Saturday, 22 January 2022

All Super Jumbo Karashigoi 120cm | Harvest Time in Konishi Koi Fish Farm



Kita belum sampai tahap ini untuk perpindahan ikan dari kolam ternakan. Mereka sangat cermat dan santun melepaskan ikan koi, tidak baling, tidak campak, malah lepas perlahan ke dalam air. 

Ikan makhluk seperti kita, sakit, seperti kita . Membaling ikan ke lantai simen, ketika memancing untuk tujuan mudah dan cepat termasuk dalam kategori menyakiti ikan, dan apabila dicampak semula ke kolam , ikan akan mati. Ikan mengalami tiga  kesakitan, sakit luka terkena mata kail ,  sakit dibaling ke atas lantai simen, seterusnya dibaling pula ke dalam kolam. 

Dalam video ini kelihatan kaedah yang betul melepaskan ikan dari plastik ke kolam.  Kaedah biasa kita mencurahkan ikan dari atas jeti ke dalam kolam adalah cara salah. 


***

                                    PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Ikan puyu susah dibawa

 Ikan puyu ada duri susah untuk dibawa ke tempat yang jauh.


****


                                 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Erti Sebenar Silaturrahim | Dato Ustaz Badlishah


_________________________


                                    PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA



Thursday, 20 January 2022

Penyakit Suka Bercakap - Ustaz Azhar Idrus




Banyak cakap, banyak salah, banyak salah , banyak dosa. Cakap benda baik sahaja, jangan cakap perkara tidak ada faedah.

Lidah tidak bertulang, lembut tetapi mampu menghiris luka hati dan perasaan orang lain. Asbab tu di akhirat lidah , tidak ada peluang bercakap lagi, khatam.

Jangan hisab diri dan hal orang lain, hisab diri sendiri itu ibadat dan tanggung jawab dari  Allah. Menghisab diri orang lain itu larangan dari Allah, sebab boleh jadi mencela , boleh jadi mengumpat, boleh jadi mengecam dan mengutuk. Menghisab diri sendiri itu tanggung jawab untuk menuju ketaqwaan.

Biasanya makhluk yang suka mengumpat ialah orang yang memiliki kekurangan dalam diri, tujuan dia mengumpat adalah untuk menutup kekurangan dirinya.

Dia suka menembak orang lain untuk dia dapat perhatian dari orang lain. 

Kajian oleh sarjana Jepun, otak yang paling luas ialah yang bercakap tentang isu, otak sederhana bercakap tentang peristiwa dan otak paling ciput dan sempit ialah yang bercakap mengenai dirinya, rumah saya, anak saya, kerjaya saya, harta saya, semua darihal saya, yakni diri sendiri.

Wallahu a'lam.


_____________

                                 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Monday, 17 January 2022

Allah Maha Besar, Kenapa Perlu Takut Dengan Virus Covid? Ust Azhar Idrus...


Ikut wahyu bukan ikut selera.

Amal baik adalah dalam pandangan dan nialain Allah, bukan ukuran dan nilain kita yang ikut selera.  Apa amalan yang kita perasan baik itu ikut selera kita , belum tentu sama dan tepat dengan kemahuan Allah.


Kita boleh mengutuk dan mengecam orang yang tidak ikut selera kita, tetapi kita lupa dengan kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah tidak sama dengan kutukan kita , kepada kalangan yang tidak mahu mengikut cara salah kita yang kita perasan terbaik.

Senyum,.

Wallahu a'lam.


___________


                           PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Sampai Masa, Kita MATI - USTAZ AZHAR




Kita berasal dari syurga, semasa kita di alam roh, mati maknanya balik ke kampung asal syurga , alam roh, alam ghaib. 


_______

                             PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Ust Azhar Idrus- Takut Mati



Sila hadham makna takut mati.

Memang kita takut mati selagi  mana kelengkapan belum lengkap untuk menghadapi soal jawab kubur, timbang amalan di mizan, meniti sirad mustaqim,  untuk mengadap Allah. 

Kita tidak tahu apakah bekalan amalan yang kita perasan bagus itu di terima dan menepati  dengan apa yang Allah kehendaki. Semua manusia kata bagus dan baik dalam penilaian selera manusia, belum tentu sama dengan piawaian dan nilaian Allah swt. 

Orang yang takut mati adalah orang yang sentiasa beringat tentang kematian adalah sunat , maknanya dapat pahala sunat, ingat mati juga sebahagian dari iman, iaitu beriman dengan hari akhirat.  

Maksud sabda nabi saw sebijak-bijak manusia adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

Ingat mati bukan duduk termenung , tunggu mati, kerana tugas kita sebagai khalifah di bumi wajib ditunaikan. 

_______________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA