Friday, 29 May 2020

Kayu beluti

Bengkel membuat bot  mainan


Kayu beluti diperlukan untuk membuat bot / perahu layar , harga di pasaran rm9.00 lebih sekaki . Oleh itu pihak kami bercadang membeli dari penduduk kampung sekitar Kampung Pulai , kayu beluti yang sesuai untuk membuat kapal layar mainan, seperti kayu pokok pulai, kayu pokok getah dan yang sepertinya.

Ukuran biasanya 4x4, 5x5, 6x6 .

Kayu beluti
 (Kayu berbentuk segi empat , segi empat sama)

Saiz kapal layar mainan biasanya berukuran 2 kaki, 3 kaki, 9 inci dan pelbagai saiz boleh direka.

Kayu pallet (sejenis kayu lembut seperti kayu pine)
____________________

Mengenali alatan membuat kapal layar. 

Zaman sains dan teknologi, pertukangan bukan lagi kerja sukar, semua ada alat untuk membantu dalam kerja-kerja pertukangan .
Gerudi pin 
Antara alatan  ialah aneka jenis gerudi, ini salah satunya iaitu gerudi pin.

____________________________


LAMAN ILMU WAHYU 





Belajar dari Tok Guru Hadi,Presiden Pas,


Namun demikian, apa yang berlaku kepada orang yang berilmu ialah akalnya terletak pada kemahuan perutnya dan bukan lagi di kepalanya (akal terikat pada kebendaan bukan ilmu). Akal tidak lagi mendatangkan manfaat ilmunya kepada si pemiliknya serta tidak dapat dimanfaatkan lagi oleh orang di sekelilingnya. Demikianlah andai akalnya lebih dangkal dari ilmunya. -

Petikan dari Harakah Daily/27/09/2018

_________________________
Al Quran banyak menyeru manusia supaya menggunakan akalnya untuk berfikir dan merenung dalam banyak kalimat dan istilah seperti , 

Kata Allah 
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).(Al-Baqarah 2:17)

Melihat juga menggunakan akal.
______________________

Kata Allah 
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?(Al-Baqarah 2:44) |

Allah gunakan kalimat akal.
_______________________
Kata Allah
Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.(Al-Baqarah 2:50

Allah gunakan kalimat menyaksikan juga menggunakan akal.
_______________________
Kata Allah,
Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.(Al-Baqarah 2:73) |

Allah menggunakan kalimat memahami juga menggunakan akal.
_______________
Baca dan ambillah ibrah dari al Quran, sumber ilmu , untuk menajamkan akal kita dengan cahaya agama Allah.

______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

Wednesday, 27 May 2020

Syawal Bulan peperangan 2 kali

Tahun 3 Hijrah , perang Uhud berlaku dalam bulan Syawal,17 haribulan. Dendam dengan kekalahan teruk dalam perang Badar, menaikkan semangat Musyrikin Mekah untuk menyerang orang Islam di Madinah.

Belajar dari peperangan Uhud, setengah pendapat mengatakan perang Uhud ini tergantung , tiada menang , tiada kalah kerana tentera Islam tidak lari dari medan perang , malah tentera Musyrikin Mekahlah yang lari balik akhirnya.

Perang Uhud, menang kalah berselang seli. 

Cabaran dalam perang Uhud:

1. Pembelotan Abdullah bin Ubai, berjaya membawa keluar 300 tentera Uhud, atas alasan rapuh , konon nabi s.a.w. tidak menggunakan pendapat baginda sendiri untuk berperang, hakikatnya memang Abdullah bin Ubai munafik

2. Sayyidina Hamzah memang handal dan digelar singa Allah, berjaya merempuh tentera musuh , membunuh kenamaan Quraisy , tetapi pukulan curi oleh pembunuh upahan iaitu Wahsyi bin al Harb , menyebabkan syahidnya Sayyidina Hamzah . Wahsyi berselindung di belakang pokok, terus melontar lembing dari jarak dekat , terus kena perut dan terburai urat perut (usus ) antara dua kaki Sayyidina Hamzah. Sayyidina Hamzah adalah bapa saudara nabi s.a.w. dan juga saudara susuan. 

Sayyidina Hamzah, ketika  syahid, terburai perutnya dengan lontaran lembing oleh Wahsyi, kemudian datang Hindun membelah dadanya dan terus mengambil jantung dan kunyah, tetapi Allah tidak izin Hindun menelannya terus diluahkannya.

Ketika baginda nabi s.a.w. datang melihat jenazah syuhada' , baginda seperti tidak mahu benarkan ibu saudaranya Sayyidatina Safiyyah melihat mayat adiknya, namun jawapan semangat oleh Safiyyah yang mempunyai jiwa kental, pertahankan agama Allah,  nabi Allah, kata, Safiyyah, " Mengapa? Aku telah mendengar berita kematian Hamzah, saudaraku dicincang, kerana berjuang di jalan Allah. Kami redha apa yang terjadi kepadanya kerana perjuangannya .Aku akan tabah dan bersabar Insya Allah. 

3. Peranan berita palsu untuk melemahkan semangat perang tentera Islam, kononnya nabi s.a.w. telah terbunuh. Hampir melemahkan tentera Islam , tetapi berita ini berjaya didepani dengan bijaksanan dan kata-kata semangat .

4. Tidak sabar menunggu atas bukit , pasukan pemanah 50 orang, 40 orang telah turun dan melanggar arahan nabi s.a.w sebagai ketua perang, kesannya musuh dapat masuk merempuh pasukan tentera Islam

5. Musuh berdepan dengan nabi s.a.w., namun Allah selamatkan baginda dengan beberapa mukjizat dan pertolongan . Nabi s.a.w. telah memakai dua lapis baju besi, namun musuh berjaya melukakan pipi baginda , hingga tercabut gigi seri di bahagian depan dengan panahan oleh Utbah bin Abi Waqas.

6. Namun baginda nabi s.a.w tidak lari dari medan perang malah mengambil risiko tinggi untuk memanggil tentera baginda mengatur langkah, walau pun musuh mendengar panggilan itu. Inilah sifat keberanian , kebijaksanaan dan tanggung jawab baginda , tidak mudah menyerah kalah dan menyerahkan kepada takdir. 

________________
Perang Uhud menampilkan dua orang pahlawan Islam yang handal memanah iaitu Saad bin Abi Waqqas dan Talhah. Malah baginda nabi s.a.w sendiri adalah pemanah berkuda yang handal. Semasa baginda menarik tali busur panah ketika perang Uhud, kedua hujung busur patah kerana kuatnya tarikan baginda. 

_______________

Ibrah dari perang Uhud

1. Kenali musuh dari kalangan orang munafik dan mungkir janji , gunting dalam lipatan 
2. Berita palsu boleh melemahkan semangat perjuangan tentera
3. Melanggar arahan ketua , susunan tentera jadi lemah, ada pintu yang boleh diceroboh, sedangkan pertahanan awal telah mantap jaga semua arah 

________________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 00302717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA







Tuesday, 26 May 2020

Azam dan tekad

Azam dan tekad membantu kita menuju kejayaan. Setiap cita-cita dimulakan dengan impian dan dipenuhi syarat dengan usaha dan tindakan. Doa adalah senjata orang beriman dan tanda pergantungan kita kepada Allah , kerana kita hamba Allah.

Jika kita hanya menadah tangan tanpa usaha , ikhtiar dan tindakan , mengharapkan Allah mengubah nasib kita, ini adalah fahaman salah dari aliran falsafah Jabariah. Fahaman ini memberi makna kita raja dan mengharapkan Allah jadi hamba kita melaksanakan hajat kita. 

Syarat berdoa ialah kena berusaha, berusaha sahaja tanpa berdoa pula ajaran salah juga. Ini kerana kita hamba Allah banyak kekurangan dan kelemahan, kita perlu sandarkan usaha kita kepada Allah yang perkenankan doa dan usaha kita. Allahlah yang menentukan takdir hidup kita .

_________________

PDP dalam rangka membuka bengkel membuat bot mainan . Tujuannya supaya peminat permainan air , bot kawalan jauh, kapal layar dan pelbagai jenis bot , dapat membeli bot kami dengan harga mampu milik.

 Kapal layar - gambar dari google
Kapal layar -gambar dari google
Kapal layar -Gambar dari google

____________________________
Persiapan bengkel sedang diusahakan, seperti :

1. Mesin potong kayu
2. Mesin tebuk kayu
3. Papan plywood
4. Kayu beluti
5. Kayu getah
6. Simen kayu
7. Cat kayu
8. Gam kayu
9. Kertas pasir
10. Kain layar
11. dll yang berkaitan 

________________________
LAMAN ILMU WAHYU


Belajar perumpamaan dari Tok Guru Hadi,

Petikan dari , Harakah daily 26-05-2020=3Syawal 1441H

Walaupun rakyat tertipu dengan media upahan yang beroperasi tanpa batas sempadan yang disalah gunakan keramatnya, demi mencapai kemenangan di atas pentas demokrasi, sehingga kemenangan itu rapuh dan mentah, laksana mengait buah durian kerana tidak sabar menunggu sehingga masak dan matang, maka gugurlah dalam keadaan mentah yang ditolak oleh tupai dan kera, apatah lagi manusia.

Malangnya mereka berkelahi untuk membuka buah yang gugur itu dan memarahi orang lain kerana buahnya yang masih mentah.

******
Petikan seterusnya 
Islam pula menegaskan perlunya tafaqquh (faham) dalam memandu kehidupan manusia dengan syariat yang sempurna dan mampu menyelesaikan masalah di sepanjang zaman, maka perlu diperkenalkan Feqah Muwazanat (Feqah Pertimbangan), Feqah Ma’alat (Feqah Implikasi) dan Feqah Aulawiyyat (Feqah Keutamaan).

Rasulullah SAW bersabda memberikan nasihat kepada umatnya:
مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللَّهِ وَالْوَاقِعِ فِيهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ، فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلاَهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا، فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنَ الْمَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ فَقَالُوا لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِي نَصِيبِنَا خَرْقًا، وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا‏.‏ فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا، وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيعًا. (رواه البخاري)
“Perumpamaan pihak yang menegakkan sempadan Allah (penguatkuasa undang-undang) dan orang yang melanggarnya seperti satu kumpulan yang menaiki bahtera (kapal) lalu ditetapkan di tempat masing-masing. Sebahagiannya berada di atas (pemerintah) dan sebahagian lagi berada di bawah. Lalu mereka yang berada di bawah meminta air, pasti perlu melalui mereka yang berada di atas. Tiba-tiba mereka yang rakuskan air itu berkata, “Kalau ditebuk sahaja kapal ini tanpa peduli kepada mereka yang berada di atas itu?.” Jika dibiarkan sahaja mereka menunaikan kemahuan itu nescaya semuanya akan binasa tenggelam, sekiranya dihalang nescaya semuanya akan selamat.” (Riwayat al-Bukhari 2493)
_________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , MERLIMAU , MELAKA 


Monday, 25 May 2020

Sayyidatina Safiyyah dan perang Uhud

Perang Uhud juga berlaku di bulan Syawal , di bukit Uhud. Sayyidina Hamzah antara para syuhada' iaitu adik kepada Sayyidatina Safiyyah binti Abdul Mutalib.

Mempunyai hubungan keluarga yang rapat dengan baginda nabi s.a.w sebagai ibu saudara . Beliau antara orang terawal menerima Islam dan diseksa di Mekah, dan turut berhijrah bersama nabi s.a.w .

Ibu kepada Zubair al Awwam dan merupakan wanita pertama turut berperang dalam perang Uhud. 

Kebiasaannya kaum muslimat hanya membantu menyediakan air, merawat luka dan merawat anak panah . Tetapi di perang Uhud Safiyyah turut membunuh musuh orang-orang Musyrikin  . Seorang perempuan yang cekal dan berani , ketika nabi s.a.w bimbang Safiyyah tidak dapat melihat kematian Sayyidina Hamzah, adik kesayangannya, tetapi jiwa Safiyyah amat cekal dan tabah. Malah redha dan bangga dengan syahid adiknya kerana membela agama Allah dan menyelamatkan nabi Allah.

Dalam usia akhir 50 tahun dan awal 60 tahun Sayyidatina Safiyyah masih gigih dan bersemangat membantu nabi s.a.w di medan perang.




Semasa perang Ahzab/Khandak Safiyyah membantu membunuh musuh yang menceroboh masuk ke kampung Madinah melalui kawasan belakang dengan bantuan orang munafik.

Seorang ibu  yang tegas dan cekal mendidik anak-anak lelakinya sebagai pejuang Islam , dengan memberikan asas permainan senjata ,  berkuda dan memanah serta merawat panah.

Tegas dalam mendidik anak bukan kerana kebencian, tetapi ingin membentuknya menjadi panglima perang dan seorang yang berguna .

________________

Bagi kalangan umat Islam di zaman awal merayakan bulan Syawal dengan semangat keriangan dan kemenangan dari medan perang menentang musuh Allah dan nabi s.a.w.

Surah al Ahzab sangat baik untuk kita ambil ibrah dan mengenali sifat musuh Allah iaitu orang-orang kafir, munafik dan ingkar janji .

Pertolongan Allah adalah untuk pejuang agama Allah yang ikhlas.

_______________

PUSAT DAGANGAN PULAI -003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA



Peristiwa Besar di bulan Syawal

Perang al Ahzab terakam dalam al Quran iaitu perang pada tahun Hijrah ke 5 pada 7 Syawal . Satu surah dinamakan surah al Ahzab. Surah yang turun di Madinah.

Perang ini juga dinamakan perang khandak (parit) kerana strategi perang ialah dengan menggali parit besar (selama 6 hari gali) , kuda tidak lepas masuk . Cadangan Salman al Farisi kerana ini cara orang Farsi berperang.

Pakatan tentera musuh 10,000 orang dari pakatan Musyrikin Mekah bersama Yahudi dan munafik  , pimpinan Abu Sufyan ,  sedangkan di Madinah, nabi s.a.w. hanya ada 3,000 orang Islam termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. 

Tunas Islam yang kecil tetapi berbisa dengan rahmat dan naungan Allah.Para malaikat turun bersama ribut taufan membalun musuh Allah, musuh nabi Allah sehingga musuh kecundang dan lari menggigil  ketakutan.

Suntikan semangat orang Islam turun ke medan perang  ialah kesedihan di perang Uhud yang mengorbankan ramai syuhada'. Mengenang  kembali Perang Uhud berlaku pada 7 atau 11 Syawal tahun 3 Hijrah = 26 Mach 625 Masehi . Tempat peperangan di Bukit Uhud.

Nabi s.a.w. sangat terkesan dengan syahidnya bapa saudara baginda Sayyidina Hamzah. 

Sayyidina Hamzah memeluk Islam adalah kerana marah dengan kafir Quraisy Mekah yang menghina nabi s.a.w. , lantas memeluk Islam untuk membela agama Allah dan nabi Allah.



Berbalik kepada topik kita , Perang Ahzab ,  ini berlangsung selama sebulan Syawal, tetapi tiada pertempuran hebat kerana musuh tidak dapat masuk, kecuali sedikit dengan bantuan orang munafik sebagai tali barut. Bagaimana pun umat Islam terkepung , kekurangan makanan dan kesejukan.

Musuh berkuda tidak dapat seberang parit hanya mampu melontarkan anak panah dari jauh.

Perang Ahzab antara Islam dan puak kafir dan munafik yang bergabung sebagai satu pakatan. Perhatikan ayat pertama surah ini Allah mewahyukan kepada nabi s.a.w. supaya bertaqwa dan tidak patuhi  kepada kehendak golongan kafir dan munafik.



Jelas larangan Allah.Tiada takwilan lagi. Setiap zaman golongan ini pasti ada, dan di akhir zaman golongan ini semakin bercambah dan golongan yang benar semakin sedikit. 



Perang ini menunjukkan peranan tali barut yang membuka ruang kepada musuh untuk masuk ke dalam Kota Madinah. Kehebatan Safiyyah binti Abdul Mutalib, menggerunkan musuh. Allah campak ke hati musuh sangkaan bahawa di kawasan belakang juga ada kawalan tentera Islam , menyebabkan mereka tidak berani masuk lagi. 



Nabi s.a.w. juga meletakkan tentera di kawasan belakang yang menempatkan wanita, kanak-kanak dan orang tua.

Bantuan Allah dengan ribut taufan memenangkan umat Islam yang sedikit melawan tentera pakatan kafir dan munafik  berjumlah 10,000 orang. 

Peranan munafik dan pembelot Yahudi  melanggar perjanjian ( Sahifah )  Madinah dengan nabi s.a.w.

Malahan kita belajar bahawa setiap zaman musuh dan pembelot tetap ada. Kebangkitan Islam akan dikepung , kini musuh kepada kebangkitan Islam ialah pemikiran liberal, sekular, pragmatis , plural agama , sosialis, sosialis kapitalis , komunis , atheis , hedonis, freudism (semuanya mesti bermula dengan hidangan seks , termasuk pengiklanan dilariskan dengan hidangan seks, seks bebas, seks rambang , materialis , diktator , dan banyak lagi, musuh terkini lgbt. 

Manusia bukan lagi makhluk berakal yang waras tetapi lebih hina dari haiwan seperti kata Allah dalam surah al A'raf/ 179.

_______________
Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

_____________________
Petikan tulisan Abdul Muizz Muhammad, Harakah Daily , 23/05/2020 Sabtu =30 Ramadhan 1441, 

Perang Ahzab yang berlangsung pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah merupakan peperangan yang paling menakutkan bagi para sahabat. Ketika itu umat Islam dikepung oleh komposisi musuh secara bersepadu:
▪︎ Golongan Yahudi sebagai perancang utama.

▪︎ Musyrikin Quraisy sebagai musuh tradisi sedarah daging dengan Nabi dan para sahabat Muhajirin.

▪︎ Bani Ghatafan sebagai kelompok upahan yang cuba mengambil kesempatan.

▪︎ Puak munafiqin sebagai gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.

Jenis-jenis musuh seperti yang telah dinyatakan di atas, harus sentiasa diwaspadai oleh umat Islam. Oleh yang demikian, sirah perang Ahzab dirakamkan dalam takbir raya sebagai peringatan penting buat umat Islam.
______________________
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
_________________________
Semoga kita benar-benar belajar dan hayati makna di sebalik takbir raya dan roh perjuangan menegakkan Islam.

Dua peperangan Besar berlaku Perang Badar di bulan Ramadhan tahun 3 Hijrah , dan Ahzab/khandak di bulan Syawal tahun ke 5 Hijrah.

Asbab inilah takbir raya sangat dihayati dan dilaungkan dengan penuh gagah dan gembira dengan kemenangan ini. Takbir raya bukan untuk bersedih . Malah disebut dari kalangan yang pulang dari medan perang dan berjaya menewaskan musuh kafir dan munafik .

Ketakutan di musim perang, jika dibandingkan ketakutan di musim covid-19, jauh sangat bezanya.Ini pun manusia tidak dapat berkorban diri untuk memutuskan rantaian wabak dengan duduk di rumah.
Semoga sifat taqwa yang dibina di madarasah Ramadhan akan membuahkan hidayah dan seterusnya menghasilkan sifat syukur kerana diberi hidayah.

Sekiranya berlaku sebaliknya , iaitu gagal membina sifat taqwa , tidak membuahkan hidayah dan seterusnya menghasilkan kufur.( Semoga Allah lindungi kita dari sifat ini ).
Perhatikan di sekeliling kita, betapa ramai manusia yang ada ilmu tetapi tiada hidayah, yang tiada ilmu lagila sukar mendapat hidayah,kecuali orang-orang yang bertaqwa iaitu yang kenal dosa dan pahala, kenal syurga dan neraka serta rasa takut yang lahir dari rasa yakin kepada wahyu Allah.
Kenapa taqwa menjauhi kita ? Kerana kita masih cintakan dunia dan takut mati serta tidak merasa mulia (izzah) dengan Islam kerana terkesan dengan propaganda musuh. 

Kita masih teruja dengan tawaran musuh dan melihat musuh serba hebat dan serba ada. Kenapa ini berlaku? Kerana Allah telah mencabut rasa gerun di dada musuh , dan umat Islam sebahagian besar tiada lagi jati diri Melayu Islam.

______________
Petikan tulisan Abdul Muizz Muhammad, Harakah Daily , 23/05/2020 Sabtu =30 Ramadhan 1441, 


Nabi telah mengingatkan kita, bahawa kewibawaan umat Islam akan dicabut oleh Allah kerana sikap cintakan dunia dan takutkan mati. Bahkan umat Islam hilang kualiti, diumpamakan ibarat buih di lautan.
Lantaran itu, musuh melihat umat Islam hina kerana prinsip hidup mereka boleh dibuat tawar menawar. Inilah yang telah disabdakan oleh baginda:
وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ
“Dan Allah pasti mencabut rasa kegerunan dari dada-dada musuh kamu terhadap diri kamu.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Kewibaan kita selaku umat Islam bukan pada material. Bukan pada gaya meninggi diri. Sebaliknya ia diperolehi dengan akhlak yang mulia, ilmu yang mencerahkan dan jati diri yang serba berdikari tidak boleh dijual beli.
____________________
PUSAT DAGANGAN PULAI  (003021717-M)
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU , MELAKA

Sunday, 24 May 2020

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya /Eid al Fitri 

Selesai sudah ibadat Puasa Ramadhan, iaitu sekolah (madrasah) yang mendidik kita bersabar dan merasai penderitaan orang lain.

Indahnya pendidikan Islam , mengekang kehendak nafsu demi mengukuhkan kehendak roh/rohani, kerana kita mempunyai jasad, roh dan akal.

Jasad diberi makan dan minum ,roh juga perlu diberikan makanan rohani antaranya ibadat puasa, zakat untuk menyucikan diri dan harta, solat sebagai tiang agama dan haji sebagai latihan menuju alam barzakh dan syahadah yang sentiasa kita perbaharui dalam solat.



“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

(al-Baqarah: 183


Marilah kita sentiasa meningkatkan taqwa kita kepada Allah dengan mengenali dosa pahala dan bersedia untuk menjauhi dosa , serta mengenali syurga dan neraka serta bersedia menuju ke syurga dan menjauhi amalan ke neraka.
__________________________
LAMAN ILMU WAHYU



Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.



______________________

Ketika ramai umat Islam bersikap seperti dalam ayat di atas, umat Islam amat kuat dan sukar dipadamkan. Inilah kesan beriman dengan al Quran umat menjadi kuat dan digeruni musuh. Kini tiada lagi sikap begini di kalangan umat Islam kecuali sedikit, akibatnya umat Islam lemah dan menjadi ulam kepada musuh.

____________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU , MELAKA