Buah ciku sangat manis dengan siraman air dari kolam ikan puyu. Ini menjimatkan kos baja.
Bagi warga yang pencen elok juga berbudi kepada tanah, jika dulu sibuk di pejabat , kini boleh bersantai dengan memetik hasil tanaman dan buahan , di tepi rumah .
Faedah lain yang kita dapat ialah sinaran matahari pagi yang menyihatkan.
Mendekati pokok-pokok dapat bertukar kaban dan oksigen dari daun-daun yang hijau , boleh membantu menyihatkan jantung kita.
Melihat daun-daun yang hijau dapat menyegarkan mata.
Aktiviti berjalan dari pokok ke pokok memberikan kecergasan badan.
Kaedah mengenali buah ciku yang sudah masak ialah duri di bahagian bawah buah ciku telah tanggal. Peram beberapa hari supaya manis dan getahnya hilang.
Jika masak dipokok boleh dimakan terus.
Berbudi kepada tanah, dapat hasilnya.
______________________
Hantu Mak Limah corner
Masyarakat Melayu Nusantara , menyimpan banyak khazanah tahyul dan khurafat. Ini kerana pertembungan zaman peralihan dari agama Hindu-Budhha kepada Islam.
Ahli sejarah tempatan merekodkan masyarakat Melayu Islam di Nusantara menerima Islam sejak tahun 1000 Masehi berdasarkan duit syiling yang ditemui bertulisan jawi.
Namun khurafat dan tahyul sukar dipupuskan. Ikan puyu dikatakan dapat menghalang sihir santau dan pokok ciku dikatakan pokok yang digemari oleh makhluk halus tinggal di situ.
Hakikatnya Allah adalah penjaga sebenar kita , dan syaitan adalah musuh utama kita manusia.
______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU,
ADMIN