Saturday 28 December 2019

Cadangan info harta pusaka

Kami dalam rangka siapkan bilik kursus dan mesyuarat  di PDP. Program yang bakal kami adakan ialah info atau maklumat mengenai pengurusan harta pusaka . 


Cadangan bilik kursus 
Kami sedang menempah P. A sistem , meja  banquet dan  kerusi , dan sedikit kelengkapan bilik kursus / mesyuarat , semoga Allah mudahkan dan diberi keberkatan.



Kepada sesiapa yang mempunyai agenda dan program kemasyarakatan boleh hubungi kami di talian 019 957 3585 .

Kami cuba siapkan sekadar segera.

Kepada sesiapa yang berminat boleh sertai kolokium ilmu (kolokium pula merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah, perbincangan secara berkumpulan )  atau diskusi ilmu  atau sembang santai ilmu  , supaya harta pusaka yang bernilai 90 billion tidak terbiar kaku dan lesu.

Ini merencatkan ekonomi umat yang hauskan pembelaan ekonomi .


Sembang santai sarat ilmu pembahagian harta pusaka ini adalah percuma, semua dijemput hadir , terutama tuan punya tanah sawah yang terbiar di Baroh Kampung Pulai, Merlimau , Melaka, maksudnya ahli waris si mati, sila hubungi saudara mara anda.


Peluang yang baik ini datang sekali sahaja, jangan persiakan-kata-kata Hamka 

____________

Masalah dalam pembahagian harta pusaka sangat banyak dan rumit , sila temui kami, kami sedia membantu menyelesaikan masalah anda:



Apakah yang dimaksudkan dengan harta pusaka? Kenapa perlu disegerakan pembahagiaannya? 




Di mana kami nak selesaikan urusan harta pusaka


Bila masa terbaik kami uruskan harta pusaka

Siapakah waris si mati

Apakah harta aleh

Apakah harta tidak aleh

Bagaimana nak urus harta pusaka bagi si mati yang tidak ada waris


Jika si mati mempunyai anak perempuan sahaja , siapakah waris



Jika si mati ada hutang bagaimana nak uruskan?


Jika si  mati mendapat derma pada hari kematiannya, adakah dikira harta pusaka? 
Saujana mata memandang sawah padi yang terbiar lebih 40 tahun 


Ada 1001 macam masalah dalam urusan harta pusaka. Sama-sama kita rungkaikan secara berhemah, agar yang kusut menjadi mudah, terutama tanah sawah di Baroh, Kampung Pulai Pantai, Merlimau, Melaka.



Kepada ahli waris harap dapat temui kami. Pihak kami hanya memerlukan sejalur sahaja sawah padi untuk diusahakan ternakan ikan air tawar m secara sewa. Perjanjian sewaan kami akan sediakan . 01/ Jumadil Awwal1441
_______________


PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 73000, MERLIMAU MELAKA 
TALIAN KAMI : 019 957 35 85 

PERNIAGAAN INI ADALAH MILIK MELAYU MUSLIM 






Jalur sawah


Tinjaun dan rakaman video krew kami pada 09/12/2019, Isnin pagi  , mendapati sawah terbiar lebih 40 tahun sepanjang jajaran kabel letrik , seperti dalam video.


Krew kami tidak dapat memasuki sepanjang jalan ke sawah kerana penyewa telah menutup jalan asal penduduk kampung , hiba sekali. 




Krew kami sedang merancang untuk masuk ke jajaran jalur sawah kali kedua dengan kenderaan pick up 4 x4.



____________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 73000, MERLIMAU , MELAKA 
TALIAN KAMI: 019 957 3585

PERNIAGAAN INI ADALAH MILIK MELAYU MUSLIM


__________________

Alam ikan



Belajar dari Tok Guru Hadi, Presiden Pas , 


Alam ikan, burung , ayam dan lebah tidak  cuba untuk rampas , begitulah taatnya makhluk kepada Pencipta. Begitu juga ini alam Melayu, orang lain tiada hak merampasnya dari tuan tanah .




____________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA 
TALIAN KAMI: 019 957 3585



Friday 27 December 2019

Bahagian Ibu



Gambar hiasan 





Surah An Nisa'/11
_______________________________


Ajal maut adalah ketentuan Ilahi. Faraid adalah pembahagian harta selepas mati .


Semua waris berhak mendapatkannya seperti arahan Allah dalam ayat di atas.



Urus harta pusaka berdasarkan hukum Allah yang terdapat dalam surah an Nisa'/11, supaya ia tidak menjadi harta puaka. 

Harta hanya ujian iman ,  taat hukum Allah adalah kewajipan. Berikah hak kepada yang berhak. 

_____________

Bahagian Ibu 
Gambar hiasan

Ibu adalah orang yang mengandungkan kita, melahirkan kita , mendidik kita, memberikan kita perlindungan dan kasih sayang. Ibu berikan kita rasa aman di kala kita rasa takut, ibu orang yang tenteramkan kita di kala kita resah, ibu sangat memahami kita jiwa dan raga.

Ibu adalah orang yang mendakap kita ketika kecil dan bayi dengan penuh kasih sayang. Ibu menjaga kita hingga kita di usia tua , dengan doa dan harapannya, jika ditakdirkan umur panjang .

Dalam darah kita ada darah ibu ayah kita supaya kita rasa , kita adalah anak mereka .

Ibu berkongsi makanan dengan kita ketika kita berusia 0-4 bulan , tetapi susu yang kita minum adalah dari jerih ayah, demikian ulama' tafsirkan. 


Sebab itu Islam meletakkan susu ibu adalah hak ayah, asbab itu ibu susuan kena minta izin dengan ayah untuk menjadi ibu susuan, seperti Nabi Muhammad s.a.w. ada ibu susuan .



Rahim ibu adalah tempat Allah besarkan kita sebagai janin , dengan sarung yang mengandungi air untuk lindungi kita semasa ibu terjatuh, iaitu sebagai dunlop untuk kita . 

Allah namakan rahim bermakna kasih sayang, kasih sayang Allah kepada kita dan kasih sayang ibu kepada kita.

Begitu besar dan mulia tugas ibu kepada kita, tiada harga yang mampu dibayar. Ibu orang pertama yang kita lihat.


_______________________________

Dilema bahagian ibu 


Gambar hiasan


Ujian harta yang seringkali menjadi isu dan dilema dalam masyarakat kita ialah faraid bahagian ibu, jika anak lelaki mati dahulu. 

Dilema ini terjadi akibat kejahilan umat mengenai faraid dan harta pewarisan yang terdapat dalam surah An Nisa'. 

Allah letakkan hukum ini dalam surah wanita, agar wanita berfikir tentang hak dan tanggung jawab harta pusaka.

Malangnya ramai di antara kita yang pandang remeh arahan Allah, dan cuba pertahankan hak suami mereka hingga membawa kepada perbicaraan di mahkamah.

Dorongan rasa bahawa harta suami adalah atas penat lelah mereka suami isteri  , mendorong ramai pasangan  nafikan hak ibu bapa si mati.


Gambar hiasan 


_________________________
Siapa  ibu kita ? 


Gambar hiasan 

Sila rujuk surah Luqman /14, 

(Ibu mengandungkan kita payah atas payah )


*****

Ibu adalah orang yang bersama kita sejak air benih dipancarkan ke rahim ibu. Secara purata kita bersama ibu sebelum kita berkahwin adalah selama 25 tahun.

Mungkin juga 30 tahun atau lebih, dalam tempoh ini, ibulah wanita yang paling dekat dan rapat dengan kita sebelum kita didampingi oleh pasangan kita samada isteri atau suami.

Allah Pencipta kita tahu , dan Maha Tahu, sebab itulah bahagian harta pusaka ibu adalah sebanyak 1/6 daripada keseluruhan jumlah harta si mati. 

Bahagian isteri hanya 1/8 sahaja, samada satu isteri, dua isteri , tiga dan empat, tetap 1/8 bahagian .

Isteri adalah orang yang ditanggung oleh wali, bukan orang yang menanggung. Allah tahu walau pun isteri lemah, tetapi orang yang lemah ini diberikan sedikit bahagian , kerana Allah tidak berikan hak menanggung .

Itulah maksud keadilan Ilahi bukan sama banyak, tetapi adil dalam ajaran Islam ialah meletakkan hak kepada tempatnya. 

Jangan melihat kepada nilai dinar, emas dan perak lihat kepada ketetapan Allah dalam al Quran , mengikut peraturan dan ketetapanNya , tentang kedudukan ibu dalam Islam .

Semua orang ada ibu, tetapi tidak semua orang menjadi ibu, sebahagiannya menjadi ayah .


Gambar hiasan 


___________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 73000, MERLIMAU, MELAKA 

Talian kami : 019 957 3585 

Thursday 26 December 2019

Latihan jadikan anda pakar

Latihan menjadikan kita pakar. Jika anda ingin pakar dalam memanah dan bermain ping pong, sila berlatih dengan latih tubi dan tunjuk ajar dari jurulatih.

Semua orang boleh berjaya dengan syarat ada keinginan dan kemahuan  yang kuat.

________________
Kami sediakan anda pusat latihan memanah dan ping pong untuk anda menjadikan diri anda pakar, terutama pelajar sekolah untuk paling tidak menjuarai pertandingan di peringkat sekolah.


______________
Kelebihan bersukan 

Jika anak-anak tidak minat akademik, kita boleh dorongkan mereka ke sains sukan. 

Caranya mudah sahaja, semasa di sekolah menengah mereka dikehendaki memilih mata pelajaran sukan. Oleh itu memberikan anak-anak kemahiran bersukan adalah sebagai pilihan untuk mereka tentukan aliran pengajian mereka di sekolah dan universiti.

_____________
KERJAYA 

Mereka boleh memasuki universiti yang ada fakulti sains dan sukan , dengan mendapat diploma tau ijazah sains suka. Kerjaya mereka adalah guru sukan di sekolah atau koleh atau universiti. Setiap jabatan dan sekolah ada bahagian sukan, itulah tempat kerjaya anda .


_____________
Sukan bermula dari sekolah tadika, rendah, menengah, kolej dan universiti. Malah semua jabatan ada unit sukan, bererti bidang kerjaya anda amat luas.


_____________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU, MELAKA 
TALIAN KAMI : 019 957 3585



Tuesday 24 December 2019

Tukar air kolam

Hobi di masa kecil , usaha di masa pencen 

_________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU MELAKA
TALIAN KAMI: 019 957 3585






Menuai hasil

Keriangan melihat hasil usaha 


Kami bersedia memberikan anda tutorial ternakan puyu . Temui kami di kolam , melalui temu janji atas
 talian 019 957 35 85


Ikan yang mudah dibela, walaupun di rumah taman,air yang dilepaskan selama dua minggu sekali adalah baja asli yang sangat subur untuk tanaman anda.




______________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 73000, MERLIMAU, MELAKA 
019 957 35 85




The Walking Fish




Ikan puyu adalah ikan yang lasak, boleh hidup tanpa air selama 6 jam di rumput yang lembab , mengikut kajian saintis dan pencinta alam .

________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA 
TALIAN KAMI: 019 957 3585



Terrifying fish walks on land, breathes air, threatens to destroy Australia





Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

____________________
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
(Al-Mu'minuun 23:21)



Bagi orang beriman,semuanya tidak pelik, sebab yang Allah buat untuk faedah manusia.Bukti Allah yanag kawal selia semua makhluk, dalam jagaan Allah. 

Ilmu Allah bagi kepada kita sedikit cuma, banyak perkara kita tidak tahu .

Ilmu Allah luas, malangnya ramai manusia teruja dengan makhluk, gagal jumpa Pencipta kepada makhluk yang ajaib itu. 


______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 73000, MERLIMAU , MELAKA 
TALIAN KAMI : 019 957 3585

Walking fish poses threat to land animals



Keajaiban ciptaan Ilahi, ikan boleh berjalan.



Firman Allah dalam surah binatang, 

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

________________


PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU, MELAKA
TALIAN KAMI: 019 957 3585

Ikan




Jadilah seperti ikan, walaupun di air masin, dirinya tetap  tidak masin .

Maksudnya orang yang tidak mudah terpengaruh dengan suasana persekitaran yang tidak baik. 

___________________


Ikan guppy 


Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

_____________ 
Kenapa ayat ini Allah seru kepada orang kafir?

Mungkin disebabkan mereka rajin mengkaji, rancangan natgeo, sangat teliti mereka kaji, malangnya mereka hanya jumpa dan teruja dengan makhluk(ciptaan yang mengakumi mereka), tetapi mereka gagal jumpa Pencipta kepada makhluk itu. 

Nikmat iman adalah sebesar-besar nikmat, Bersyukurlah kita, walau pun kita Islam baka, Islam juga kita .

_____________
PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 73000, MERLIMAU , MELAKA 
019 957 3585




Monday 23 December 2019

Tutorial memanah

Langkah Dua



Lakukan seperti mengangkat barang 

Ada juga yang mengatakan seperti mengangkat takbir solat 

Pastikan tangan dan siku sama aras bahu 
Hasil carian imej untuk imej memanah


Hasil carian imej untuk imej tutorial memanah


Hasil carian imej untuk imej tutorial memanah





Kepada penggerak masyarakat , kami mengalu-alukan kedatangan anda membawa anak buah mengenali teknik memanah di tempat kami .


Jika anda memerlukan jamuan kecil pembasah tekak , sambil bertutorial memanah, kami boleh runding .


__________________








____________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000,MERLIMAU , MELAKA 
019 957 3585