Saturday, 22 August 2020

Berniaga

Kerjaya nenek moyang kita berniaga. Harta kekayaan yang diperolehi digunakan pada jalan Allah, bina masjid, surau, madrasah , bayar zakat, sedekah kepada fakir miskin , asnaf, bina tempat rehat musafir, dinamakan wakaf(kini disebut gazebo). 

Bantu anak-anak orang miskin sambung belajar sebagai biasisiwa bukan pinjaman yang ada pada hari ini.

Kecenderungan orang dulu-dulu melabur dalam saham akhirat tanpa disedari oleh orang yang menerima pemberiannya seperti menaja jemaah haji terdiri dari orang yang tidak mampu .

_____________________________
Kata Allah, 




Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, 

kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), 

dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), 

mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

_________________

Sedekah yang paling banyak pahala ialah kepada jihad mendaulatkan negara dan hukum Islam sebanyak 200 kali ganda , sementara sedekah untuk bina masjid, sekolah hanya 10 kali ganda . Kata Tok Guru Hadi , kuliah dhuha , Rusila Jumaat 21/08/2020.

Ini kerana sedekah untuk bina masjid, kita nampak masjid, tetapi sedekah untuk jihad, kita tidak nampak benda, tetapi amal yang ada .

Gambar dari google 

__________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA

Thursday, 20 August 2020

Salam maal hijrah

Kami warga  PDP(PUSAT DAGANGAN  PULAI)mengucapkan selamat tahun baru Hijrah.

Kad dari google

Kad dari google

_________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA 

Perniagaan adalah ibadat

Bidang perniagaan adalah ibadat dan merupakan khidmat kita kepada pengguna.


Contohnya jika kita menjual nasi lemak, bererti kita memudahkan orang ramai untuk mendapatkan makanan halal, lazat , bersih dan sedap sebagai sarapan pagi atau boleh dimakan bila-bila masa.

Nasi lemak gambar dari google

Nasi lemak gambar dari google 

Pusingan perniagaan dari perniagaan nasi lemak kita ialah , perlunya kedai runcit untuk membekalkan beras, cili kering , minyak, santan, ikan bilis, timun, plastik untuk membungkus dan semua peralatan perniagaan yang diperlukan. 

Apabila kita membuka satu perniagaan , perniagaan dan pertanian lain akan tumbuh . Pertanian, peniaga nasi lemak perlukan timun, bawang, cili , minyak dan semua yang berkaitan.

_____________

Perniagaan atas talian pula 

Peniaga nasi lemak tadi mungkin mendapat tempahan , perlukan periuk besar, perlukan pekerja untuk membantu masakan yang besar jumlah tempahan, perlukan lori kecil atau van untuk menghantar tempahan. Di sinilah dikatakan , perkembangan perniagaan bermula dari bawah dan dari satu perusahaan akan tumbuh perniagaan yang lain. 

Perniagaan dan perusahaan serta pertanian adalah penyediaan peluang pekerjaan yang terbaik kerana kita tidak mampu untuk membuat semua perkara sendirian. Adalah mustahil untuk kita ke laut mencari ikan, panjat pokok kelapa untuk dapatkan santan, ke sawah untuk tanam padi dan ke kedai pula untuk berjualan, ke dapur untuk memasak, semuanya perlukan sumbangan dari semua bahagian.

Islam menjadikan kerja itu ibadat kerana membantu umat mendapat kemudahan dan perkhidmatan.

Syarat kerja menjadi ibadat
1. Perniagaan yang halal
2. Bekerja tidak sampai abaikan waktu solat
3. Jujur dalam perniagaan
4. Berniaga kerana Allah 

_______________
Peniaga dan pengusaha yang berjaya pula akan mengeluarkan zakat . Sistem ekonomi Islam sangat menyusun masyarakat yang bersifat rabbani. Islam melarang riba dan penipuan supaya penindasan dapat dijauhi dan kebenaran dapat ditegakkan dalam masyarakat , syarat untuk mendapat keredhaan Allah.Ekonomi yang maju tetapi melanggar hukum Allah tidak membawa keberkatan dan kemakmuran ke dalam negara dan umat.





 dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil".Surah al An'am/152

________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU, MELAKA