pegang bet ialah dengan selalu melakukan timbang bola dan melantunkan bola ke dinding atau ke lantai .

  • Murid-murid boleh juga biasakan pegang bet cara betul dengan membuat pukulan bayangan.

Tujuan 

  • Kemahiran memegang bet dengan cara/teknik yang betul, menjadikan pukulan anda tepat, kuat dan bertenaga , serta anda anda mampu mengawal bola dan bet .
  • Apabila kemahiran ini diperolehi, permainan anda akan mempunyai rally yang panjang 
  • Pada masa ini barulah anda seronok bermain , dan boleh bermain dengan kedudukan jauh dari meja 
_______________________

" Latihan menjadikan anda pakar "


"Istiqamah menjadikan anda mahir"

"Minat adalah pendorong kejayaan anda "

"Tokoh dilahirkan dan dibentuk, bakat adalah keutamaan "


"Semua orang boleh bermain ping pong sekiranya anda mempunyai kemahuan dan keinginan yang kuat "
___________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585 

____________
PERNIAGAAN INI ADALAH MILIK MELAYU MUSLIM