Sunday, 10 May 2020

Pembersihan Pantai Siring

Jeti Pantai Siring , lumpurnya pekat, likat, hitam dengan
kotoran angkara tangan manusia ,
apa akan jadi dalam masa 10 tahun akan datang ? 



PDP terletak tidak jauh dari jeti Pantai Siring.Minggu lepas , pada 05/05/2020 , jeti dibersihkan dari lumpur untuk memudahkan bot nelayan keluar ke laut dan naik ke jeti dengan hasil tangkapan.

Kelihatan lumpur hitam likat , di jeti, akibat perusahaan yang dijalankan tidak memenuhi kehendak penjagaan alam sekitar dan tali air serta air laut.

Sejak merdeka , jeti ini terpaksa melepaskan air dari tali air untuk turun ke laut. Dulu air tali air adalah bersih untuk kegunaan sawah padi. 

Kini tali air telah tercemar dengan perusahaan, akibatnya air yang tercemar , kotor, busuk dilepaskan masuk ke jeti seterusnya ke laut.Sampai bilakah angkara ini akan berterusan mengotorkan laut?

Kami telah adukan kepada pihak Pejabat Tanah dan Daerah tentang masalah ini dan terbaru aduan kepada Alam Sekitar.

Adalah molek kiranya jeti di dalamkan untuk memudahkan  nelayan turun dan naik ke laut. Oleh kerana lumpur akan banyak dan terkumpul semula selepas didalamkan, kami cadangkan pihak berkenaan menyediakan seperti dermaga untuk memudahkan nelayan. 

Dalam masa yang sama bersih dan dalamkan juga tali air , untuk sumber rezki penduduk tempatan. Banyak sumber makanan laut tidak dapat dinikmati. 

Selain dari itu dengan mendalamkan tali air, bersihkan airnya, boleh juga dijadikan tempat berenang dan bermain bot kawalan jauh setaraf tasik di Kelana Jaya dan Bandar Melaka.

Amat malang dan sayang sekali, Allah anugerahkan sumber dan punca rezeki, kita musnahkan.Tiada siapa yang ingin peduli dan cakna. 

Padahalnya jika air tali air cantik dan banyak, ramai pengunjung, pengusaha makanan juga yang untung.

Kita ghairah untuk  pergi ke Venice di Italy, kini covid-19, tiada lagi acara ziarah, kita ghairah ke Sungai Mekong, Sungai Nil, hakikatnya sungai , laut dan sumber air kita terbiar kotor dan busuk .

____________________
Kata Allah,

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

___________________
Allah telah turunkan hujan dengan benih-benih ikan, tetapi malang sekali tempat tadahan rahmat itu telah kotor dan tercemar. Maknanya kita sendiri yang menolak rezeki dari langit.

_______________________

Kata Allah
Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
(Adz-Dzaariyaat 51:22

_____________________________
Malangnya amaran dan perkhabaran Allah dari al Quran tidak menyentap nurani kita.Sedangkan cintai sungai adalah sebahagian dari tanggung jawab dalam ajaran agama Islam.

______________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300. MERLIMAU, MELAKA 


No comments:

Post a Comment