Friday, 6 December 2019

Puyu

Puyu / betok emas induk , baka dari Siam/Thailand ,chumphon f1,    dari kolam Sabak Bernam , Sungai Besar , Parit 12 Barat, Selangor,tarikh 20/11/2019 .

Puyu/betok emas dari  pasar Pudu tarikh 09/09/2019 

Benih puyu asal dua inci , pada 17/10/2019 , dari kolam di Rawang , Selangor,
kini 30/11 /2019 , 5 inci , dari kolam pdp 


Puyu induk , baka dari Siam/Thailand ,chumphon f1,    dari kolam Sabak Bernam , Sungai Besar , Parit 12 Barat, Selangor,tarikh 20/11/2019 
Berat pada tarikh itu  200 gram 


Harga sekilo di pasaran rm18.00/kg 













Dari kolam pdp 



___________________


Kepada pemilik sawah di jeti Pantai Siring, ayuh kita buat kolam ikan , syarat mesti dekat dengan punca air, parit dan tali air.

Sila temui kami di kolam pdp untuk rundingan sewa sawah .

__________________
PUSAT DAGANGAN PULAI (PDP)
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 73000, MERLIMAU , MELAKA 
H/P 019 957 3585 

.


Tuesday, 3 December 2019

Kenapa pusat dagangan ?

Soalan 

Apa tujuan asal menubuhkan Pusat Dagangan Pulai??

Jawapan

Hasrat pemiliknya ialah untuk majukan tanah pusaka kedua ibu bapa, pesanan arwah, tanah di tepi jalan adalah tanah gred A, apa saja diletakkan boleh diniagakan, mengikut perkiraan arwah. 


Selain dari itu ialah untuk meneruskan cita-cita perniagaan dan hasrat terpendam , yang kebetulan pernah mendapat peluang berkursus perniagaan di London , di Institut Cranfield Institute of Technology College of Aeronautics , pada tahun 1984. 

Kini telah naik taraf universiti .

Sebaik sahaja tamat pengajian di Institut, terus ikuti kursus yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia (Barisan Nasional) selama 3 bulan bersama usahawan berjaya ketika itu seperti Percetakan Aman Press dll. 

________________________

Riadhah adalah sebahagian dari ajaran Islam kerana Islam adalah cara hidup. 

Roh atau semangat kesukanan atau riadhah dari cara hidup nabi s.a.w. di mana baginda pernah berlumba lari selepas solat subuh dengan isteri baginda , Sayyidatina  Aisyah , ibu kita, ibu orang mukmin.

Jiwa perniagaan dan keusahawanan adalah jiwa nabi s.a.w. kita, sejak berusia 6 tahun baginda menternak kambing di padang bapa saudaranya .

Membawa dagangan ke Syam dan Yaman termaktub dalam al Quran . 

Isteri baginda seorang ahli perniagaan, Sayyidatina Khadijah, ibu kita,ibu orang mukmin.

__________________

Nabi Ismail a.s. ketika berusia 10 tahun , selalu bermain panah di sekitar kawasan kaabah, sehinggalah nabi Ibrahim a.s. datang untuk mengajak baginda mendirikan kaabah.

Memanah adalah kepakaran umat Islam .

__________________




PUSAT DAGANGAN PULAI (PDP)003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 73000, MERLIMAU, MELAKA 
H/P : 019 957 3585


Menarik

Bagaimana nak kenal lokasi pdp home stay ?




Tidak jauh dari masjid lama kampung Pulai Pantai, Masjid ar Rahman, dan juga Masjid baru ar Rahman, kami di tengah-tengah antara dua masjid.

Bagi yang menginap di pdp homestay , anda masih boleh solat di masjid .

Anda juga boleh membaiki kerosakan  kereta atau kenderaan anda di bengkel dua alam berhampiran pdp homestay, sekiranya kereta anda tiba-tiba bermasalah. 

Bengkel dua alam ini juga boleh membaiki motor bot , sebab itu mungkin dinamakan bengkel dua alam.

Bagi penghuni pdp homestay jika anda ingin merasai kueh putu piring asli buatan orang lama Melaka , lembut,  anda boleh dapatkan di warung kopi, bawah pokok tidak jauh dari bengkel dua alam tersebut.

Kuehnya sedap lembut , menurut peniaga tersebut, rahsia sedap dan lembut, kerana tepung beras dikukus terlebih dahulu di rumahnya sebelum dikukus kali kedua di warungnya. Selepas dikukus kali pertama, terus diayak untuk mendapatkan kesebatian tepung beras yang lembut.

________________

Jika anda inginkan tempahan lauk dan nasi dalam jumlah yang banyak , anda boleh hubungi kedai makan berdepan masjid lama Kampung Pulai Pantai, Masjid ar Rahman.

________________

Jika anda inginkan ais krim sebagai buah tangan , kedai aiskrim tidak jauh dari pdp homestay 


_______________
PUSAT DAGANGAN PULAI (PDP) 003021717-M
KM 16. JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU , MELAKA 


H/P:019 957 3585

Seni gerak warisan lian

 


Perbincangan pihak  Pusat Silat PDP dengan Persatuan Seni Gerak Warisan Lian di pdp homestay
 

Image may contain: 4 people, including Hashim Mohd Ali, people sitting, table and indoor



Bagi pihak pdp ialah En Hashim, dari kiri, En Sham, Setiausaha (Pensyarah MMU) , dan Cikgu Aizad (Cikgu Boy)
Soalan 
Kenapa seni gerak warisan lian bukan lian padukan ?

Jawapan

Sebab pihak seni gerak warisan lian telah menubuhkan persatuan baru dan tidak terikat dengan pengurusan lian padukan. 

Akta persatuan (baru)  telah diluluskan .







_____________



PUSAT DAGANGAN PULAI (PDP)003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 73000, MERLIMAU, MELAKA 

H/P : 019 957 3585