Saturday, 11 April 2020

Tutorial memanah- penghadang

Jaring penghadang 

Bagi pelatih yang ingin membuat litar di rumah, boleh dapatkan jaring penghadang di kedai alatan memanah. Harganya dalam rm500.00 per unit.



Jaring penghadang 
(Gambar dari google)


Masjid Wilayah KL, ketika pertandingan memanah-

Hari keluarga di kawasan yang tiada ramai orang boleh dibawa set alatan memanah dengan pengawasan yang baik.
Ini dibimbangi terkena mereka yang lalu lalang, jadi kena cari kawasan yang selamat. Mesti ada pembimbing dan mereka yang pakar dalam memanah , terutama aspek keselamatan .

Memanah adalah mudah, jika tahu teknik dan minat yang mendalam. Ia semudah mengangkat barang atau mengangkat takbir solat , gaya si pemanah.

Bukaan kaki seluas bahu seperti kedudukan solat. Kedudukan kena tegak, tidak boleh bergerak, fokus mesti ada dan yakin untuk membidik.

Mata mesti tepat memandang ke arah papan sasar untuk mendapatkan panahan yang tepat.

____________________________



Allah berfirman: 

"Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?"

Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

Percakapan iblis dengan Allah s.w.t. ketika berlaku penderhakaan akibat sifat angkuh dan takabbur.

Pembelaan diri oleh iblis menggunakan alasan, untuk mewajarkan kenapa dirinya tidak mahu tunduk patuh , taat kepada arahan Allah.

Inilah permulaan kisah penderhakaan kepada Allah dengan menggunakan alasan, akibatnya Allah murka dan menyuruh iblis keluar dari syurga dalam keadaan hina.

Kaitan dengan dunia hari ini, manusia juga suka menggunakan alasan dan kewajaran untuk tidak taat kepada perintah Allah.

Manusia sangat cenderung menggunakan logik akal mengatasi wahyu untuk mewajarkan tindakan dan sikapnya yang tidak lunak dalam menunaikan arahan Allah.

Mencipta alasan untuk menolak arahan Allah dan menyatakan dirinya betul , walaupun bercanggah dengan ilmu wahyu. 

Hal keadaan yang sama semasa Firaun memperolokkan (wak nganjing) kepada nabi Musa a.s. apabila diajak sembah Allah.

Firaun yang mengaku dirinya tuhan meminta menterinya Haman membina bangunan tinggi untuk melihat tuhan Nabi Musa a.s. 
_______________
Kata Allah,


Dan Firaun pula berkata: 

"Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; 



oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); 


dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".

(Al-Qasas 28:38)


Begitu licik ejekan Firaun kepada nabi Musa a.s. Sikap ini diwarisi hingga kini, memperolokkan kepada penyeru kebenaran dan Islam dengan bahasa yang indah khabar dari rupa , demi membunuh watak alim ulama' , dan menyuburkan fahaman logik akal semata-mata. 

Jika akal tidak bertanya kepada wahyu, kepada apa akal bertanya, akal akan bertanya nafsu, ini adalah kelaziman sunnatullah.

Orang Melayu Islam telah merekodkan dalam sastera sejarah mereka dengan pepatah, "beraja di mata , bersultan di hati." dalam menggambarkan watak manusia zalim yang berbisik dengan nafsu rakus .

____________________
Benarlah kata Allah 

Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); 

dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. 

Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). 

Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. 

Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. 

Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?




________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585



Thursday, 9 April 2020

Tutorial panah - Berat dan panjang busur


Sejarah ada yang berpendapat busur panah bermula pada tahun 9,000 sm.

Pemanah baru bagi kanak-kanak seeloknya menggunakan busur dengan kekuatan  9 kg (20lbs)

Bagi orang dewasa , busur dengan kekuatan 20-28lbs .

Biasanya panjang busur bagi kanak-kanak ialah 48 inci dan untuk dewasa 60-70 inci.

Busur untuk pertandingan target ialah 66 inci panjang.

Pelatih juga boleh membeli busur 1 set untuk kanak-kanak yang dah siap pasang .

Set kanak-kanak lengkap busur , dengan sarung lengan, beg anak panah, anak panah dan kertas sasar/target



Set tadika cuba gunakan busur yang kekuatannya 10 atau 15 lbs sahaja , jika untuk bermain di dalam rumah di musim pkp, cari anak panah yang tidak tajam, hanya getah sahaja


Latih anak-anak mengenali dan menyintai permainan memanah . Berdasarkan kreativiti ibu bapa , memanah boleh dilakukan di halaman rumah dengan dipasang kain penghadang  selepas musim pkp nanti.

Kain penghadang boleh dibeli di kedai alatan memanah atau jahit sendiri dari kain seperti jahit langsir rumah .

 __________________________


Laman Ilmu Wahyu 


Tujuan kehidupan , (maqasid syariah) yang ditetapkan oleh Islam , sebagai rukun asas(wajib ) dijaga sebagai rukun kehidupan ialah :
i.    Menjaga agama
ii.   Menjaga nyawa
iii.  Menjaga akal 
iv.  Keturunan (maruah) dan 
v.   Harta 

Inilah tugas dan tanggungjawab kita sebagai khalifah, pemakmur bumi ini.

Kita milik Allah dan bumi ini milik Allah. Kita di dunia hanya sebagai musafir lalu sahaja.

Jadi kena sentiasa sedar diri dan jangan lawan Allah , kerana akhir hidup , ajal balik kampung jumpa Allah. 

Sebagai musafir kelana di dunia, jangan jadi langau jika tidak mahu  menjadi garam , ketika orang lain berusaha memakmurkan bumi ini.

Jika kamu tidak redha dengan takdir ini, sabda nabi s.a.w sila cari bumi lain untuk kamu teruskan hidup.

_____________________________
Kata Allah , 


Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), 

pada dua bahagian siang (pagi dan petang), 

dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. 

Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. 

Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.


___________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI  003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585

Tuesday, 7 April 2020

Kedudukan bahu samarata-tutorial memanah

Bagi pelatih baru agak sukar untuk menguasai kesemua teknik yang betul. 

Kedudukan bahu kiri dan kanan hendaklah dipastikan dalam keadaan sejajar dan sama rata. Bahu kiri yang memegang busur sering kali ternaik ke atas, kerana menahan beban berat busur , tanpa sengaja.

Pelatih baru perlu perhatikan dan ingat teknik ini supaya panahan kita tepat.

___________________________


Salah satu bahaya jika kita salah teknik pegang ketika memanah, pinggang kita boleh sakit dan panahan kita sukar mengena papan sasar dengan tepat.

Panahan kita akan tersasar.


________________________

LAMAN ILMU WAHYU 



Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).


Nabi s.a.w telah bersabda dalam diri kamu ada seketul daging jika baik, daging itu baik seluruh badan, itulah hati(kalbu/jantung).

Dalam hidup ini kita perlu ada ilmu fekah dan ilmu tasauf; tasauf berkait dengan sifat hati. Sifat mahmudah atau baik hati .
___________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, 
MERLIMAU, MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585