Friday, 31 July 2020

Sekatan dalam hati


LAMAN ILMU WAHYU 



Kata Allah ,

Maksudnya :
Dan mereka berkata: 

"Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, 

dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), 

serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); 

oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! "

_______________
Tadabbur ayat Allah

Allah bagi jawapan gelagat orang yang tidak mahu terima seruan beriman. Allah Pencipta kita tahu kelemahan manusia yang menolak wahyu. Oleh kerana itu, tidak pelik jika kita bertemu dengan golongan sebegini, mereka sendiri mengaku , ada sekatan dalam hati mereka.

Tugas kita hanya memberi ingatan, hidayah milik Allah. 
___________

PUSAT DAGANGAN PULAI  003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA 

Eid-Ul-Adha �� | Makkah Masjid Al Haram



____________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU , MELAKA 


Selamat raya Adha&kisah korban

AKata Allah 


Maksudnya 

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. 

Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. 

Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.

____________________

Kisah asal usul korban


Maksudnya 

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

_________________
Tadabbur ayat Allah 

Allah tebus nabi Ismail a.s. dengan seekor binatang yang besar . Peristiwa inilah lahirnya ibadat korban .Binatang yang boleh dibuat korban, unta, lembu,kambing , kibasy, biri-biri .

___________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

Thursday, 30 July 2020

Doa jadi soleh

LAMAN ILMU WAHYU


____________
Kata Allah , 


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; 

ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. 

Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. 

Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: 

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. 

Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

________________
Tadabbur ayat Allah 

Untuk menjadi orang soleh dan mendapatkan zuriat soleh salah satunya perlu juga kita berdoa di samping berikhtiar. 

Seperti doa nabi Ibrahim a.s. untuk zuriat baginda.Ini kerana rezki Allah telah tentukan bahagian masing-masing, tetapi iman dan amal adalah ikhtiar kita mendidik dan mencari ilmu wahyu.

__________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA 

_______________

Monday, 27 July 2020

Amal soleh

LAMAN ILMU WAHYU



Kata Allah, 


(Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.

___________________
Tadabbur ayat Allah 

Jika kita buat baik , maknanya kita berniaga dengan Allah dapat balasan pahala di akhirat. Inilah perniagaan yang tidak pernah rugi. Jika kita buat amal jahat, balasannya juga di akhirat, balasan orang yang rugi dan menyesal.

Jika kita tidak buat apa-apa , kita memilih sebagai penonton sahaja, tidak berebut buat amal soleh , di akhirat juga kita tidak dapat apa-apa.

Jadi jangan takut dan ragu untuk buat amal soleh / baik sebab balik kepada diri kita juga kebaikannya di dunia dan akhirat .

__________________
Gejala menukar istilah amal jahat dengan bahasa lain adalah untuk menghilangkan rasa gerun kepada dosa. Seperti anak zina, istilah wahyu ditukar kepada anak tidak sah taraf, anak luar nikah. Sedangkan menggunakan istilah zina itu menggerunkan hati dengan neraka Allah.

Kini istilah mengumpat ditukar kepada membawang, supaya tidak lahir rasa gerun dengan dosa, sebab larangan Allah dalam al Quran, mengumpat adalah dosa. 

Sedangkan bawang adalah makanan anugerah Allah yang menyedapkan makanan .Tanpa bawang masakan tidak enak.

___________________

Kata Allah , 



Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata:

 "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu". 

Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), 

Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata:

 "Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya".

________________
Tadabbur 

Begitulah syaitan mengindahkan kerja jahat supaya manusia keliru dan celaru.

______________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000 , MERLIMAU, MELAKA