Friday, 3 November 2017

Melaka dan istana pagaruyung

Pengaruh Islam di Pagaruyung berkembang kira-kira pada abad ke-16 Masehi , yaitu melalui para musafir dan guru agama yang singgah atau datang dari Aceh dan Melaka. 


Istano Basa yang lebih terkenal dengan nama Istana Pagaruyung, adalah sebuah istana yang terletak di kecamatan Tanjung Emas, kota Batu sangkar, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat. Istana ini merupakan objek wisata budaya yang terkenal di Sumatera Barat.


Istana Pagaruyung

Salah satu murid ulama Aceh yang terkenal Syaikh Abdul Rauf Singkil (Tengku Syiah Kuala), yaitu Syaikh Burhanuddin Ulakan, adalah ulama yang dianggap pertama-tama menyebarkan agama Islam di Pagaruyung. 

Pada abad ke-17, Kerajaan Pagaruyung akhirnya berubah menjadi Kesultanan Islam. Raja Islam yang pertama dalam tambo adat Minangkabau disebutkan bernama Sultan Alif.

Islam juga membawa pengaruh pada sistem pemerintahan Kerajaaan Pagaruyung dengan ditambahnya unsur pemerintahan seperti Tuan Kadi dan beberapa istilah lain yang berhubungan dengan Islam. 

Penamaan negari Sumpur Kudus yang mengandung kata kudus yang berasal dari kata Quduus (suci) sebagai tempat kedudukan Rajo Ibadat dan Limo Kaum yang mengandung kata qaum jelas merupakan pengaruh dari bahasa Arab atau Islam. 

Selain itu dalam perangkat adat juga muncul istilah ImamKatik (Khatib), Bila (Bilal), Malin (Mu'alim) yang merupakan pengganti dari istilah-istilah yang berbau Hindu dan Buddha yang dipakai sebelumnya misalnya istilah Pandito (pendeta).

Pengaruh kerajaan Pagaruyung melingkupi hampir seluruh pulau Sumatera seperti yang ditulis William Marsden dalam bukunya The history of Sumatra (1784).

Beberapa kerajaan lainnya di luar Sumatera juga mengakui kedaulatan Pagaruyung, walaupun bukan dalam hubungan pemberian upeti.

Ada sebanyak 62 hingga 75 kerajaan kecil di Nusantara yang menginduk pada Pagaruyung, yang tersebar di FilipinaBruneiThailand, dan Malaysia, serta di SumateraNusa Tenggara Timur dan Nusa Tenggara Barat di Indonesia. 


Hubungan tersebut dibedakan berdasarkan gradasi hubungan, yakni sapiah balahan (garis keturunan perempuan), kuduang karatan (garis keturunan laki-laki), kapak radai, serta timbang pacahan yang merupakan keturunan kerajaan.(Sumber Internet)

_______________
Jom berniaga untuk meneruskan kerjaya nenek moyang kita dalam mendaulatkan ekonomi Islam di bawah Kerajaan Melayu Islam.

Alam Melayu adalah jajaran di barisan belakang dunia Islam. Islam mula sampai di Acheh , turun ke Melaka dan seluruh alam Melayu.





Malangnya apabila kerajaan Turki Uthmaniah sukar dijatuhkan pihak penjajah, mereka turun ke alam Melayu, dan cuba menjajah dengan tipu muslihat.


Jatuhlah kerajaan Melaka di tangan Portugis, kemudian Belanda diikuti Inggeris. 



Para ulama' bersama sultan menentang penjajah . Sultan yang bersama ulama' menentang penjajah ialah Tuan Ali Haji dari Sulawesi, Diponegoro , Sultan Diponegoro daripada Jogja Indonesia, Sultan Abdul Samad Selangor, Sultan Zainal Abidin , ini antara Sultan yang menentang penjajah.



Mereka berusaha mengambil balik kerajaan Melayu Islam Melaka . Semangat dan kefahaman Islam dan rumpun Melayu kuat pada waktu itu, maka datanglah orang-orang Jawa ke Johor, orang Bugis daripada Sulawesi , orang Banjar daripada Kalimantan , orang Minangkabau daripada Sumatera, orang Acheh ke Tanah Melayu berjuang menghalau dan menentang penjajah.


Sampai hari ini ada keturunan Jawa , Bugis , Banjar , di Johor , Negeri Sembilan , Perak ; Kedah ramai orang Acheh. Kawasan orang Bugis di Melaka dikenali dengan nama Tambak Bugis.
______________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
PEJABAT URUSAN 
 ADMIN

NO 1 A. TINGKAT 1, BANGUNAN PUSAT DAGANGAN PULAI, KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA



Thursday, 2 November 2017

Bangga

Tradisi pemerintah Islam , di zaman awal memberikan pendidikan sejarah kepada bakal raja. Ini untuk tanamkan kebanggaan , seperti Bangsa Melayu adalah pakar dalam ilmu perdagangan dan pelayaran suatu masa dahulu.

Image result for Islam di melaka


Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.


Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan bahawa permulaan Kerajaan Melayu Melaka telah bermula atau wujud 140 tahun sebelum ketibaan Parameswara di Melaka pada tahun 1402 Masihi.


Majlis ilmu di istana
Halaqah/usrah/kelas ilmu/al Quran zaman awal Islam
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar dengan ketuanya Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. 

Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19.

Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.


Sejarah Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. 

Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam. 

Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke Kelantan.
(sumber internet)

_____________________


PUSAT DAGANGAN PULAI 


Wednesday, 1 November 2017

Hutang

Biasakan diri  kita memulakan perniagaan tanpa hutang.
Image result for hutang
Hutang adalah bebanan kita. Apa yang kita dapat habis bayar hutang sahaja.



Image result for hutang
Elakkan hutang untuk hidup tenang
Berhutang sangat mudah , tetapi membayar hutang yang payah. Jadi jangan ajar diri mudah berhutang. Kumpul duit untuk dapatkan sesuatu . Berjimat adalah petua untuk elakkan berhutang . Kata orang tua-tua , ukur baju di badan sendiri.

Image result for hutang
Bayar hutang wajib, minta hutang wajib

Apabila kita telah memasuki perjanjian berhutang, kita mesti berazam untuk bayar balik kadar segera. Bebaskan diri anda dari hutang sekadar segera. Hutang yang perlu sahaja. Tidak perlu berhutang sekadar untuk membuat harta simpanan tetap.

Image result for hutang
Yang berhutang mesti ingat hutang melibatkan urusan dunia dan akhirat
Pada asalnya memberi hutang adalah memberi pertolongan. Tetapi jika hutang diberi dengan kadar riba yang banyak, ia bertukar menjadi bebanan dan tekanan , kepada pihak yang berhutang.


Image result for hutang
Jangan jadi seperti kata orang  tua-tua , biar papa asal bergaya , tetapi  biar bergaya asal  tidak papa  

Image result for hutang

Berhutang menjadikan hidup kita sempit dan tidak tenteram.


Image result for hutang

Islam mengajar kita tidak berhutang , dengan mengamalkan doa bebas hutang setiap kali lepas solat. Ini kerana solat , mendirikan solat adalah kunci rezki.

Image result for hutang

Rezeki tidak perlu banyak , tetapi ada, tetapi jika diberi banyak ,bersyukurlah.Tukar hutang dengan hidup sederhana dan cukup.

Hutang menjadikan kita tidak tenteram di waktu malam dan tidak mulia di siang hari.

Image result for hutang

Hutang peribadi dan individu apabila terkumpul ia menjadi hutang negara. Sedangkan di zaman sahabat , zakat tidak ada yang layak menerima kerana semua rakyat senang.





Image result for hutang

Bersama doa dibebaskan dari belenggu hutang ialah supaya rajin, dijauhkan penyakit malas. Berusaha untuk mencari kekayaan yang halal adalah ibadat.Islam tidak menentang kekayaan, kerana dalam harta orang kaya ada harta orang miskin.

Agihah kekayaan dalam Islam, 

"Diambil daripada orang kaya mereka dan dipulangkan kepada orang miskin dari mereka."

________________
Hubungi kami admin, untuk mulakan perniagaan di premis kami atau tapak semaian.

PUSAT DAGANGAN PULAI (PDP)

PEJABAT URUSAN 
NO 1 A, TINGKAT 1, KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU, MELAKA