Sunday, 9 January 2022

Santuni haiwan

 


Maksudnya:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

(Al-An'aam 6:38) |


Allah swt berfirman bahawa haiwan juga makhluk seperti kita manusia, satu jer beza kita dan haiwan iaitu kita ada akal, haiwan hanya ada otak. Oleh kerana itu haiwan lapar seperti kita, sakit seperti kita, berkelamin seperti kita, oleh sebab itu Allah berpesan supaya kita santuni binatang.


Antaranya tidak boleh biarkan haiwan peliharaan kita lapar, sakit dan disakiti. Begitu juga dengan ikan betok, cara pelepasan anak benih ikan betok mengikut sifu ikan ialah dengan cara masukkan plastik ke dalam air , dan biarkan ikan keluar sendiri. Cara mencurahkan adalah cara yang salah dan dikira tidak santuni haiwan.


Haiwan juga sakit jika dibaling, dicampak, diketuk dan dikasari. Ikan betok juga perlu disantuni dengan hemat dan cermat, supaya ikan tidak mati kesakitan. Cara untuk siang ikan betok ialah dengan sekali ketuk untuk matikan , baru disiang.

Mengikut pegawai pemantau jabatan perikanan bahagian aqua , ikan betok yang luka, tidak boleh sembuh lagi.


Menggunakan mata pancing yang digabungkan menjadi dua dan tiga boleh melukakan badan ikan dan kesannya ikan akan mati.



***

                                  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA