Wednesday, 18 April 2018

Masjid lama Kg Pulai

Masjid lama Kampung Pulai Pantai, adalah hasil dari sumbangan dan infak dari orang ramai. Usaha gigih penduduk di tahun 1920an mencari dana dan infak dari orang ramai sehingga ke Daerah Muar,Johor, terbinalah masjid yang diberi nama kini dengan Masjid Ar Rahman.

Mengikut portal e-masjid, selepas Perang Dunia Pertama, pada tahun 1920an, pemimpin masyarakat Kampung Pulai mula sedar dan mencari tapak untuk mendirikan masjid untuk solat Jumaat.




Mengikut cerita lisan dari penduduk jati Kampung Pulai yang diambil dari cerita lisan nenek moyang mereka; iaitu yang terlibat dalam mencari dana untuk infak dalam pembinaan masjid, telah sanggup berjalan kaki dari Kampung Pulai hingga ke Muar , selama 3 hari 3 malam.

Mereka akan bermusafir di Muar selama seminggu lebih untuk mengutip derma dan sumbangan. Di mana mereka bermalam? Pada waktu itu belum ada hotel atau rumah tumpangan, mereka hanya menumpang bermalam di rumah orang kampung yang memberi ehsan bermalam.Pada zaman susah , nilai kemanusiaan dan jati diri manusia sangat tinggi, kesan didikan agama Islam.




Hasil pengorbanan dan titik peluh mereka , terbinalah masjid Ar Rahman  di Kampung Pulai sebuah perkampungan nelayan di persisiran pantai Selat Melaka .







Jika kita fikir , dalam zaman selepas perang, duit susah dapat, berapa sangat mereka mampu menderma, tetapi kerana berkat dan rahmat Allah, masjid berjaya di bina.
  

Mengikut cerita lisan anak jati kampung Pulai , pekerjaan penduduk asal adalah nelayan dan membuat gula melaka yang digunakan dalam masakan asam pedas, kueh buah melaka, kuih keria dan aneka jenis kueh tradisi Melayu.

Pembuat gula melaka zaman dahulu lebih kurang dua puluh orang lebih. Kini pembuatan gula melaka telah dikilangkan,seperti di kilang halal hab kawasan perindustrian Serkam.














Bagi peminat perniagaan dan usahawan muda , anda boleh mencuba membuka kilang di kawasan halal hab.

Kini kampung Pulai , mendapat sebuah lagi masjid baru.

Bagi kita pada hari ini cukup mudah untuk infaq hanya di hujung jari, infaq ke akaun maya. Jadikan hobi dan tabiat mingguan kita setiap hari Jumaat mencari akaun maya yang sahih lagi benar untuk infaq.

Jumlah bukan ukuran dalam infaq, tetapi ikhlas dan yakin dengan janji Allah, bahawa pahala berlipat ganda .Biasakan dengan RM5.00 setiap minggu atau RM10.00, selain tidak terasa berat , ia adalah ibadat.


___________________________

Melaka adalah negeri bersejarah kerana pernah terbina sebuah Kerajaan Melayu Islam dengan mendaulatkan undang-undang Islam sebelum serangan Portugis pada tahun 1511 Masehi.

Mengikut para ulama' dan ahli sejarah tempatan nama Melaka diambil sempena sebuah bandar  di Turki.Daerah di Turki juga ada yang bernama Mersin, Malatya yang ada kesamaan di Nusantara.Ini bukti Kerajaan Uthmaniah Turki ada hubungan dengan Melaka .

Nama Melaka juga dalam bahasa Arab bererti tempat pertemuan pedagang pada waktu itu.


________________

Mengikut catatan sejarah, fakta yang disembunyikan ialah kehandalan orang-orang Islam Nusantara, termasuk Melaka atau Malaya pandai bermain senjata yang hebat, meriam, senapang dan lain-lain.

Hanya filem kita tidak menayangkannya, filem dan kajian di luar negara memaparkan kehebatan Melayu Islam.

Semuanya kerana kesan penjajahan 1511Masehi, penulis sejarah mendapat kekangan dari penjajah.
______________



PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU MELAKA







Monday, 16 April 2018

Dasar Pandang ke Jepun

Jepun telah menggalakan peningkatan hasil pertanian mereka dengan memberikan subsidi sebanyak 90% kepada rakyatnya.



Kesannya hasil bumi mereka meningkat berlipat kali ganda untuk memenuhi kehendak penduduk Jepun

___________________

Dasar ini membuka peluang pekerjaan dan orang ramai menjadi rajin kerana pulangan menarik kerana subsidi dari kerajaan.



_________
PUSAT DAGANGAN PULAI
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA

Syarikat papan

Menurut cerita lisan dari penduduk kampung Pulai Pantai, iaitu anak jati kampung ini,  pada tahun 1960an dan 1970an, ada sebuah syarikat papan di sini. 




Syarikat ini adalah kepunyaan orang Melayu kampung Pulai yang masuk saham sebagai modal dalam syarikat tersebut.

__________________

Setiap akhir tahun akan diadakan mesyuarat tahunan dengan jamuan satey kepada ahli dan pemegang saham. Setiap ahli akan dibayar keuntungan syarikat pada hari mesyuarat ini.
Gambar hiasan
Satey dijual dengan kandar dari kampung ke kampung 
_________________
Rahsia syarikat papan ini maju , bertahan lama dan boleh membayar keuntungan ahli yang melabur ialah kecekapan pihak pengurusan yang jujur, telus, tidak bocor dan takut kepada dosa dan pahala.


_________________
Rahsia perniagaan yang lain ialah jimatkan perbelanjaan pengurusan dengan hanya menggunakan basikal roda tiga untuk menghantar papan kepada pelanggan. 

Telefon juga tidak digunakan , hanya pelanggan datang ke syarikat untuk membuat tempahan dan bayaran.

Gambar hiasan-
Inilah alat pengangkutan
papan waktu itu 1960an dan 1970an
Gambar hiasan -
Alat pengangkutan zaman dulu yang jimat belanja
dan memberikan pekerjaan kepada penduduk

_________________
Rahsia seterusnya ialah jualan tunai sahaja yang dijalankan.



________________

Istiqamah dengan gaya dan kaedah lama berniaga dengan mengekalkan sikap jimat wang pengurusan, telah menjadikan syarikat papan ini untung dan tiada hutang.

________________
Perniagaan orang lama penuh berhemah , menjaga hak orang ramai sebagai pemegang saham dan tanggungjawab dunia dan akhirat.Mereka tidak memikirkan untung dunia sahaja, tetapi juga untung akhirat. Berniaga ialah ibadat. 

Besar atau kecil perniagaan bukan ukuran, tetapi istiqamah bahawa berniaga sebagai punca pendapatan dan ibadat .

Hari ini orang berniaga untuk kaya dan mementingkan untung dunia semata-mata. 

Mereka berlumba-lumba untuk menjadi orang terkaya di dunia.Pemikiran ini timbul dari ajaran Karls Mark yang mengajar kita asal kaya tanpa memikirkan had dan batasan halal dan haram.
________________

Apabila pihak lain mengambil aleh perniagaan, dengan gaya moden, banyak masalah timbul yang terpaksa ditanggung oleh syarikat dan pemegang saham.

________________

Berniagalah dengan penuh prinsip, kejujuran ,ketelusan dan amanah. Inilah kunci kejayaan sesebuah perniagaan.

_______________


PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU ,MELAKA 

Prinsip dan tegas


Hutang adalah beban


Bagi peniaga yang baru memulakan perniagaan perlu bersifat tegas dan berprinsip dalam urusan jual beli secara hutang .


Pilih jualan dan belian secara tunai. Hutang mudah dan menyeronokkan. Kita dapat berniaga secara besar dan selesa dengan berhutang. Ingatlah hutang boleh menyebabkan perniagaan kita gulung tikar. 

Bangkrap atau muflis adalah penyakit si berhutang.Jauhi hutang yang banyak dan membebankan. 

_________________

Nabi s.a.w. melarang kita berhutang dengan mengamalkan doa dijauhkan hutang setiap kali lepas solat. Juga dijauhkan dari penindasan dan kerasnya peminta hutang.

Biar perniagaan kita kecil, asal hutang kita juga kecil .


Ini pesan nabi kita

Hutang di dunia, berkait dengan kematian kita
Roh tidak naik ke langit bagi yang berhutang
_____________

Jika jualan hutang hendaklah dikeluarkan resit hutang atau invois dan nyatakan tempoh bayaran . 

Sekiranya jualan hutang, perlu tegas dengan tempoh masa atau had masa bayaran.


Ambil balik barang jika hutang tidak dapat dibayar dalam
masa yang dihadkan, supaya tidak menjadi hutang lapuk. 

Sayangi diri sendiri dulu supaya tidak menjadi mangsa hutang.

Maksud berprinsip ialah ketepikan malu, menagih hutang, kerana orang yang berhutang dengan kita langsung tidak ada rasa malu.


Orang dulu-dulu merasa sangat aib dan takut untuk berhutang.

Ironi atau sindiran orang dulu-dulu , biar pape asal bergaya , adalah ditujukan kepada kalangan yang suka berhutang demi gaya dan tunjuk kaya.

Hutang wajib lunas dulu sebelum yang lain-lain
supaya hidup diberkati dan dirahmati
Jadikan tabiat kita suka segera bayar hutang
Nafsu berhutang adalah nafsu yang tidak pernah puas. Hanya wahyu mengajar kita erti kepuasan dalam hidup dan dunia perniagaan.

Bekerja adalah ibadat, jangan cemarkan dengan hutang keliling pinggang.
__________________

Jika kita biarkan hutang lapuk, boleh menjejaskan perniagaan kita dan boleh menyebabkan kehilangan modal pusingan , akibatnya boleh jatuh muflis.

Berhati-hati,tegas dan berprinsip dalam urusan jual beli. Kita mesti sentiasa sedar dan ingat , sikap manusia akan berubah sebelum berhutang dan selepas berhutang.

______________
Ingat sebelum kena.Sedar sebelum terlambat. Apa guna kita berniaga, barang habis, modal tidak pulang balik.Apalagi untung , tidak nampak.

Menjaga hati pelanggan ada had dan batasan, kita beralah kepada perkara yang benar. Hutang wajib diminta bayar dan jelaskan.

Sikap malu hendaklah bertempat. Jangan malu menagih hutang, supaya perniagaan kita selamat.

Jangan segan dan malu untuk menegaskan pendirian bahawa perniagaan kita adalah secara tunai.

Hutang menyebabkan roh kita tergantung antara langit dan bumi.

Hutang menyebabkan waris kita terbeban selepas kematian kita. Hati-hati dengan hutang.
_______________

 Jika jualan tunai hendaklah dikeluarkan resit bayaran.Islam mengajar kita bermuamalat secara jujur, telus, lurus, amanah,dan bertanggungjawab.

_________________
Untung di akhirat lebih besar dari laba dunia.

_______________


PUSAT DAGANGAN PULAI 
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA