Saturday, 9 April 2022

Peranan pemimpin

 

Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

(Al-Ahzaab 33:67


________________________________

Peranan pemimpin sangat besar kesannya ke atas pembentukan akidah dan iman umat manusia. Bermula dari pemimpin keluarga, tugas ibu bapa yang mencorakkan anak mereka samada hendak jadikan, Majusi, Nasrani dan Islam.


Pemimpin syarikat , pertubuhan , masyarakat , parti politik, ke mana arah dan matlamat , haluan gerakan mereka? Samada matlamat dunia sahaja atau sampai ke akhirat mengadap Ilahi dengan amal soleh? Atau sekadar mendapat sanjungan di dunia sahaja? Fikirkanlah, bertanyalah kepada orang yang fakih ...


Pemimpin masyarakat yang wajib membangun dan membina tamadun umat dengan panduan al Quran , bukan akal semata-mata . Tanpa bimbingan al Quran dan hadis nabi saw akal manusia akan sesat dalam akal, dan merasa diri hebat , bijak dan pandai, sehingga terlupa dan ingkar kepada takdir, ketetapan ,  ketentuan  dan hukum Allah, sebagai musafir di bumi Allah ini.


Mereka bebas berkehendak dan berkeinginan tanpa peduli batas dan larangan Allah kerana seronok dengan nikmat yang Allah uji , dengan mendakwa semuanya kerana kepandaian mereka. 

Mereka lupa diri mereka Allah yang jadikan dan mati akan menemui Allah. Seperti Firaun yang mengaku dirinya tuhan dan mendakwa sungai mengalir di bawah kekuasaannya. Inilah sebesar-besar kesesatan dalam hidup apabila mendakwa dan mengaku diri sendiri tuhan. 

__________________

                                      PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Sesal yang terlambat

 

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

(Al-Ahzaab 33:66


______________________________

Penyesalan orang kafir yang terlewat, ketika diazab , sudah tidak berguna. Sesal sekarang , di dunia ini, barulah tepat.

__________________________

                                      PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin


Wednesday, 6 April 2022

Nikmat yang banyak

 

Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). 


Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.

(Al-An'aam 6:141) | 


_____________________________


Nikmat Allah kepada kita tidak terhitung banyaknya , namun masih ramai manusia yang tidak mahu sujud kepada Allah. Mereka mendabik dada bahawa limpah kurnia Allah kepada mereka adalah kerana kebijaksanaan mereka sendiri tanpa campur tangan kuasa dan takdir Allah.


Mereka makan dan minum nikmat Allah , dari air hujan yang turun dari langit, menumbuhkan tanaman, menjadi makanan ternakan,  dan manusia memakannya. Namun masih ramai yang melawan Allah, tidak beriman, jika beriman tidak solat, tidak puasa dan melawan Allah.

Melawan ketetapan dan hukum Allah dalam berekonomi dan bersosial.

________________________________

                                  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Monday, 4 April 2022

Al Quran waze hidup

 

Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.

(An-Nisaa' 4:82)

_________________________


Al Quran adalah kitab yang benar, datangnya dari Allah, bukan ciptaan manusia. Turunya secara beransur-ansur, ketika umat Islam sedang menangis kerana mempertahanakn agama Allah, hijrah dari Mekah ke Madinah kerana diseksa oleh kafir Quraisy, berperang seperti Badar dan Uhud .

Sebab itulah al Quran adalah ubat hati yang gundah, penuh dengan panduan, motivasi jiwa, roh dan akal. Nabi saw membaca surah Hud dan Ad Dukhan setiap hari kerana banyak panduan dan bimbingan dari Allah ketika diejek, disiksa, ditekan dan ditindas oleh musuh agama Allah.

Para nabi dan rasul menghadapi perkara yang sama iaitu tentangan manusia yang ingkar, kerana enggan beriman dengan Allah.


_____________________


                               PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Kita penyeru kebaikan sahaja bukan pengawal mereka

 

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).

(An-Nisaa' 4:80)


___________________________

Ramai di antara kita menyalahkan di antara satu sama lain jika ada yang melanggar perintah Allah. Ayat ini menjelaskan tugas kita hanya sampaikan kebaikan bukan mengawal mereka dari melakukan kesalahan.

Iman tak dapat diwarisi dan dibeli .

___________________________

                       PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Sunday, 3 April 2022

Allah pemberi rezeki , ramai yang tidak yakin

                                



Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.


Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. 


Nabi Zakaria bertanya:


" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".

(A-li'Imraan 3:37

__________________________________________

                                 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin