Saturday, 5 March 2022

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM EDISI 3 MAC 2022


********************
                     PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin

🔴 LIVE Kuliah Dhuha Jumaat Medan Ilmu- 4 Mac 2022


*****
                            PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin

(LIVE) Kuliah Jumaat Medan Ilmu- 26 Ogos 2016

  

*****

                           PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin




Jawapan kalangan tertindas

Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu:


"Tidak!

 

Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang, ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya.

 

Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu.

 

Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan.

(Saba' 34:33)


_____________________

Panduan memilih pemimpin , amalan ini sampai ke akhirat. Pemimpin bukan hal dunia sahaja, amalan ini dibawa mengadap Ilahi. Fikir-fikirkanlah ...


Jaga mulut, jaga hati, jaga jari, jaga akal semasa menulis dan berkempen, semua akan disoal di mahsyar nanti...

Semuanya pasti berlaku walau pun semua orang tidak percaya.

***************

                             PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin

Panduan mengundi

 

Dan orang-orang yang kafir berkata: 


Kami tidak akan beriman sama sekali kepada Al-Quran ini dan tidak juga kepada Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya". 


Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab), masing-masing tuduh menuduh antara satu dengan yang lain. 


Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketuanya): "Kalaulah tidak kerana kamu (menindas dan memperdayakan kami), tentulah kami sudah menjadi orang yang beriman".

(Saba' 34:31)


******* 
Berfikir sekarang untuk memilih pemimpin supaya di akhirat dapat berjumpa Allah dalam keadaan diterima dan diredhai. Istimewa untuk pengundi rakyat Johor.


_________

                      PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin 

Friday, 4 March 2022

Ucapan YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari- Ketua Pemuda PN Di majlis pelancara...


Undi itu penting untuk menentukan pemimpin yang baik dan bertanggung jawab, amanah, jujur dan baik serta beriman.

Allah suka kita berubah ke arah baik setiap, hari, jadi sudah 60 tahun kita diurus tadbir oleh kerajaan lama, sila ubah kepada kerajaan baru Perikatan Nasional (PN) .  Bijak yang sebenarnya ialah yang mengambil al Quran sebagai panduan hidup dan mati .  

Ayat politik sangat banyak dalam al Quran, jadi kenapa kita baca al Quran , tetapi tidak memilih pemimpin yang ingin membangunkan negara dan politik dengan wahyu?  

Akal sahaja tidak cukup , akal mesti dipandu oleh wahyu, jika akal di pandu oleh nafsu yang rendah, jahat, jahil, rakus , tamak , haloba , lawan Allah dan Rasul, maka musnahlah kehidupan kita, Allah sebut kita menzalimi diri kita sendiri di dunia dan akhirat.

Jangan benci politik kerana politik sebahagian dari Islam .  Benci hanya untuk pemimpin politik yang menolak Allah dan Rasul , menolak peraturan dan undang-undangNya . 

Jika kita hanya nak syahadah ,  solat , puasa, zakat, haji dan umrah sahaja, tinggalkan politik kepada orang yang rakus, Islam kita belum sempurna. 

Cari redha Allah dalam berpolitik bukan redha manusia. Tujuannya untuk kita menyusun semula keadaan politik dengan panduan wahyu, ekonomi dengan panduan wahyu, sosial dengan panduan wahyu.

Jangan ambil Fekah sahaja, batal solat, batal puasa, batal iman kena peka dan cakna juga. Penjajah telah framekan kepada kita , supaya tinggalkan politik dan ekonomi dan perdayakan kita supaya berzikir sahaja.  

Mereka baham ladang kita, dan berikan kita dua tiga batang pokok getah ,  gi main jauh. Maka hiduplah kita dalam kemiskinan yang amat dahsyat. Mereka kaya raya. Merekalah yang membuat kita merempat di bumi kita sendiri. 

Semuanya kerana salah mengundi. Jadi sila betulkan undi anda, jika tidak tahu tanyalah orang yang tahu, jangan fanatik dan ta'asub kepada pemimpin, ini sifat jahiliyyah yang nabi s.a.w. telah hapuskan. Ingatlah Allah yang hidupkan dan matikan kita, Allah juga yang beri kita rezeki, ikhlas dan yakin dengan kuasa Allah.

Sedangkan ahli zikir sahaja , mendapat naungan Allah di mahsyar pada tangga ketujuh, dan pejuang politik Islam, mendapat naungan Allah di tangga pertama .  Sedangkan  zikir, selawat dan mengaji al Quran , menuntut ilmu wahyu adalah sumber kekuatan dalaman ahli politik. 

Jika rohani lemah, secara otomatik jiwa, minda dan jasad kita turut lemah. Jiwa lemah ialah jiwa yang tidak kuat menghadapai cabaran politik yang amat dahsyat, dimaki, persenda, perlekeh, malukan , aibkan, fitnah , ugut, takutkan, tekan, spekulasi , dan pelbagai cabaran .

Wujudnya fahaman sekular, politik suku, agama suku adalah tinggalan penjajah yang dipahat di minda umat kita sejak tahun1511 Masehi. Mereka datang dengan 3 g, emas, kejayaan dan gospel. 

Kesannya kekayaan kita dikaut habis, negara dijajah , agama dirosakkan. Mereka gagal mengkristiankan kita, menjadikan kita sekular pun sudah cukup bagi mereka kerana mereka hasad dengan nikmat allah kepada orang Islam, iaitu nikmat rezeki dan petunjuk .

Mereka hendak kita sesat seperti mereka, kerana syaitan ada dua, syaitan betul yang hendak kita masuk neraka bersama mereka dan syaitan manusia yang berusaha memurtadkan kita. 

Mereka tahu al Quran , solat, zakat, haji adalah sumber  senjata dan kekuatan kita . Asbab itu mereka menjauhkan kita dari al Quran dan membutakan kita dari memahami al Quran . Kita bangga dengan pemikiran mereka yang sesat , sesat yang jauh, ibarat hendak ke Johor bharu, tersesat hingga ke Kota Bharu, samapi kiamat tidak jumpa jika tidak ambil kembali  petunjuk ( "waze" )
Quran




_______
                      PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin 

Mengundi itu penting

 

Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka.

(Al-Baqarah 2:167)


____

Sila berlepas diri sekarang dari pemimpin yang tidak takut dosa dan pahala dan kurang yakin dengan pertemuan dengan Allah di hari penuh menyesal. Sila menyesal sekarang dan berlepas diri sekarang jika hendakkan hidup penuh rahmat dan berkat Allah.

Berkat turun di negeri yang pemimpinnya takut kepada allah dan melaksanakan hukum dan peraturan Allah Taala.


Carilah akhirat kerana dunia hanya tempat mencari bekal untuk balik kampung asal kita di syurga. Tanpa pemimpin yang beriman dan menunaikan tugas khalifah, rakyat tidak akan dapat nikmat dan ketenangan. 


Alam asal kita alam roh di syurga, masuk ke alam rahim, 9 bulan 10 hari,  kemudian keluar ke alam dunia, paling lama 63 tahun, lebih atau kurang ikut skrip di loh mahfuz, kemudian masuk alam barzakh, barzakh maknanya pemisah  antara dunia dan alam kubur, sementara tunggu tiupan sangkala dan bangkit di mahsyar, dan hidup kekal samada di syurga atau neraka mengikut pilihan kita di dunia ini. 


_________

                           PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin 

Thursday, 3 March 2022

Kata-kata hikmat

  Tok  Guru Tan Sri Hadi sering ingatkan kita, dalam perjuangan jangan  layan dan terkesan dengan ejekan musuh yang bertujuan melemahkan kita. Musuh adalah musuh, mana ada musuh baik, oleh itu  wasiat beliau;

 

" Biarkan anjing menyalak , musafir teruskan perjalanan". 

 

Jika kita beramal dan ingat wasiat ini, tiada masa kita yang dibazirkan dengan melayan propaganda musuh. Melayannya melemahkan jiwa dan akal kita, jadi teruskan langkah.

 

Masa itu emas, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali yang beriman.


 




Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.     (Al-Maaidah 5:54)

___________________________ 

 

: \\                                             PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin 

 

 



 


Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.     (Al-Baqarah 2:268) 

______

Kata ulama', orang bakhil kerana didorong oleh rasa kesombongan , kononnya hartanya adalah kerana titik peluhnya, kebijaksanaannya dan semuanya dari dirinya sendiri , tiada campur tangan takdir Allah.


Syaitan adalah kawan yang paling buruk yang boleh merasuk pemikiran kita , melawan Allah dan Rasul. Fikir-fikirkanlah di mana kita...

_____

                          
                                   PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin 

[Siaran Langsung] Kuliah Dhuha Jumaat, Masjid Rusila


____________________

 

 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin 


Tuesday, 1 March 2022

Ucapan yang baik

 


Maksudnya:

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.


_________________

Pokok yang baik akarnya akan mengeluarkan buah yang baik , segar dan manis.  Allah bandingkan begitulah kata-kata yang baik lahir dari hati sanubari dan pemikiran yang baik, bersih, bijak dan berilmu wahyu.

Bercakap di khalayak lebih dituntut untuk menggunakan bahasa yang baik, sopan , suci, dan berilmu wahyu , bukan nafsu yang rendah, kejahilan dan nafsu ammarah dan baran. 

Islam agama yang mengajar adab dan akhlak. Al Quran adalah akhlak nabi s.a.w. , maka wajar kita menteladani nabi s.a.w., bukan netizan yang berkembang biak sekarang seperti cendawan tumbuh dengan bahasa yang rendah nilai akhlak Islamnya. Bahasa yang kesat, buruk, porno, tidak berdisiplin ilmu, adalah seperti titisan racun menitis ke akal dan hati kita. 

Kajian sains mengatakan kata-kata yang tajam, kesat, kasar, jelik dan porno , apabila ditujukan kepada seseorang boleh menyebabkan hormon baik dalam badan kita menurun, dan boleh menyebabkan kita sakit.

Marilah kita amalkan bercakap dengan panduan wahyu penuh adab, hemah dan kebijaksanaan wahyu kerana semua anggota dan organ kita akan dihisab nanti di depan allah s.w.t.

Adab dan aturan bercakap di khalayak ramai tidak menggunakan misalan yang kotor, cemar dan jijik . Pilihlah  perkataan yang harmoni , tinggi nilai bahasanya  dan mulia. 

Bayangkan jika kita bercakap di screen tv yang ditayang di kedai makan, ketika kita menyuap rezeki ke mulut , tetiba terdengar kalimat dan perkataan yang kotor dan cemar, tidakkah meloyakan tekak dan membunuh selera kita? 

Fikir-fikirkanlah.....,

Indahnya bahasa orang lama, jika nak menunaikan qadha' hajat , disebutnya hendak ke sungai. 

Kenapa bahasa mereka indah dan tinggi nilai akhlaknya , kerana mereka dipandu dengan ilmu wahyu. Kehidupan dulu-dulu ,  akhlak utama dan pertama, sementara penilaian harta paling bawah mengikut penilaian Islam.

Ilmu pertama yang diajar ialah ilmu wahyu dari segi akidah dan pegangan hidup.

____________________

                                  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin 




___________________
                                   PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin