Saturday, 26 March 2022

                           










                           PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Friday, 25 March 2022

Hati, mata dan telinga

 



Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), 


dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) 


dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); 


mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

(Al-A'raaf 7:179

__________________________

Hati , mata, dan telinga ada dua peranan,  iaitu merasa, melihat dan mendengar secara zahir dan satu lagi mata hati yang dapat melihat perkara ghaib seperti syurga neraka, seksa kubur, dosa pahala, kekuasaan Allah dan semua perkara ghaib.


Allah menegaskan jika hati, mata dan telinga manusia tidak menitis hidayah dan ilmu wahyu, maka jadilah manusia lebih hina dari binatang ternakan. 


Nilai dan harga diri manusia terletak kepada iman dan taqwa, jika tidak ada iman dan taqwa lahirlah akhlak yang rendah dan hina.


Semua agama mengajar manusia moral yang baik. Apa beza moral orang kafir yang baik dengan akhlak Islam? Moral hanya dinilai baik oleh manusia di atas muka bumi, di akhirat tiada balasan pahala dan syurga kerana tidak beriman. 


Ideologi komunis tiada tuhan, atheis tiada tuhan, jadi mereka tiada panduan dan halangan dalam bertindak. Maka lahirlah fahaman bebas demi kebebasan manusia sehingga manusia jatuh ke jurang kesesatan yang dalam. Mereka berhakim dan berhukum dengan selera akal dan nafsu. Inilah yang Allah istilahkan mereka lebih hina dan rendah dari binatang.

_______________________

                                PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Lawan Allah di dunia, harta benda dan penyokong tidak dapat bantu di akhirat

 


Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A'raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata:


 "Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu - tidak dapat menolong kamu".

(Al-A'raaf 7:48

_________________________________

Semua pinjaman Allah berupa harta dan kekuasaan jika diurus untuk melawan Allah dan tidak mengikut aturan dan peraturan Allah, di akhirat semua itu tidak berguna dan tidak dapat menolong diri kita memasuki syurga Allah.   


Pendosa dan penentang agama Allah akan mengadap Allah dalam keadaan bermuram durja. 

Marilah sama-sama kita kidupkan mata hati iaitu ain basyirah untuk yakin dan percaya kepada perkara ghaib iaitu beriman kepada Allah , malaikat dan hari kiamat.

Mata hati yang rosak tidak akan nampak perkara ghaib.               

__________________________________

                              PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin





Suasana ahli syurga dan neraka

 

Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata:


 "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". 


Mereka menjawab:


 "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim".

(Al-A'raaf 7:44

___________________________

Balasan kepada orang-orang yang zalim, samada menzalimi diri sendiri dan menzalimi orang lain ialah celaka di dunia, maksudnya Allah melaknat di dunia, dan celaka di hari akhirat, celaka ialah menerima balasan neraka.


Mungkin kita berkata, orang zalim tidak dapat apa-apa balasan selama di dunia ini, bahkan mereka lebih kaya, lebih berjaya dan lebih berkuasa, lebih ramai pengikut, kenapa terjadi begitu?

Jawapannya Allah ingin menguji mereka dengan kederhakaannya kepada Allah, Allah gandakan nikmat dunia bertujuan untuk lebih melalaikan mereka dengan istilah istidraj.

Mereka gagal mendapat hidayah dan petunjuk Allah seperti Namrud, Firaun, Haman, Qarun dan Kaisar Rom dan Farsi.

Sama juga pada hari ini pemuka kafir tetap angkuh dan takabbur. Menumpang di planet bumi Allah tetapi lupa menyembah Allah, sebaliknya menjdaikan duit dan kekayaan sebagai Tuhan seperti dalam ajaran Das Capital, ideologi komunis, yang menafikan tuhan. 

_________________________

                               PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Thursday, 24 March 2022

Keangkuhan Firaun

 




Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya:

 "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?

(Az-Zukhruf 43:51

_____________________

Keangkuhan Firaun ialah mengaku tuhan, mengaku sungai mengalir di bawah kekuasaannya. Dua perkara yang menjadikan Firaun takabbur dan melawan tuhan ialah kerana nikmat yang banyak yang Allah anugerahkan iaitu kuasa pemerintahan dan harta kekayaan.

Firaun lupa bahawa dunia ini Allah punya ,  dia akan mati dan mengadap Allah dengan segala dosa syirik dan kafir.

____________________

                                     PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Logik akal anak nabi Nuh a.s.

 

Anaknya menjawab:


 "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". 


Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya". 


Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.

(Hud 11:43

_________________________

Bukan semua orang dapat memahami wahyu al Quran, kecuali orang yang Allah berikah petunjuk dan hidayah. Ramai dari kita menggunakan logik akal dahulu, seperti anak nabi Nuh a.s. bahawa gunung yang tinggi boleh selamatkan dia.

Namun begitu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya, semua yang ingkar arahan Allah dan nabi Nuh a.s. semuanya tenggelam banjir.

Hari ini pun kita melihat perkara yang sama , logik akal tetap menjadi sanjungan manusia, dan memandang orang yang berfikir dengan panduan wahyu seperti tidak bijak , tidak maju dan tidak bertamadun. 


Timbullah istilah "lobai-lobai,"  sebagai satu kejian dan pandangan rendah mereka kepada orang yang menggunakan panduan wahyu dalam berfikir dan bertindak.

Sedangkan logik akal lebih rendah dari panduan wahyu, kerana logik akal hanya melihat dengan mata lendir, berfikir dengan rasa dan fikiran , andaian sendiri, fikiran sendiri, sedangkan berfikir dengan panduan dan bimbingan wahyu memancarkan dengan jelas bahawa " 'ain basyirah " atau mata hati kita terang dan jelas, dengan panduan ilmu , hidayah Allah, sehingga boleh melihat syurga dan neraka, dosa dan pahala.

Barulah manusia menjadi manusia beriman yang berakhlak mulia dan istiqamah seperti Firman Allah , 




Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; 

kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?

(Hud 11:24)

__________________

Kini ada satu golongan lagi yang Islam dari segi baka keturunan tetapi tetap menolak ilmu wahyu kerana  faktor kejahilan ilmu wahyu, maka tidak tumbuh rasa cinta kepada perkara yang mereka tidak kenal, dan menjadi musuh kepada perkara yang mereka tidak kenal. Pada hari ini kita istilahkan mereka sebagai kalangan sekular dan liberal.

Kelahiran sekular adalah sekali dengan gerakan penjajahan yang melebarkan sayap Kristianisasi kesan dari perang salib dan kejatuhan kerajaan Islam Cordova , Sepanyol ,  dan terakhir kejatuhan Uthmaniyah dan Kesultanan Melaka.


Pertembungan ini terus akan berlaga sehinggalah mereka kembali kepada wahyu. Hati manusia dalam genggaman Allah sebagai Pencipta kita, bukan dalam genggaman kita . Mulut-mulut kita tidak mampu memadamkan dan melumpuhkan cahaya agama Allah terus bersinar hingga kiamat. 


Buktinya Firaun yang membunuh semua bayi lelaki demi mengekalkan kuasa dan kekayaannya, akhirnya tenggelam dalam Laut Merah dengan doa nabi Musa a.s. dan kuasa Allah. 





"Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)".

(Ad-Dukhaan 44:24



Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa).

(Az-Zukhruf 43:55


___________________________


                                  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Nabi Nuh a.s. seru anaknya

 

(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya:


 "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir".

(Hud 11:42) | 


____________________

                                PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Sunday, 20 March 2022

Mulut dimeterai nanti

 

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

(Yaa Siin 36:65)

________________________

Berimanlah kepada wahyu ini untuk terbitkan taqwa dan rasa gerun kepada balasan Allah di hari akhirat. Wahyu ini bukan cerita dongeng, tetapi jika ilmu sekular memenuhi dada, sampai kiamat mereka tidak yakin. 


______________________

                                   PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI , 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Larangan Allah berdoa hidayah kepada orang yang pilih sesat

 

Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: "Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan.

(Hud 11:36


______________________________

                                     PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin