Sunday, 10 May 2020

Jenis perniagaan di PDP

Perniagaan dan perkhidmatan kami : 

1. Ping pong 
2. Memanah
3. Bilik kursus
4. Pejabat urusan - pentadbiran harta pusaka dll
5. Homestay - unit 2A
6. Homestay - unit 3A
7. Kolam puyu
8. Kolam bot kawalan jauh untuk kanak-kanak - akan dibuka selepas PKPB

_____________________
JENIS PERNIAGAN & PERKHIDMATAN 
DI TINGKAT BAWAH 

Bilik ping pong dengan 2 buah meja serta 
penghadang untuk bermain serentak -unit 3B

Bilik memanah untuk bermain serentak seramai 4 pelatih- Unit 2B


Bilik kursus untuk 40 peserta  - kipas sahaja, unit 1B 
(Hawa dingin dalam perancangan ) 

Kolam ikan puyu - kursus pembenihan 

Kolam litar bot kawalan jauh 


___________________
JENIS PERNIAGAAN & PERKHIDMATAN 
DI TINGKAT 1 

PEJABAT URUSAN DI BILIK 1 A
(PENTADBIRAN HARTA PUSAKA  
(PENGALAMAN 30 TAHUN
DLL) 

DARI KIRI BILIK 1A - PEJABAT URUSAN 


Homestay Unit  2A-tingkat 1-3 bilik .
bilik utama hawa dingin , bilik lain kipas sahaja 

Homestay Unit  3A- tingkat 1, 3 bilik , 
bilik utama hawa dingin, bilik lain kipas sahaja 

_____________________

Marilah sama-sama kita amalkan sop pkpb semoga Allah merahmati kita dan mengangkat semua bala' sementara covid -19  ke atas kita. 

Mudah-mudahan dengan terangkatnya bala' wabak covid-19, urusan latihan sukan ping pong, memanah , permainan sukan air; bot kawalan jauh dan semua jenis perniagaan dapat kembali berjalan  seperti biasa. 

Semoga Ramadhan ini turut mengangkat dosa-dosa kita, kerana Ramadhan adalah bulan pengampunan dan rahmat , sesungguhnya Allah Maha Pengampun , dan sukakan pengampunan .

Semoga dengan terangkatnya dosa-dosa kita yang banyak , menjadi terangkat juga hendaknya bala' wabak ini. 

Rajin-rajinlah  kita beristighfar di bulan mulia ini.
_________________

Pepatah Arab mengatakan, jika kita membuka pusat latihan bererti kita menutup penjara. 

Semoga usaha kerdil PDP dapat menyumbang kepada pembentukan generasi al Quran yang cerdas minda , berpedomankan al Quran ; kitab petunjuk dan sihat tubuh badan. Amin.

"Akal yang sihat dari badan yang sihat"

________________________

LAMAN ILMU WAHYU 

Kata Allah , 
Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Asy-Syuura 42:12)

____________________

Kata Allah, 
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.






Kata Allah,

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.





_____________________
PUSAT DAGANGANG PULAI - 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU , MELAKA 




No comments:

Post a Comment