Thursday, 19 July 2018

Kerja di rumah

Bagi suri rumah yang berminat kerja dari rumah , dicadangkan beberapa perkara yang boleh diusahakan dari rumah


  • Bidang andaman atau potong rambut, cuci rambut
  • Jahitan
  • Pembungkusan 
________________

Langkah -langkah

1. Puan-puan boleh daftarkan syarikat dengan SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia ) dengan menggunakan alamat rumah 
Contoh ssm 

2. Kemudian membuka akaun syarikat di mana-mana bank atas nama syarikat iaitu akaun semasa


c
Contoh buku akaun bank


3. Buat blog, facebook , iklan , kad bisnes,banner, papan tanda , iklankan perniagaan anda


Contoh bis kad

4. Pastikan akaun anda ada kemasukan yang menarik selama tidak kurang dari enam bulan


contoh penyata akaun


5. Jika anda ingin besarkan perniagaan , anda layak memohon skim bantuan pinjaman, (jika boleh elak, elakkan pinjaman), jika terdesak boleh mohon
Badan yang boleh anda hubungi untuk pinjaman perniagaan , SME, MARA dll

6. Istiqamah di awal perniagaan kerana kemasukan urusan perniagaan kurang , kerana orang belum mengenali perusahaan dan perniagaan kita

7. Ikuti kursus perniagaan , perusahaan dengan yakin dan berani, sebagai usahawan dan ahli perniagan kena cekal dan berani gagal, tidak mudah putus asa


Contoh akademi kursus

_________________
Bidang jahitan 



Gambar hiasan
Jika di kedai upah menjahit sepasang baju kurung atau jubah dewasa dari RM45.00 hingga RM100.00, anda di rumah boleh mencuba dengan harga Rm30.00 hingga RM50.00 sepasang baju kurung atau jubah.

Anda boleh naikkan harga upah setelah anda mahir dan pakar dan pelanggan anda telah ramai.

Upah potong lengan dan labuh jika di kedai Rm10.00, anda boleh kenakan sebanyak Rm7.00 sebagai permulaan dan percubaan.
Gambar hiasan

Perniagaan adalah ibadat dalam memartabatkan ekonomi Islam. Jika kita telah maju, tunaikan tanggungjawab kita membayar zakat 2.5% dari kekayaan kita.

_______________


Jika anda telah mahir dan pakar, anda boleh besarkan pasaran dengan menawarkan khidmat jahitan baju sekolah tadika, jururawat dan semua jenis baju pakaian seragam.

Sepuluh jari anda boleh menghasilkan pelbagai perusahaan dan perniagaan, dengan syarat jangan meletakkan alasan di hadapan anda, redah alasan untuk maju.


Membujur lalu , melintang patah


Titik yang besar bermula dengan titik yang kecil.


________________________
Bidang andaman dan potong rambut

Gambar hiasan - anda boleh ubah suai di laman rumah anda


Gambar hiasan


Jika di kedai satu kepala rm16.00, anda boleh mulakan rm10.00. Anda boleh membuka perniagaan di laman rumah anda.

Di mana untuk ikuti kursus asas potong rambut

Tempat yang paling mudah ialah di kedai potong rambut, anda boleh mohon untuk belajar asas, mereka sedia membantu.

Usaha , kehendak dan kemahuan di tangan anda, contohi bangsa lain yang telah maju di dunia perniagaan, mereka mempunyai berbagai bidang perniagaan. 

________________

PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA

Borang Rundingan- Irfan Khairi


ASPEK PERUNDINGAN 
  • Matlamat
Apakah yang anda inginkan? Apakah yang anda fikir tentang keinginan orang lain?
  • Perdagangan
Apakah barang dagangan ?Apakah barang yang diinginkan daripada pihak lain?Apakah barang yang selesa didagangkan oleh kedua-dua belah pihak?

  • Alternatif
jika rundingan gagal.Apakah piliuhan lain? Kesan gagal bagus atau buruk? Apakah sukar  peluang lain di masa depan. Apa pilihan pihak lain?


  • Hubungan

Apakah sejarah hubungan kedua belah pihak?
Adakah sejarah memberi kesan kepada rundingan baru?
Adakah isu yang boleh menggugat perundingan?
Bagaimana anda kendalikan?




  • Jangkaan keputusan
Apakah keputusan yang dijangkakan?
Apakah keputusan bagi rundinganm yang terdahulu dan apakah jangkaannya?



  • Akibat
Apakah akibatnya jika menang atau kalah?
Apakah kesannya terhadap orang lain?



  • Kuasa
Siapakah yang berkuasa? Siapakah yang menguasai sumber? Siapakah yang sanggup kalah jika rundingan tidak berjaya ?
Apakah kuasa pihak lain untuk menyampaikan hasrat anda?



  • Kemungkinan penyelesaian
Berdasarkan penilaian , apakah kompromi yang boleh dicapai?

_________________
PUSAT DAGANGAN PULAI