Saturday, 9 May 2020

Selepas anak panah dilepaskan

Kedudukan gaya rehat santai, tangan dibawa ke belakang atau menyentuh bahu, sambil mata memerhatikan anak panah menuju ke papan sasar.

Kedudukan ini penting kerana saat melepaskan anak panah adalah saat paling mencabar dan penting.

_______________________

LAMAN ILMU WAHYU 
MAKNA KAYA DAN MISKIN 

Ilmu Islam mengajar kita ketentuan kaya dan miskin adalah sunnatullah atau fitrah Allah s.w.t.

Sebahagian dari kita Allah takdirkan kaya dan sebahagian yang lain miskin. Apa tujuan Allah jadikan takdir ini? Tujuan dan hikmatnya adalah untuk menguji kita samada kita bersyukur bila kaya dan redha bila miskin.Ujian iman kerana selepas mati kita akan dihisab.

________________

Kata Allah , 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).


_____________________

Ramadhan tahun ini 1441 Hijrah dan 2020 Masehi kita diwarnai dengan isu si miskin yang dibantu oleh si kaya.

Membantu kalangan yang dhaif adalah mulia dan digalakkan oleh agama Islam, firman Allah, mendidik kita supaya tidak bakhil, 

Kata Allah 
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.




________________
Islam adalah agama yang mementingkan akhlak dan adab. Ketika menderma kita dilarang riak dan menyakiti hati penerima dengan mengaibkan mereka atau mengungkit pemberian kita.

Adalah lebih afdhal sembunyikan sedekah kita.

Kemajuan media sosial (medsos) sehingga penderma terlupa atau sengaja atau memang jahil untuk menjaga aib penerima sedekah.

Allah pesan supaya tidak dedahkan keaiban kita , kecuali terpaksa kerana berdepan dengan hukuman bunuh, 

Kata Allah
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

____________________
Mengenai pendedahan aib penerima sedekah, larangan Allah 

Kata Allah,
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(An-Nisaa' 4:148)

_____________________
Kebahagian itu bersifat nisbi (tidak mutlak)/relatif, subjektif, , mengikut cita rasa masing-masing. Oleh kerana itu tidak ada ukuran yang tepat dalam mengukur kebahagiaan .

Kita tidak boleh hukum orang yang tinggal di pondok buruk itu  tidak bahagia dan hina. Itu adalah ketentuan nasib hidup mereka. Tidak ada insan ingin hidup susah, tetapi ada ketika, kemewahan itu sukar dicapai  tangan .

Jika anda hendak hulurkan bantuan, silakan, tetapi jangan sampai menghina , apalagi sehingga menjejaskan maruah agama, bangsa dan negara. Imej dan maruah adalah perkara yang wajib dipelihara dan dijaga.

Sila beramal dengan ilmu Islam dan iman yang cemerlang di dada. 

Untuk menderma tidak perlu berlagak hero dan kaya. Orang susah dan miskin , kerana mereka tiada harta kekayaan , tetapi maruah mereka masih ada. 

Ini kerana ahli falsafah kebahagiaan mengatakan kamu boleh membeli katil yang berukir cantik, tetapi kamu tidak dapat membeli lena yang panjang. 

Kamu mampu membeli mahligai yang besar dan indah, tetapi kamu tidak mampu membeli kebahagiaan dan damai di hati. 

Berapa ramai jutawan harta yang hidup dengan bertemankan anjing dan mewasiatkan harta kepada anjing kesayangan. 

_____________________

Pesanan dan anjuran jika anda, 
Jika jahil , sila dalami ilmu Islam dan ilmu syariat.
Jika tidak tahu  anda jahil, nasib engkaulah Yop.
Jika anda tersilap langkah, sila istighfar dan jangan ulangi lagi, tetapi jika tersilap, ditegur buat lagi, kategori apakah anda? Tepuk dada tanya iman. 

________________________

Maksud hadis nabi s.a.w. 


Abu Hurairah r.a: 


“Yang dinamakan orang miskin (itu) bukanlah orang yang berkeliling-kelalang meminta-minta kepada orang ramai, lalu peminta-minta itu diberi orang (dengan) sesuap dua suap (makanan), atau sebutir dua butir kurma. 
Lalu bertanya para sahabat: “Kalau begitu, siapakah yang dinamakan miskin itu ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Orang miskin itu sesungguhnya ialah orang yang tidak memiliki apa-apa untuk menutupi keperluannya, namun keadaannya itu tidak diketahui orang supaya orang bersedekah kepadanya, dan tidak pula dia meminta-minta ke sana-sini.” (Muslim) 

_________________

Kata Allah 
Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.(Al-Baqarah 2:273)

____________________

Kaya atau miskin rencana atau rancangan Allah s.w.t.Oleh kerana itu kemiskinan tidak boleh dihapuskan dari bumi ini. Hanya otak Yahudi German Karls Marks yang berusaha membasmi kemiskinan.  Jika kemiskinan dibasmi sama erti dengan membasmi rancangan Allah.

Allah perintah kita tangani kemiskinan dan susun ekonomi Islam dengan zakat, sedekah dan sistem ekonomi dan politik Islam . 
Tujuannya supaya kuasa politik Islam untuk menghalang kezaliman dan penindasan dalam ekonomi dan politik.

__________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 00302171-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU MELAKA 





















No comments:

Post a Comment