Wednesday, 23 February 2022

Takdir Allah

Ketentuan hidup ini telah disuratkan di loh mahfuz , oleh kerana itu, setiap kejayaan dan kegagalan yang berlaku adalah dengan kehendak dan iradat  Allah, kita hanya ada hak berikhtiar sahaja , yang Allah berikan , bukan hak menentukan kehendak kita .


Bagi orang beriman yang redha dan syukur, tidak pernah berada di tangga murung dan dukacita, apabila segala urusan kita serah dan bergantung kepada Allah.


Kemurungan milik orang yang tidak yakin dengan iradat Allah 


______


                             PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin 


Musafir

Kita hanya musafir di dunia ini, namun ramai yang cuba menjadi pemilik tegar bumi ini. Sebagai musafir kita lalu sahaja dengan bekal yang berkaitan, kita tidak bawa katil semasa musafir . Namun dalam hidup ini ramai yang nak bawa rumah ketika musafir . Jadi siapa kita, fikirkanlah 



______

                              PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin 

Dunia kejaran

 Allah melantik kita sebagai pengurus dunia, tetapi kita tersilap langkah menjadi pencari dan pengejar dunia ,  dengan menafikan hukum peraturan dan undang-undang Penciptanya. Kita sebagai hambaNya , sewenang-wenangnya tidak bersetuju dengan aturan dan undang-undang Pemilik planet bumi ini. Jadi siapa kita, fikirkanlah...



______________________

                              PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Admin 

Hati pejuang agama Allah

 Hati pejuang agama Allah keras dan istiqamah dengan panduan wahyu. Al Quran adalah batu pejal yang ditakuti musuh. Kenapa kita lemah kini? Asbab musuh berjaya jauhkan kita daripada panduan al Quran.


Kita buta ilmu wahyu yang sarat dengan panduan dan tunjuk ajar untuk lalui hidup ini , dan kenal siapa musuh kita. Natijahnya kita seperti ulam dimamah musuh.

Artikal ekonomi

 


Monday, 21 February 2022

Minta izin

 





Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu , meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(An-Nuur 24:58


_________________________


                                     PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA