Thursday, 14 April 2022

Nikmat syurga

 

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

(Al-Baqarah 2:25) |


______________________________

Kebun adalah nikmat Allah

 

Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.

(Saba' 34:15

______________________________


Wednesday, 13 April 2022

Al Quran kitab kebenaran

 

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.

(Yusuf 12:1

______________________-

Kitab al Quran adalah datangnya dari Allah, bukan rekaan nabi saw . Kisah nabi Yusuf a.s. diceritakan dengan jelas jalan ceritanya yang menunjukkan satu perencanaan dari Allah yang ada tujuan dan matalamat. 


Kisah Yusuf a.s adalah kisah benar, bukan rekaan. Al Quran mengandungi banyak cerita keran minat orang Arab Quraisy pada masa itu suka mendengar cerita. 


Kebenaran al Quran mutlak dari Allah. 

___________________

                              PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Tuesday, 12 April 2022

Al Quran kitab hikmat

 

Alif, Laam Raa' ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.

(Yunus 10:1


_______________________

Kajian penjarah mendapati, al Quran adalah batu pejal yang tidak dapat dipecahkan.Umat akan bijak , maju dan beriman selagi al Quran menjadi pegangan mereka . Oleh kerana itu mereka gagal menukar akidah umat di Nusantara ini selama mereka menjajah. Para ulama' dan raja-raja Melayu terus menentang mereka. 

Akhirnya mereka mengkaji dan  mengambil keputusan bahawa kita tidak dapat memurtadkan mereka, tetapi kita mampu merosakkan akidah mereka dengan menjauhkan mereka dari al Quran.

Langkah pertama mereka hapuskan tulisan jawi melalui kuasa orang Melayu yang mereka boleh kuasai.  Kesannya setelah 60 tahun merdeka jasad, tetapi jiwa dan minda terus terjajah, buktinya ramai umat kini buta al Quran dan menjadi ulam pihak musuh.

Akhlak umat dirosakkan dengan dadah. dedah, hiburan melampau, arak , judi, zina, terkini leka dengan game komputer, tidak solat , pergaulan bebas dan akhlak umat sudah runtuh.

___________________

                               PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin



Monday, 11 April 2022

Zulkarnain contoh pemimpin beriman vs Firaun

 

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

(Al-Kahfi 18:84

___________________

Zulkarnain adalah pemimpin yang tersohor dalam sejarah umat dan dirakam dalam al Quran .

Ramai yang bertanya, siapa Iskandar Zulkarnain. Jawap ahli tafsir yang nak difokus  bukan tokoh tetapi makna rohaniah yang al Quran hendak sampaikan iaitu perbandingan raja yang beriman dan raja zalim seperti Firaun untuk iktibar dan panduan pemimpin kemudian.

Walau bagaimana pun ahli tafsir terus menghuraikan siapa Zulkarnian. Terdapat banyak pandangan tentangnya di kalangan ahli tafsir dan sejarah antaranya:

1. Baginda adalah raja yang ada dua tanduk, mungkin maksud dua negara timur dan barat di bawah pengaruhnya.

2. Tanduk lambang raja besar ,masa itu.

3. Ramai yang berpendapat Iskandar Zulkarnain adalah Iskandar Agung, Raja Yunani Purba pada tahun 356 sm hingga 323 s.m. Mati ketika berusia 33 tahun. Pendapat lain baginda adalah raja negeri Parsi termasuk di dalamnya seluruh Asia Barat, Mesir, Asia Tengah, Afghanistan, dan kawasan Punjab. Baginda menyebar pengaruh politik hingga ke Afrika dan membuka Kota Iskandariah , penuh dengan pengaruh budaya Yunani. Raja Macedonia ini tidak semua ahli tafsir setuju sebagai iskandar dalam surah al Kahfi.

4. Ahli tafsir ada yang kata Iskandar dalam surah al Kahfi adalah , bukan Iskandar Agung , tetapi sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s. , zaman pra-sejarah, yakni sebelum sejarah. Iskandar Agung seorang musyrik, puja dewa, yang banyak kesan di Mesir dan India. Iskandar dalam surah al Kahfi, raja yang beriman. 

5. Raja Himyar zaman pra sejarah dari Negeri Yaman, tidak banyak maklumat.

6. Iskandar Agung meninggal lebih dari tiga abad sebelum Nabi Isa a.s 

7. Iskandar Agung murid Aristotle

Petikan daripada, Al Quran al karim, terjemahan dan huraian , jilid 3, oleh Maulana Abdullah Yusuf Ali, terjemahan Muhammad Uthman el Muhammadi ,DBP, 1993.

______________________

                            PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin


Sunday, 10 April 2022

Peribadi pemimpin yang angkuh takabbur

 

Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya).

(Ad-Dukhaan 44:31


_________________________

Allah rakamkan dalam al Quran contoh peribadi pemimpin yang angkuh dan takabbur kerana tewas dengan ujian nikmat kuasa dan harta yang Allah pinjamkan sekejap selama di dunia. Melalui kuasa raja dan kerajaan Firaun menindas dan berlaku kejam kepada rakyatnya iaitu Bani Israil. 

Semua bayi lelaki dibunuh, dan dibiarkan hidup anak perempuan demi mempertahankan hayat kuasanya supaya tidak ada yang mencabarnya di masa depan . Tindakan Firaun adalah atas ramalan ahli nujum yang dibayar dan diupah dengan lumayan dan diberikan pangkat serta kedudukan paling rapat dengannya.

Allah balas Firaun dan tenteranya tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa a.s dan pengikutnya. 

Firaunlah pengasas pemikiran matlamat menghalalkan cara. Matlamat untuk berkuasa hingga ke hujung nyawa , Firaun sanggup berlaku kejam dengan membunuh bayi lelaki. Pemikiran ini disambung dan dipuja serta dikembangkan oleh pemikir Barat pada tahun 1400M.  

Malangnya pada hari ini orang Islam sendiri yang menganut pemikiran ini kerana kejahilan dalam mengerti ilmu dan panduan wahyu.

Kepincangan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial adalah kerana salah memilih acuan dan panduan. Acuan  dan petunjuk Allah dibuang dan diganti dengan akal manusia yang lemah dan dangkal apabila tiada panduan wahyu. 

Kita bijak kerana bimbingan wahyu, kita jahil bahasa Melayu kata bodoh kerana membuang wahyu  iaitu bandingannya seperti applikasi waze, petunjuk jalan. Buang petunjuk kita akan sesat, sesat yang jauh, sesat dalam akal, sesat dalam nafsu egois.

_______________________________

Sebagai pemimpin , contohnya pemimpin masyarakat kampung, kita mesti sentiasa sedar, bahawa kita adalah pemegang amanah kuasa , atas pilihan rakyat dalam pilihanraya dan undian , bukan mutlak berkuasa. 

Oleh kerana itu pemimpin harus mendengar hasil keputusan mesyuarat bersama jawatankuasa yang dilantik, bersama rakyat , bukan apabila keputusan mesyuarat tidak selari dengan selera, citarasa, kehendak , keinginan dan rancangan hati kita, sewenang-wenangnya kita kuburkan ahli mesyuarat lama dan tukaq baru, dengan kumpulan pilihan dari kroni kita, sehati sejiwa dengan kita, "yes man kita" seperti iklan tilam , "tilam lama tukaq baru".


Kata lirik lagu Pak Pandir, ada akal pakai, ....


_________________________________

                                   PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin