Thursday, 2 December 2021

Mati sebab pindah kolam

Pengalaman kami , mendapati ikan betok mudah mati kerana faktor perpindahan kolam. Pertukaran persekitran air kolam yang berbeza juga boleh akibatkan kematian dalam skala yang besar. Kolam tanah yang sejuk dan berlumpur,  merupakan persekitaran  asal ikan betok . Ikan cepat membesar dan segar. Apabila  dipindahkan ke kolam simen, amat tidak sesuai kerana perbezaan air , suhu , dan persekitaran. 

Faktor lain ialah kemungkinan ikan betok cedera sewaktu pemindahan dilakukan. Luka di badan terkena pipinya yang tajam  , sewaktu perpindahan, kerana ikan betok apabila rasa terancam menggunakan senjata ini.Pipi ini juga dibuka sebagai kaki untuk berjalan , ketika berhijrah ke tebing sungai lain. 


Ikan betok dipanggil dengan nama ikan yang memanjat tebing. Ikan betok akan berhijrah apabila ia mendengar bunyi kocakan air di luar. Oleh sebab itu ketika musim hujan dan banjir, kita dapati banyak ikan betok akan keluar dari sungai, kolam, paya, rawa. Ini adalah gejala biasa bagi pengkaji ikan betok.

Ikan betok berasal dari India, Afrika dan Australia, sebab itu kita lihat pasaran ikan betok di Malaysia dari kalangan warga asing. Ikan betok dijual untuk dimakan di pasaraya CF Semenyih, pasar borong Selangor, pasar malam Taman Cheras Jaya dan lain-lain .

Luka pada badannya sukar sembuh. Akhirnya mati. 


Ikan betok juga akan membuat lompatan sewaktu berada dalam tangki yang kecil, sempit dan terkurung. Ini dikira keadaan dan suasana ancaman bagi ikan betok. Kekuatan ikan betok ketika ini luar biasa, kerana mampu menolak penutup tong biru ikan  , jika tidak ditutup dengan sempurna. 

Selain mampu berjalan dengan pipinya yang keras dan tajam , ada dua cara ikan betok berjalan, dengan pipinya yang tajam , ia akan berjalan secara mengiring dan menggunakan sirip sisinyanya yang keras dan tajam , sebagai kaki. 

________________________

                                    PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Wednesday, 1 December 2021

VIRAL !!! Fenomena Ikan Puyu Meloncat ke darat untuk bertelur

Sumber U tube

***

Ikan puyu akan melompat keluar apabila mendengar kocakan air dari luar. Asbab  itulah ketika musim banjir, hujan lebat, berlaku ikan betok memanjat tebing sungai untuk berhijrah. Kajian pakar akuakultur, sifat ikan puyu suka berhijrah. 

Masih banyak rahsia alam yang belum kita temui. Jadi keindahan alam ini tidak terjadi sendiri, tentu ada Penciptanya. Manusia hanya diberi sedikit dari ilmu Allah yang banyak ini.

***

                               PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA




Ikan puyu berjalan

 
Sumber dari U Tube

************
Bagi saintis yang mengkaji habitat ikan puyu, ia adalah haiwan yang mampu hidup di darat beberapa jam , berjalan dan memanjat tebing . 

Ikan puyu mampu berjalan menggunakan pipinya yang tajam atau sirip tepi ( (sirip pektoral)  dan bawah  badannya. 

Habitat ialah dengan makna, lengkongan tempat tinggal ikan puyu yang asli ,  ialah lumpur sawah padi. 

Sunber gambar dari google

*****


PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA




Panorama kolam pancing pdp pagi ini

 


Hasil pancing lumayan, lebih tiga kilogram setiap pemancing




***
Jom buat tempahan atas talian untuk memancing ikan betok secara individu, berkumpulan atau keluarga. Kami mengalu-ngalukan kedatangan anda.
____

                                   PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Tuesday, 30 November 2021

Walking fish poses threat to land animals

Kaedah hilang lendir ikan betok

Mengikut perkongsian pengalaman kaki pancing di kolam pdp, kaedah hilangkan lendir ikan betok ketika menyiangnya ialah dengan menggunakan daun senduduk.


Daun senduduk, gambar dari google


Kaedah biasa orang menggunakan tepung gandum , perahan limau nipis, lemon asam jawa dan sewaktu dengannya. 

Lendir inilah yang menjadikan masakan ikan betok hanyir dan tidak enak dimakan. Jadi semasa mencucinya perlu berhati-hati dan cermat , supaya bau hanyir dan darah hilang dan bersih.

__________________________


                                  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Monday, 29 November 2021

CARA BUAT DUIT DENGAN RETORT MAKANAN DARI RUMAH │Make Money by Selling ...

Retox ikan betok atau puyu

                                                

Retox ialah proses merebus makanan yang telah dibungkus dengan suhu tertentu bertujuan tahan lama sehingga dua tahun. Banyak kursus dianjurkan, sila layari blog atau u tube, untuk mempelajarinya. Pembekal periuk retox juga ada menganjurkan tutorial untuk menjalankan proses ini. 

Kelebihan proses retox ialah pengeluaran barangan makanan kita lebih mudah dibawa, simpan, dan boleh menembusi pasaraya dan pasar mini.


Proses ini sesuai untuk masakan ikan betok/puyu kerana ramai yang susah untuk dapatkan bekalannya yang segar dan baik, susah untuk menyiangnya dan juga tidak tahu kaedah memasak yang terbaik dan terenak.

Kaedah ini juga dapat mengembalikan nostalgia silam masakan orang dulu-dulu, ketika sawah penuh dengan padi dan ikan puyu sebagai hasil sampingan. 


Rumah tepi sawah padi  , gambar dari google

Kajian sains pemakanan menyebut, bijirin padi adalah yang terbaik dan sesuai untuk makanan orang Nusantara. 

Sementara ikan puyu pula telah dikenal pasti oleh generasi nenek moyang kita sebagai berkhasiat untuk kesihatan. Lendirnya yang banyak itu , di situlah tersimpan rahsia alam pemakanan. 

__________

Maha Kayanya Allah, membekalkan makanan untuk kita tidak pernah putus.

Masakan acar hijau ikan betok sangat tersohor di Melaka, khususnya Kampung Pulai ,  di kalangan keluarga yang memiliki sawah padi. Mengikut penceritaan masyarakat di sini , ketika hari menuai merupakan pesta . Begitu juga aktiviti menangkap ikan betok juga merupakan pesta. Indahnya kehidupan tepi sawah nenek moyang kita, dengan lautan sawah yang menguning, bayu desa yang menghembus lembut, semuanya nikmat dari Pencipta.

_____________________________

Malang dan sedihnya dasar negara bumi hijau telah ditukar dan ditelan kepada dasar industri, memberi kesan besar kepada tanah sawah nenek moyang yang kaya raya terbiar kaku dan lesu. Beribu hektar, terbiar tanpa hasil mahsul. 

Sistem saliran tali air yang membekalkan jutaan benih hidupan laut dikotori dan dimusnahkan oleh tangan yang tidak bertanggung jawab. 


_____________________________

Jika penduduk negeri itu beriman aku tambah nikmatnya .



Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.


_____________

Analisa kami

Peminat ikan betok biasanya dari Daerah Jasin, Alor Gajah, Kampung Bukit Rambai, Tanjung Bidara, Linggi, Tanjung Keling, Klebang, Tambak Paya, Bukit Meta, Bukit Larang , Paya Tanjung , Bukit Tembakau , Solok Gaung , Ayer Molek , Sebatu , Batu Gajah , Telok Emas  , Serkam , Permatang pasir, Merlimau , Sungai mati, Muar dan banyak lagi.

Penduduk Negeri Sembilan juga peminat ikan betok, dengan jenis masakan gulai lemak cili api. 


Gambar dari pengusaha ikan betok masak acar hijau di kawasan ini 

Gambar dari pengusaha dari rumah secara atas talian , di kawasan ini , 
dan mendapat bekalan ikan  dengan memancing  dari kolam pdp
Hubungi kami jika anda berminat untuk tempahan kenduri dan sebagainya . 
Harga satu bekas RM10.00

_______________________________________
Kebiasaan tempahan untuk kenduri samada ikan segar  dari kolam atau masakan lebih kurang 20 kilogram.

Anda mampu menjana pendapatan sampingan dari rumah. Tinjauan krew kami ke lokasi perusahaan di rumah ternakan kecilan ikan betok, menyatakan mereka ada pasaran dan pelanggan , bergantung kepada usaha dan ikhtiar kita serta keyakinan diri yang tinggi dan mantap. 

___________________________
Mengikut Doktor Shukri , pakar motivasi perniagaan, menyebut bahawa untuk lakukan barangan anda sejuta unit, anda perlu mencari dan meneroka pasaran dan pembeli seramai sejuta orang.

___________

Retox adalah proses yang digunakan di kilang-kilang , namun begitu kini telah dibuat secara kecilan untuk kegunaan peribadi dan  perusahaan di rumah.

____________


Contoh periuk retox , gambar dari google
Harga dalam 1k hingga 3k

________

Retox boleh menggunakan bungkusan botol kaca, plastik , dan tin.

____________

 Seribu langkah bermula dengan satu langkah mula. Allah memberi mengikut usaha dan upaya kita

_______________

                                PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Sejuk beku dari rumah

Ikan betok atau puyu boleh diusahakan secara kecilan dari rumah. Anda hanya perlu membeli satu peti ais sejuk beku untuk menyimpan ikan yang disejuk bekukan. Harga pasaran RM25.00/kg.


_________________________

Kelengkapan yang anda perlu sediakan 

Peti sejuk beku 
Harga bawah RM1k pun ada

Untuk menambah baikkan lagi hasil pengeluaran anda, boleh tempah label dan iklan. Musim PKP jualan atas talian sangat laris.

___________________________________


                                   PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Sunday, 28 November 2021

Benih ikan betok dari kolam Nilai


Kami mendapat bekalan benih ikan betok dari kolam di Nilai, Negeri Sembilan.


Satu beg berisi 500 ekor anak benih ikan betok.

_________________________________________________

                                      PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA



Hobi dan pendapatan sampingan



Menjana pendapatan sampingan di rumah dan hobi , bagi peminat ikan betok/puyu.

Keperluan yang mesti ada:

1. Tangki ikan plastik pe poly






2.Benih ikan puyu 





Benih ikan puyu berusia sebulan berat 15gram
(Setelah  tempoh matang anggaran 4 bulan , boleh mencecah 200gram seekor, yakni 5 ekor sekilogram)



3. Palet



4. Pam rendam 



__________________________


                                                    PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Kolam segera

 

                                                           Tangki ikan puyu segera

                                                                  

Tangki biru berukuran panjang 6kaki, lebar, 4 kaki dan kedalaman 3 kaki , boleh menampung 2,500 ekor anak benih ikan puyu berusia sebulan. Selepas dua bulan hendaklah di aleh ke kolam yang lebih besar.

Tangki yang kecil boleh menampung 500 ekor anak benih ikan puyu berusia sebulan. Selepas dua bulan hendaklah dipindahkan ke kolam yang lebih besar. 


Jika berminat anda boleh mencubanya di tepi halaman rumah sebagai hobi  dan pendapatan sampingan. 

__________________________


                                                    PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Kaedah pemindahan kolam

Mengikut sifu ikan , melalui blog yang ditelusuri, kaedah pemindahan ikan, terbaik ialah dengan meletakkan bakul ke dalam kolam dan ikan keluar dengan sendirinya , lebih menjamin ikan selamat dan tidak mudah mati. 

Kaedah ini juga wajar digunakan untuk pemindahan anak benih ikan. Kaedah curah dari atas tidak begitu sesuai untuk keselamatan dan rahim kepada haiwan. 

_______________

Islam telah menunjukkan kaedah ini melalui ayat,


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

(Al-An'aam 6:38


Oleh kerana haiwan umat seperti kita, menyantuninya adalah dituntut. Haiwan juga merasa sakit seperti kita, haiwan juga lapar seperti kita, haiwan perlu dimatikan dulu sebelum disiang supaya tidak termasuk ke dalam kategori menyeksa haiwan. 


__________________________

                             PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Ternakan September 2020

 

Ternakan ikan puyu pada 28/09/2020, tuaian pada Febuari 2021. Kolam pancing pertama dibuka selepas PKP dari Mach 2020.  


Ternakan yang lebih awal terkandas akibat PKP pada bulan Mach 2020 dan banjir pada bulan  Julai 2020 dan Disember 2020. 


________________________

Cabaran dalam perusahaan dan perniagaan adalah lumrah.


_________________________

                                    PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA