Saturday, 25 July 2020

Buat baik untuk diri kamu

LAMAN ILMU WAHYU 


Kata Allah, 
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
___________________
Tadabbur ayat Allah, apa yang kita buat kembali kepada diri kita, jika baik, baik kembali kepada kita, jika amal jahat yang kita buat, kembali kepada diri kita juga.

Masyarakat yang tidak berjiwa agama, jika kita tolong orang akan diucapkan samada dalam nada manis atau sinis, sindiran halus dan perli yang bertujuan menghina ialah barua. 

Sedangkan Allah yang membuat kita, berkata, segala amal baik yang kita lakukan dengan ikhlas akan kembali kepada diri kita juga .

Beza antara kalam Pencipta dan kalam hamba yang jahil wahyu serta menurut hawa nafsu yang rendah seperti Arab Jahiliyyah sebelum turun wahyu.

Sebesar biji sawi, sebesar zarrah(atom) , sebesar molekul yang tidak nampak dengan mata lendir pun amal baik kita, pasti Allah balas , kerana Allah Maha Halus dan Maha Teliti.

Sebenarnya ucapan kita itulah nilai diri,  dan minda kita untuk orang lain baca apa yang ada di benak kita, samada tin kosong atau sarat dengan ilmu .

Ini bukan menghukum dan menilai, tetapi jika kita genggam isi durian, isi durianlah yang akan keluar, dari tangan kita. Sebaliknya jika kita genggam belacan, belacanlah yang akan keluar dari genggaman kita beserta araomanya. 

Ada masa zahir menunjukkan batin dalam perbandingan ini adalah tepat. 

_______________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000 , MERLIMAU , MELAKA 



____________




Tuesday, 21 July 2020

Ayat tentang hati

LAMAN ILMU WAHYU 


Kata Allah,

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

______________________



Hati tempat iman


Tadabbur ayat Allah 
  • Hati
  • Pendengaran 
  • penglihatan 
Tiga perkara ini sangat penting dalam menuntut ilmu, terutama ilmu wahyu, kefahaman hati sangat penting. Apabila Allah tutup pintu hati kita dengan mematerikannya , maka selamanya kita tidak akan dapat mendengar seruan iman. Allah tutup sebab kita degil dan lawan Allah.

Jadi jauhi sifat lawan Allah , yang mengakibatkan hati kita tertutup dan terkunci mati.

29 Zulkaedah 1441=21/07/2020
_______________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 73000, MERLIMAU, MELAKA 

__________________

Ujian diejek

LAMAN ILMU WAHYU


Kata Allah, 




(Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).


___________________
Tadabbur ayat Allah 

Faham makna ayat dan hayati dengan meresapkan ke hati dan minda kita. ayat ini menjelaskan keingkaran dan kedegilan kaum Jahiliyyah Mekah apabila dibacakan kepada mereka wahyu Allah. Kenapa mereka ingkar dan ejek, sebab hati mereka ada penutup seperti botol yang tertutup, apabila kita isikan air, tentulah habis tumpah. 


Botol tertutup , diisi air tidak akan masuk 



Botol yang terbuka umpama hati yang bersih dan 
terbuka menerima ilmu dan hidayah ilmu Allah 


Caranya untuk isi air ke dalam botol, buka penutupnya dulu, begitu juga hati, buka hati dulu. Bagaimana nak buka hati? Dekati majlis ilmu dan berdoa supaya mendapat hidayah dan hidayah ilmu.
______________________
Oleh itu jika mereka ingkar seruan kita dan masih mengejek , tandanya mereka belum mendapat hidayah dan hidayah ilmu. Jadi tidak peliklah kelakuan degil mereka dan jangan pula jadikan ejekan mereka kesedihan dan putus asa kita dalam menyeru .

Mereka akan menolak kebenaran dengan sejuta alasan  dan logik akal . 

Semangat dan motivasi untuk para penyeru kebaikan dan iman.Jangan pernah jemu menyeru ke arah kebaikan dan iman, kerana Allah menilai kerja kita, bukan kejayaan kita , kerana kejayaan kita milik Allah.

Kisah nabi Ibrahim a.s. mencari Tuhan, sedangkan kaumnya menyembah berhala dan hidangkan makanan lazat di sisi berhalanya. Lihat surah as Shaaffat.

__________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU, MELAKA