Tuesday, 21 April 2020

Tutorial-memanah , tunggu

LAMAN ILMU WAHYU 


Kata Allah

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, 

tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; 

dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut;dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, 

dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering,

melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

________________________
Ilmu yang beri kepada kita terlalu sedikit, banyak lagi rahsia langit dan bumi , daratan dan lautan yang kita tidak tahu. Ada ketikanya dengan ilmu yang sedikit ini kita mudah melupakan Allah.

Kita naik kereta, kita lupa besi milik Allah, maka kita lawan Allah, kita maki dan kutuk para ulama' waris para nabi dan rasul, hanya kerana nafsu rakus kita tersadung oleh tingkah laku  dan akhlak kita sendiri.

Kita miliki beberapa buah rumah dan kebun, sebiji pasir pun kita tidak buat, setitis air pun kita tidak buat, kita hanya gaul pasir milik Allah, matahari milik Allah, kita telah merasa cukup angkuh , kita lawan Allah, kita bangkitkan kebencian kepada ulama' yang memakmurkan alam ini sebagai amanah dan waris nabi dalam menyampaikan ilmu .

Allah cabar kita ketika nyawa di halkum supaya kembalikan semula nyawa itu, hingga saat ini belum ada seorang manusia berjaya menyahut cabaran Allah ini walau pun manusia yang angkuh mendakwa sains adalah tuhan, bala Allah sebagai lumrah semulajadi.

______________________



___________________

Monday, 20 April 2020

Info iklan - bot laju kawalan jauh

Kolam pdp

Mesyuarat tertutup pihak pengurusan dan pentadbiran pdp (di musim perintah kawalan pergerakan (pkp)  telah bersetuju menukar rancangan kegunaan kolam dari ternakan ikan puyu kepada  permainan air bot laju kawalan jauh.

Ini juga selari dengan kegiatan pdp telah sedia ada permainan ping pong , memanah , silat (dalam cadangan ) , memancing (dalam cadangan ), kereta pacuan empat roda kawalan jauh ( dalam cadangan ) , drone kawalan jarak jauh (dalam cadangan ) sebagai tambahan jenis permainan untuk penghuni homestay dan masyarakat setempat beriadhah santai.

Pihak pdp juga bercadang menjual set permainan bot laju kawalan jauh dengan harga mampu beli, iaitu di bawah rm50.00 sebuah/unit.

Jika ada yang berminat untuk mendapatkan set permainan bot laju kawalan jauh yang berharga rm300.00 se buah /unit boleh membuat tempahan dengan membayar deposit 30%.

Pihak pdp juga telah bersetuju harga untuk sekali masuk untuk bermain bot laju kawalan jauh ialah rm10.00 untuk seorang . 

Walau bagaimanapun , untuk harga promosi iaitu pembukaannya selepas raya puasa , bergantung kepada perintah kawalan pergerakan (PKP)  , harga ialah rm5.00 sekali masuk untuk seorang .

Semoga usaha kecil ini dapat menyumbangkan dalam menanam minat remaja dan kanak-kanak , 


  • bercita-cita untuk menjadi kapten kapal
  • mengasah bakat daya cipta/ inovasi dan khayalan / imaginasi untuk menjadi pengusaha bot laju kawalan jauh dan yang berkaitan dengannya
  • Menjarakkan kanak-kanak dari permainan gajet yang tidak sihat untuk mata jika terlalu lama penggunaannya
  • Mempelbagaikan ruang uji bakat dan minat kanak-kanak 

Membina jati diri umat lebih didulukan dari membina kemajuan benda untuk melahirkan generasi yang dapat memakmurkan bumi ini.

Jika kita imbau sejarah silam ahli pelayaran dunia pertama adalah orang Islam dan Melaka adalah pelabuhan utama Kerajaan Melayu Islam Nusantara dan Empayar Uthmaniah pada tahun 1400 masehi .



Kapal pesiaran mewah - Costa Victoria 


___________________________
Nota:

Ilham ini terbit dari kenangan silam (nostalgia) bakat inovasi dan kreativiti di masa kecil , betapa sukarnya membeli alat permainan , hanya bermain bot ciptaan sendiri dari kayu dan bermain di sungai.

Benarlah kata orang masalah dan kesusahan menjadikan kita pandai , matang dan kreatif, panjang akal dan langkah.


Kolam renang - kebiasaan yang disediakan di homestay 
(Gambar dari google) 
Gambar sebagai hiasan sahaja 


Kolam pdp untuk kegunaan permainan air bot laju kawalan jauh 
Pembukaan selepas raya puasa 2020 bergantung kepada 
(PKP-perintah kawalan pergerakan ) 


(Satu percubaan merubah kebiasaan , yang disediakan di homestay , ialah kolam renang , kepada bot laju  mengikut zaman yang penuh
 daya cipta / inovasi dan persaingan /kompetensi)
Juga dapat mengaleh kanak-kanak dan remaja dari gajet ke alam nyata

_________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI  003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU ,,MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585





Tutorial panah - latihan



Latihan menjadikan anda pakar.Kepada pelatih selalulah berlatih, dan cuba sertai pertandingan untuk mengasah kemahiran dan mengukur keupayaan diri.

Masjid Wilayah KL - pertandingan memanah 


Jika anda berminat boleh melihat portal masjid yang adakan pertandingan memanah dan cuba memasukinya.

Adalah molek kiranya setiap masjid dan surau anjurkan sukan sunah ini, untuk rapatkan masyarakat setempat terutama golongan muda dan remaja , selepas PKP nanti, jika Allah mengangkat bala ini dari kita semua.

Menganjurkan pertandingan boleh mencetuskan minat remaja dan kanak-kanak ingin mempelajari memanah.

Syarat untuk mengilmu dan memberikan kemahiran kepada umat ialah pengorbanan harta, masa dan tenaga. Membina manusia lebih didulukan dari membina bangunan, jika manusia rosak jati dirinya , mereka tidak dapat memakmurkan bumi ini.

Syarat untuk memakmurkan ekonomi umat ialah melalui merancakkan kuasa beli dari bawah, jika masyarakat mula minat menghantar anak ke kelas latihan memanah, kedai alatan memanah akan laku, kuasa beli akan meningkat, pusingan ekonomi berkembang dari bawah.

Bayangkan jika 4 juta umat membeli satu batang anak panah, dan busur panah 4 juta busur telah dicipta dan terjual.Jika satu busur berharga rm300.00-rm500.00, anda kiralah pusingan wang dalam pasaran .

Jika busur berharga rm1,000.00 pula bagaimana?

Saya tidak mahu fokus kepada pusingan ekonomi tetapi fokus saya kepada usaha membina jati diri umat.

Jika anak anda hadir ke sesi temuduga, tanpa sebarang kemahiran diri tambahan selain akademik, dan seorang calon lagi mempunyai banyak kemahiran diri, tekaan anda siapakah yang akan dipilih jika keduanya mempunyai kelayakan akademik yang setanding?





____________________

LAMAN ILMU WAHYU


Kata Allah 

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, 

dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; 

dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, 

juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).


_______________________________
Nikmat laut dan kapal 

Allah cipta laut untuk manusia sebagai sumber rezeki dan laluan . Oleh kerana itu menambak laut untuk projek adalah menutup pintu rezeki dari langit, sedangkan banyak lagi muka bumi yang terhampar untuk didiami.


Sejarah merakamkan bahawa kekuatan kerajaan Uthmaniah Turki adalah kerana kemajuan di pelabuhan Melaka.

Inilah kekayaan yang dicemburui oleh penjajah Barat untuk rompak kita dengan slogan 3 g , glory,gold dan gospel. 

Juga atas dasar dendam dengan kekalahan di Gereja Katholik di Vatican terhadap kejatuhan Constantinople di tangan Daulah Othmaniyah pada 1453M. Gereja telah mencantumkan kerajaan Castilian dan Aragon bagi membolehkan mereka menghancurkan Granada pada 1492M.

Bagi tujuan inilah, pada 11 September 1509, Vasco Da Gama telah mengirimkan seorang paderi, Diego Lopez De Squera ke Melaka.

Mereka tidak dapat hancurkan Kerajaan Turkim Uthmaniah, mereka merayap untukpatahkan sayap Uthmaniah dulu iaitu kerajaan Melayu Islam Melaka. 

Pelabuhan Melaka sebelum 1511M 
Gambar dari google

_______________________________
Kapal dan laut adalah sinonim, tiada laut tiada kapal dan tiada kapal , laut telah Allah ciptakan untuk ahli fikir berfikir.

Kata allah antara penggunaan laut untuk manusai ialah sebagai jalan perhubungan.

Kapal banyak cerita dan sejarah, dalam dunia dan alam Melayu, kapal Mendam Berahi adalah kapal milik Sultan Mansor Syah untuk belayar ke Turki.

Kapal equaminity adalah kapal mewah abad ini yang penuh misteri dan tragedi.

Kapal equiminity-(Gambar dari google)
sepanjang 83 meter=272kaki lebih 


Kapal equiminity-(Gambar dari google)


Kapal Equiminity -(Gambar dari google)

Kapal mewah sepanjang 272kaki lebih 
penuh dengan kelengkapan mewah 

Kapal Mendam Berahi, kapal Sultan Mansor Shah- sejarah mengatakan boleh memuat 40 ekor gajah yang dibawa ke Turki

Namun kapal atau bahtera nabi Nuh a.s adalah kapal yang paling istimewa dalam perjalanan hidup manusia di bumi sebagai musafir . Kapal nabi Nuh a.s. adalah kapal penyelamat umat waktu itu dari bala Allah , apabila berlaku pertembungan hak dan batil, yang hak menang.

Sejarah mencatatkan berbulan-bulan umat terpaksa mematuhi perintah kawalan  pergerakan (PKP arahan dari Allah) dengan manaiki kapal nabi Nuh a.s. 

Bahtera inilah kampung orang beriman buat masa itu, dalam seketika waktu musibah banjir besar yang menenggelamkan gunung , demikian kaedah Allah asingkan umat beriman dan kuffar dengan kapal kebenaran .

____________________-

Kini penggunaan kapal ditambah kepada corak permainan kawalan jauh .

Kapal kawalan jauh -permainan abad ini 
(Gambar dari google)


Kapal kawalan jauh-permainan abad ini 
(Gambar dari google)

Tahun 1400 Masehi orang Melayu 
di Nusantara adalah ahli pelayaran terhebat , terkaya sebelum dijajah pada tahun1511 Masehi, kini tahun  2020 Masehi kita hanya mampu bermain kapal kawalan jauh 

Kapal yang laju seperti bogutti 5
(Gambar dari google) 

Kapal persiaran mewah Costa Victoria seberat 72,200 tan 
10 tingkat mula operasi pada tahun 1996

(Gambar dari google)

________________________________________--
Kata Allah mengenai nikmat laut, 

Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan);

sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, 

dan mereka pun bersukacita dengannya; 

tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, 

serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; 

pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata):

 "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".

_________________
Banyaknya nikmat Allah kepada manusia, kapal mewah besi Allah punya , ada surah besi, getah, Allah punya, Allah tumbuhkan pokok getah, kayu Allah punya, Allah tumbuhkan pokok balak, matahari, langit, dan bumi serta isinya adalah Allah punya, dikurniakan kepada kita, tetapi kenapa lawan Allah setelah menikmati semua nikmat Allah?? 

_________________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU, MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585