Friday, 3 April 2020

Pemanah hebat

Sayyidina Hamzah yang syahid di dalam perang Uhud adalah seorang pemanah berkuda yang handal dan pakar.

Beliau adalah bapa saudara nabi s.a.w dan , jarak usia sebaya .

Beliau ditikam oleh Wahsyi seorang Habsyi yang diupah oleh Hendon.
______________________________

Tradisi permainan panah sebagai pertahanan diri, memburu dan permainan santai adalah sejak zaman nabi Ismail a.s. Keadaan tanah Arab yang tandus dan padang pasir adalah sesuai untuk memanah berkuda.

Kuda adalah simbol kekayaan ketika itu dan adalah aktiviti sukan terbaik yang diiktiraf oleh nabi s.a.w. dalam hadis baginda.

_______________________

Laman ilmu wahyu 



Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: 

kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, 

iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; 

harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; 

kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; 

dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. 

Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. 

Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(A-li'Imraan 3:14)



Memanah berkuda adalah kemahiran yang baik dan baik juga untuk kesihatan dan kecerdasan badan dan minda 

Nota:

Kepada ibu bapa yang ada kemampuan kewangan disarankan mendafatar anak ke kelas latihan menunggang kuda , seperti di Equestrin Putrajaya 


Kuda termasuk dalam harta benda yang menjadi kecintaan naluri manusia untuk memilikinya. Nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Kita menyintai kuda yang Allah ciptakan, dalam masa yang sama kita lawan Allah.

_________________________


Kuda sebagai simbol kekuatan perang 



Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, 


untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; 

sedang Allah mengetahuinya. 

Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
(Al-Anfaal 8:60) |

Kuda adalah kelengkapan perang semasa nabi s.a.w. menjadi ketua perang menentang musyrikin Mekah.Kuda tidak lengkap jika tiada pemanah handalan. Para sahabat nabi s.a.w. dan nabi s.a.w. adalah pemanah berkuda yang tepat dan handal.
__________________
Kuda sebagai alat pengangkutan
Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.(Al-Nahl 16:8)



           

Pada masa ini kuda adalah kenderaan yang mengangkut barang dagangan dan orang .
_______________________________




PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585




Tutorial memanah-didik pandai bekerja



Asah minda anak dengan mengajak mereka mengenali busur panah.

Memanah mendidik jiwa anak-anak kepada suatu kesungguhan dan ketelitian dalam memastikan busur, tali, anak panah, boleh dipasang dengan baik dan sempurna sebelum dilepaskan, Banyak perkara mesti diambil cakna sebelum anak panah dilepaskan. 

Memanah perlukan persediaan yang rapi dari segi memasang alatan, cara berdiri, cara melihat , cara membidik ,yakin diri dan kerapian persediaan. 

Nampak macam mudah, tetapi mempunyai banyak perkara yang perlu diselaraskan .

Papan sasar, jarak, keselamatan, semuanya mendidik anak-anak kita sifat berhati-hati, sentiasa bersedia, tidak boleh sambil lewa dan sifat dalaman yang cekal, berani dan yakin diri  untuk membuat keputusan. 

Memanah mendidik jiwa berani dan berdaya saing.

________________
Laman ilmu wahyu 

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata:

 "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.

Apa yang nabi Ibrahim a.s. amat bimbang ialah anak cucu dan zuriat baginda menyembah berhala.  _____________________


PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585

Thursday, 2 April 2020

Alatan memanah

Alatan memanah untuk latihan asas diperlukan 


1. Busur/bow
2. Anak panah/arrow
3. Papan sasar/ target butt
4.Tempat yang selamat 

_____________________


Busur , anak panah , kertas kiraan mata (papan sasar)


 Busur panah


 Papan sasar 




Litar memanah pdp



Papan sasar

______________________

  • Ayuh memanah untuk kesihatan dan akal yang cerdas serta mendidik berani membuat keputusan . 

  • Jadilah remaja yang pintar cerdas, memanah adalah salah satu kaedah mendapatkan jati diri melalui latihan jasmani 

  • Berikan anak anda kemahiran asas memanah

  • Penuhi masa kanak-kanak mereka dengan kemahiran yang berfaedah 

Sesi panaskan badan sebelum latihan selama 10 minit sahaja



_____________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI (003021717-M)
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA

TALIAN KAMI : 019 957 3585



Mudahnya memanah

Mudahnya memanah , semudah 1,2,3,..

Walau bagaimana pun , semuanya perlukan latihan , tanpa latihan dan tunjuk ajar dari jurulatih / coach , dikhuatiri kita tidak mendapat kaedah/teknik yang betul.


__________________


Busur/(bow) untuk dewasa , panjang 60 inci, berat 26lbs , jenis rolan snake sesuai untuk latihan .

Untuk remaja boleh yang panjangnya 48 inci , berat 18 lbs 

________________

Tujuan memanah 

  • Melatih khusyu'/fokus
  • Melatih tawadhu'/merendah diri, kerana pemanah dilarang sama sekali bangga diri dan menunjuk-nunjuk 
  • Bidalan air yang penuh tidak berkocak , maksudnya jika kita banyak ilmu kita semakin runduk seperti resam padi 



________________


PUSAT DAGANGAN PULAI  003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU, MELAKA 

TALIAN KAMI : 019 957 3585

Tuesday, 31 March 2020

Tutorial memanah -kedudukan siku






Gambar dari google

Kedudukan siku di gambar atas adalah cara yang salah 
dan kedudukan siku di gambar bawah adalah cara yang betul



Kesalahan cara memegang busur , seperti gambar di atas boleh menyebabkan tali panah terkena lengan kita , dan boleh jadi biru lebam terkena bidasan tali.

Bagi pemanah baru, jika tidak yakin, boleh gunakan pembalut lengan.

Kebiasaannya jarang pemanah yang terkena bidasan hingga biru lebam lengan , hanya segelintir sahaja yang terkena , mungkin salah cara pegang.


______________________
Senamrobik 

Mulakan dengan menarik nafas dengan hidung dan lepaskan dengan mulut.

Kemudian lari setempat.

Buat senaman dengan gerakan untuk kepala, bahu, tangan, kaki , dan pinggang.

Gerakan panaskan badan penting, supaya otot-otot kita tidak digunakan secara mengecut ketika latihan sukan .

_____________________
Laman ilmu wahyu


Minuman yang baik ialah rendaman air kurma selama paling tidak 4 jam, ini kerana kurma kaya dengan asid amino . Ini adalah minuman kegemaran nabi kita s.aw. 

Maksud hadis nabi s.a.w sakit bermula dari perut.

Kajian ahli sains pula mendapati daya tahan badan (antibody) 80% bermula dari perut . 

Al Quran adalah selari dengan fakta sains , ini adalah satu bukti bahawa al Quran adalah dari Allah.


_____________________________


Wahai orang-orang yang beriman! 

Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, 

pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; 

cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); 

mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita):

 "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(At-Tahriim 66:8)

Perbanyakkan taubat , tingkatkan nilai iman dan amal soleh kerana di akhirat amal soleh dan iman kita menjadi cahaya yang berjalan di depan kita untuk menerangi jalan kita dan di kanan kita. 


Ibrah , oleh itu jangan jemu melakukan amal solah dengan penuh ikhlas beriman . Jangan rasa menyesal jika amal soleh kita tidak dinilai oleh makhluk di bumi, kerana Allah menilainya dan dimasukkan ke akaun akhirat kita , menjadi cahaya.

Sempena wabak covid-19 ini marilah kita bermuhasabah diri dan tingkatkan iman kita.

_________________________________

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. 

Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, 

dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). 

Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); 

dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.


Sempena wabak covid -19 ini barulah kita dapat rasakan , bagaimanakah hari esok, kerana perancangan kita telah tidak berguna, kerana perancangan Allah paling hak dan benar.

____________________

PUSAT DAGANGAN PULAI ( 003021717-M )
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU , MELAKA 

TALIAN KAMI: 019 957 3585



Monday, 30 March 2020

Cara berdiri bersedia

Hujung kaki depan  selari  dengan bahagian tengah papan sasar membentuk sudut tepat 90 darjah 

(Gambar dari google)

_____________________

Para  pelatih  mestilah faham dan biasakan kaedah yang betul setiap kali latihan supaya panahan kita tepat  pada sasaran dengan mata 10.

Kedudukan yang betul banyak membantu dalam ketepatan memanah. Para pelatih hendaklah selalu semak nota dan bertanya kepada coach jika masih tidak faham .

Para pelatih yang sentiasa ingin membaiki latihan akan mudah mahir dan berjaya .

Para pelatih mestilah menguasai teknik yang betul terlebih dahulu, supaya panahan kita tidak tersasar jauh dari papan sasar .

Elakkan ghairah untuk memanah dari jarak yang jauh , sedangkan teknik masih tidak faham.Ini adalah satu kesilapan yang besar, dan anda sukar berjaya untuk menjadi pemanah yang mahir dan cekap.

Perlu diingat dalam semua keadaan dan bidang , cara berfikir dan jadi diri anda sangat penting untuk menuju kejayaan . 

Disiplin diri adalah faktor utama menuju kejayaan. 

Jangan malu bertanya coach jika anda masih samar-samar tentang teknik yang betul.

_________________________

PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU  , MELAKA

TALIAN KAMI : 019 957 3585