Saturday, 11 December 2021

Menu acar hijau

Perkongsian daripada kp kolam pancing PDP iaitu antara cef dan yang menempah  acar hijau untuk kenduri kahwin anak di Bukit Rambai , pada bulan lepas , sambutan amat menggalakkan. 


Seruan kami, bantulah usahawan kita untuk maju selangkah lagi dengan membuat tempahan dengan mereka untuk agenda dan majlis anda , supaya menu masakan tradisi masyarakat kita tidak pupus dek zaman.  Di samping itu generasi muda dapat menikmatinya, apa yang menjadi kegemaran nenek moyang mereka ketika sawah padi menghijau bak lautan dan padi menguning bak lautan emas. Kini semua itu sudah tiada lagi.

Seperti lirik lagu kanak-kanak  ketika itu tahun 1960an : 

Sang kerbau telah mati 

di sawah petang tadi, 

tiada lagi tenggala 

yang pulang senja kala.

Alahai alahai 

Gambar dari google


***

                                       PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Tempayan

Perkongsian daripada kaki pancing (kp) di kolam PDP, tempayan adalah salah satu bekas yang baik untuk ternakan ikan betok secara suka-suka. Tempayan memang sesuai kerana airnya yang sejuk , dingin dan saiznya yang tinggi. 

Jika orang dulu-dulu menggunakan tempayan untuk sediakan air basuh kaki sebelum naik ke rumah, kini tempayan lama boleh diguna semula untuk ternakan ikan betok.

Tempayan adalah peralatan orang dulu-dulu menyimpan air untuk urusan dapur . Setiap rumah wajib ada tempayan dan gayung. 

Oleh kerana akrabnya mereka dengan tempayan, timbullah peribahasa,  "Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tidak boleh ditutup". 

Maksudnya kita tidak dapat menahan dan melarang orang ramai dari memperkatakan hal kita. 

Apalagi jika kita adalah ketua masyarakat, amat perlu kita menjaga anak buah supaya tidak timbul kata-kata di belakang. 

Sebarang masalah hendaklah diberi penyelesaian dan tindakan , bukan pendam, buat-buat tidak tahu,  dan simpan di bawah karpet . Sifat masalah jika lama dipendam akan pecah dan  dikhuatiri timbul gerakan pemberontakan dari kalangan yang tidak puas hati . 


Mengambil semangat ayat al Quran surah An Nisa'/59


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. 


Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. 


Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(An-Nisaa' 4:59) |


Gambar dari google
Model tempayan yang boleh diternak ikan betok



Gambar dari google
Gayung dari tempurung kelapa dalam 
tempayan yang disediakan di depan  tangga


****


                              PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Laris terlajak

Perkongsian kaki pancing(kp) di kolam PDP, masakan acar hijau ikan betok yang disediakannya untuk jamuan alumni sekolah dan kenduri kahwin jiran , habis licin. Ini adalah satu tanda aras bahawa ikan betok jika kena cara masakannya , memang menjadi kegemaran ramai. 


Acar hijau ikan betok yang dimodenkan 

Kepada yang minat untuk menempah bagi 
majlis dan kenduri boleh hubungi pihak kami sebagai perantara 

Bagi yang hidup lebih separuh abad, akan terkenang kembali kenangan silam tahun 1960an bersama ibu ayah menikmati acar hijau ikan betok air tangan ibunda tercinta. 

Setelah penat di sawah mengalih anak padi, balik ke rumah menikmati acar hijau ikan betok bersama nasi panas-panas hasil usaha sendiri, memang nikmat dan lazat. Tambahan pula waktu itu mana ada restoran dan mall.


Tempahan

Pihak pengurusan Kolam pancing PDP, boleh menjadi perantara jika ada yang berminat untuk tempahan masakan acar hijau ikan betok. Kp kami ada dua kawasan yang menjadi cef acar hijau ikan betok.


Kepada orang perseorangan, jabatan, atau persatuan boleh hubungi kami jika berminat menempah acar hijau ikan betok untuk jamuan.

Sama-sama kita bantu masyarakat setempat menaiki tangga perniagaan dalam penyediaan makanan halal , berkhasiat dan lazat , untuk negara dan umat. 


Sistem ekonomi Islam bermula dari bawah dan berkembang sehingga ke atas tanpa had, kerana majunya ekonomi umat,  menambahkan kutipan zakat . 

Ayuh kita bantu ekonomi masyarakat kita, yang berdekatan Kampung Pulai, hingga ke Umbai, Paya Tanjung, Tambak Paya, Bukit Tembakau , Bukit Kechil, Bukit Larang , Bukit Meta , Teluk Mas , Ayer Molek, Tanjung Kling  , Bukit Rambai, Klebang untuk masakan acar hijau secara atas talian dan hantaran  ke majlis atau tempat anda.


Ini bertepatan dengan semangat hadis dan doa selepas solat sunat Dhuha, bermaksud,  jadikanlah kami tangan yang mulia ; yang di atas ; yang memberi;  bukan tangan yang di bawah ; yang meminta-minta. 


Semangat berusaha dan berniaga 

Sama-samalah kita menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan samada secara kecilan atau besaran. Ini bertepatan dengan semangat hadis nabi saw bahawa 9/10 kekayaan adalah dari perniagaan.

Perniagaan dalam pandangan Islam adalah fardhu kifayah , ibadat muamalat yang menyediakan kemudahan dan keperluan umat. 

Muamalat ini akan dibawa ke akhirat samada dalam bentuk pahala atau dosa, semua ada perkiraan .


Sementara pandangan komunisma dan kapitalisma perniagaan adalah semata-mata untuk mengejar untung wang ringgit , tanpa mengira batasan halal dan haram.


****

                         PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA





Wednesday, 8 December 2021

Baja asli


Menternak ikan puyu kita akan dapat baja asli dari air kolam tersebut. Tanaman sangat subur dengan siraman air tersebut.




Kolam ikan puyu dari simen 

                                                                ***


                   PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA