Thursday, 23 September 2021

Jenis perniagaan ikan betok

 Perniagaan ikan betok boleh dipelbagaikan. Ternakan ikan air tawar ini kini dipanggil perusahaan ternakan akuakultur. Pelbagai kursus telah dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta. 

Jenis perusahaan:

1. Membuat pembenihan dan menjual anak benih dengan harga dua puluh sen seekor

2. Menternak ikan betok untuk dijual sebagai ikan betok matang , maksudnya berusia empat bulan dan ke atas 

3. Menjual ikan betok yang telah disejuk beku

4. Menjual ikan betok yang telah dimasak dengan aneka jenis masakan seperti acar hijau, goreng berlado, masak lemak cili api, masak rendang, masak kari, dan pelbagai jenis boleh dicuba dan kena berani mencuba membuat perubahan .

__________________

Bagi yang berminat boleh ikuti kursus di mana-mana kursus , seperti di jabatan perikanan setiap negeri.


____________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA

Kaedah rendam ais

 Menjaga adab sangat dititik beratkan oleh Islam. Begitu juga dalam proses mematikan ikan betok secara cepat dalam jumlah yang banyak , supaya tidak menyeksa haiwan . Kaedah terbaik ialah dengan mengetuk kepalanya sekali mati sahaja, baru disiang. 


Kaedah lain jika jumlah yang banyak untuk matikan cepat ialah dengan cara rendam dalam ketulan ais. 


Cara menyimpan ikan betok di sebelah Utara seperti Kedah dan Perak ialah dengan membuat pekasam. 


Kini ada kaedah baru seperti sejuk beku, ikan disiang dan dibasuh bersih serta kepala dibuang. Gunakan mesin nyahkan udara supaya ikan tahan lama di peti sejuk beku.



_______________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA


Tuesday, 21 September 2021

Upah siang ikan betok

Ada penternak ikan betok menceritakan perniagaan mereka berkaitan ikan betok.


Jualan sejuk beku

Ikan betok disiang dan dibersihkan, untuk proses sejuk beku. Harga sejuk beku rm25.00/kg. 

Upah siang 

Upah siang ikan betok dulu, rm3.00 /kg. Di sini kita dapati satu peluang pekerjaan telah  wujud secara tidak langsung.  Sebab itu dalam pandangan ekonomi Islam, perkembangan ekonomi negara bermula dari bawah. 

Sebab itulah Islam adalah sistem hidup yang lengkap yang menyusun politik dan ekonomi, semuanya dihisab sebagai  ibadat jika menepati syariat.


Banyak alatan sejuk beku di pasaran bermula dengan mesin peteri plastik yang nyah udara, supaya ikan tahan lama dan peti sejuk beku.


Jualan ikan betok yang siap dimasak 

Satu lagi usaha yang boleh diceburi bagi yang berminat ialah menjadikan masakan ikan betok ditinkan atau  diisi dalam plastik menggunakan mesin seperti sardin.

Ini dapat meluaskan pasaran ke seluruh negara , dan barangan kita dapat memasuki pasaraya .Bagi yang mengikuti kursus keusahawanan semuanya akan diajar.

Rezeki di tangan Allah usaha dan ikhtiar di tangan kita.

Banyak kilang halal hab di Serkam  , cuma kita sahaja yang perlu membuat pilihan.  

___________________


 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA

Ikan sawah padi

Ikan betok atau puyu kampung adalah ikan yang sinonim dengan sawah padi. Apabila ada kerja-kerja di sawah padi, pesawah akan mendapat juga ikan puyu, haruan yang hidup di lumpur sawah padi. 


Masa empat bulan padi masak adalah sama dengan pembesaran ikan puyu , kerana usia matang ikan puyu juga empat bulan. 


Bezanya dengan ikan puyu Siam f1, ialah dari segi saiz dan berat badan, sehingga mencapai 500 gram seekor. Ini kerana kemajuan teknologi ternakan dan kajian di kalangan saintis. Ia juga bergantung kepada baka dari  Siam/Thailand.


Satu lagi faktor yang membantu pembesaran dengan baik ialah teknologi makanan ikan atau palet yang telah dibuat kajian dengan membanyakkan kadar protin sehingga mencecah 32% protin. Bahan utama adalah usus atau perut ayam. 




Oleh sebab itu ada juga penternak yang menggunakan usus ayam yang diproses sendiri dengan merebus dan mengasingkan minyak. Proses ini adalah kerja yang merumitkan tetapi menjimatkan kos harga palet yang tinggi.


Menggunakan palet yang telah diproses dan disediakan kering lebih mudah, jimat masa dan ringkas, tidak perlu kepada dapur untuk rebusan . 


Faedah lain yang diperolehi

Ramai penternak yang berkongsi pengalaman , bahawa hasil lain yang diperolehi ialah air kolam ternakan dapat dijadikan baja organik yang baik bagi pertumbuhan akar , memberikan warna hijau yang menarik , terutama bagi tanaman rumput.


Kolam tanah adalah yang terbaik sebagai tempat ternakan ikan betok, selain selari dengan habitatnya yang suka kepada lumpur yang sejuk . Ini membantu pembesaran ikan dengan cepat. Kolam tanah adalah yang terbaik kerana keluasannya membantu pembesaran ikan dengan cepat kerana  ikan dapat berenang dengan sempurna.


Kekurangan kolam tanah ialah susah dan rumit dari segi tuaian.

________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA





TERNAKAN IKAN AIR TAWAR-BETOK

Bagi yang berminat untuk menternak ikan betok, siam, F1 , samada kolam tanah atau simen boleh hubungi pihak kami, kolam pancing PDP.


Anda berhak mendapat bantuan daripada jabatan perikanan jika mengikuti kehendak yang ditetapkan. 





Kaedahnya ialah :

1. Anda bina dulu asas ternakan , ada jualan , ada kolam, ada lesen perniagaan

2. Anda hendaklah mendaftar dengan jabatan perikanan tempat masing-masing

3. Anda disyaratkan menyediakan kertas kerja ringkas berkaitan usaha ternakan , pendapatan, peluang pasaran, anggaran tuaian bulanan dan kos belanja urus perusahaan ternakan. 

4. Anda tidak perlu bimbang, kerana pegawai jabatan akan membimbing dan memberikan nasihat 


Kerajaan memperuntukkan bantuan yang banyak, rugilah jika kita tidak merebut peluang ini untuk menambahkan makanan halal negara.

Marilah kita mendidik jiwa usahawan , selain dari jiwa pengguna sahaja. 


___________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA