Saturday, 16 May 2020
Permainan Bot Kawalan Jauh
Kami hanya menyediakan bot kawalan jauh biasa sahaja. Bot menggunakan bateri sahaja.
Ini sesuai dengan keluasan kolam kami dan badget kanak-kanak. Harga mampu milik bawah rm50.00 sebuah.
Faedah
- Membiasakan anak-anak dengan teknologi dan cabaran
- Menanam kemahiran mengendali bot kawalan
- Anak-anak akan pandai menggunakan skrew driver, pasang bateri, cas bateri
_____________________
Selamat Hari Guru
Nostalgia lagu kanak-kanak tahun 1970an di sekolah Kebangsaan Pulai , sebelum pulang ...mengenang jasa guru , sayu, hiba lagu ni, mengenang jamang atok nenek , ibu bapa kita di masa itu..harmoni dan damai
Guru adalah ibu bapa ilmu kita .
Murninya tugas guru zaman dulu yang mendidik kita .
"BERGURU DEMI ILMU, MEMBINA GENERASI BAHARU "
__________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI , 77300, MERLIMAU, MELAKA
__________________
Thursday, 14 May 2020
Tutorial memanah-jari untuk tarikan
Jari untuk tarikan tali panah ialah tiga jari sahaja, telunjuk, jari hantu dan jari manis.Tangan kiri yang memegang busur hendaklah diluruskan separas bahu .
Petua untuk pelatih baru, sebaiknya ketiga-tiga jari diletakkan di bawah batang anak panah , mudah untuk melepaskan anak panah. Bagi pemanah pro biasanya jari telunjuk diletakkan di atas batang anak panah (seperti gambar) . Terpulang kepada keselesaan anda untuk menggunakan gaya yang mana.
Semasa tarikan penuh, pastikan ibu jari di bahagian rahang , dan jari telunjuk akan mengepit tali di bahagian dagu.
Latihan menjadikan anda pakar, jika teori sahaja tidak memadai. Bertanyalah coach anda sehingga anda faham dan yakin.
Tangan kanan yang menarik tali hendaklah selari, dalam keadaan bahu juga selari, pastikan bahu kiri tidak senget , jatuh ke bawah ; dengan beban busur, kerana ini akan menjadikan tembakan panah tidak stabil dan laju.
Keadaan lengan yang kedua bahu stabil, selari dan relaks ini menjadikan kita tenang dan yakin ketika melepaskan anak panah. Ini kerana proses melepaskan anak panah memerlukan kedudukan badan kita yang tegap, tidak bergerak dan tumpuan kepada cara duduk yang betul bukan kepada anak panah, kerana boleh melupakan kita kepada kestabilan kedudukan . Hal ini ada masanya boleh menggangu bidikan panahan kita.
Biasanya pelatih baru akan terlupa untuk angkatkan siku kanan semasa tarikan dibuat , menyebabkan kedudukan bahu yang tidak selari , antara kiri dan kanan. Perlu diingat tenaga masa ini dilakukan oleh otot bahu dan belakang , sebab itu perlu selari dan tidak beraleh .
Kedudukan siku kanan yang menarik tali jika jatuh ,maksudnnya tidak ditinggikan sedikit atau selari bahu, tarikan menjadi berat dan pelepasan tidak baik.
Mata menoleh tepat ke papan sasar.
Biasanya pelatih baru akan terlupa untuk angkatkan siku kanan semasa tarikan dibuat , menyebabkan kedudukan bahu yang tidak selari , antara kiri dan kanan. Perlu diingat tenaga masa ini dilakukan oleh otot bahu dan belakang , sebab itu perlu selari dan tidak beraleh .
Kedudukan siku kanan yang menarik tali jika jatuh ,maksudnnya tidak ditinggikan sedikit atau selari bahu, tarikan menjadi berat dan pelepasan tidak baik.
Mata menoleh tepat ke papan sasar.
Salah cara duduk dan pegang busur juga boleh menyebabkan sakit pinggang, kerana kita menarik beban seberat 26 lbs bagi orang dewasa dan 18 lbs bagi remaja .
Panjang busur pula ialah 60 inci bagi dewasa dan lebih pendek bagi remaja 48 inci.
Bagi pelatih baru juga dinasihatkan hanya memanah sebanyak enam kali panahan sahaja, untuk mengelak sakit pinggang.
_______________________
Ingatan dan minda berfokus ini atau penumpuan adalah melatih minda melupakan hal yang lain. Apabila selalu diasah minda semakin tajam , ingatan semakin kuat.
Jadi bagi penghafal al Quran memanah sangat sesuai dengan mereka yang perlukan minda tumpuan dan tajam ingatan selepas doa.
Sayyidina Ali adalah tokoh yang meminta dicabut anak panah dibadannya , apabila terkena panahan , ketika beliau bersolat kerana minda fokus/tumpuan, menjadikan ubat bius baginya.Maksudnya tidak merasa sakit kerana tenggelam dalam khusyu'nya solat.
Jom sertai kelas memanah.
________________________
LAMAN ILMU WAHYU
Memanah memupuk minda tumpuan (fokus) , kaedah ini melatih
menajamkan minda murid , cerdas dan kuat ingatan
Jadi bagi penghafal al Quran memanah sangat sesuai dengan mereka yang perlukan minda tumpuan dan tajam ingatan selepas doa.
Sayyidina Ali adalah tokoh yang meminta dicabut anak panah dibadannya , apabila terkena panahan , ketika beliau bersolat kerana minda fokus/tumpuan, menjadikan ubat bius baginya.Maksudnya tidak merasa sakit kerana tenggelam dalam khusyu'nya solat.
Jom sertai kelas memanah.
Kami menyediakan 4 litar yang boleh bermain serentak -
nota disediakan
________________________
LAMAN ILMU WAHYU
Rasulullah s.a.w adalah Ketua Perang yang bijak dan pakar. Hal ini disorokkan oleh penjajah dan pembenci Islam. Baginda sering dilukiskan dengan wajah huduh untuk menutup kehebatan nabi s.a.w dan rasul pilihan Allah.
Namun mulut-mulut mereka tidak dapat memadam cahaya agama Allah, seperti mereka meniup cahaya lilin yang ampuh dipadamkan.
Kata Allah ,
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
__________________
Kuda nabi s.a.w. adalah baka yang terbaik yang masih dicari dan menjadi baka pilihan utama hingga kini . Nabi s.a.w. juga pakar memanah berkuda.Nabi s.a.w ada baju perang , bukan seperti gambaran Barat, konon nabi berperang dengan jubah.
Nabi s.a.w ketua Negara Madinah yang mempunyai masyarakat paling majmuk kerana banyak kabilah. Bahkan nabi s.a.w. berhijrah kerana hendak mendaulatkan hukum Allah dalam sebuah negara Islam Madinah.
Barat cuba mengurung Islam di masjid dan dibekalkan tasbih yang biji butirnya sebesar telur ayam , berjumlah seribu biji, bayangkanlah bentuk tasbih itu. Barat menggalakkan umat berada di atas tikar sembahyang 24 jam dan tinggalkan kuasa politik dan ekonomi untuk mereka jarah dan kebas.
Barat dan musuh serta pembenci Islam suka umat Islam menjadi 'abid/ahli ibadat sahaja daripada menjadi ahli ilmu . Mereka tidak suka umat Islam mendalami ilmu al Quran, kerana menjadikan umat yang kuat dan tidak mudah ditipu musuh.
Islam yang syumul jika dilaksanakan dalam politik dan ekonomi , menjadikan umat cemerlang di dunia dan akhirat.
Hal ini tidak disenangi musuh Islam kerana menghalang mereka daripada mengaut hasil bumi Islam.Produk hiburan dan sistem riba mereka tidak lagi laku. Mereka berusaha keras memastikan umat jahil al Quran.
Ada suara mendakwa, kita lemah kenapa salahkan orang lain? Kita perlu salahkan musuh kerana mereka perosak umat dari luar .
Seperti sawah padi kita yang dibaja, dipagar, tetapi jika tikus dari sawah sebelah masuk rosakkan , tentunya padi kita tidak selamat.
Maka tugas khalifah untuk memakmurkan bumi ini tidak dapat dilaksanakan, jadilah umat Islam hamba yang dijajah dalam manis kata-kata. Islam pada syiarnya sahaja , Islam sebagai 'abid semata-mata dan bukan lagi pemimpin seperti doa nabi Ibrahim a.s. Islam memimpin dan agar zuriat baginda menjadi imam bagi kalangan yang bertaqwa.
Namun anak -anak nabi Yaakub a.s. telah membuang nabi Yusuf a.s. ke dalam perigi buruk lantaran hasad dengki.
Barat dan musuh serta pembenci Islam suka umat Islam menjadi 'abid/ahli ibadat sahaja daripada menjadi ahli ilmu . Mereka tidak suka umat Islam mendalami ilmu al Quran, kerana menjadikan umat yang kuat dan tidak mudah ditipu musuh.
Islam yang syumul jika dilaksanakan dalam politik dan ekonomi , menjadikan umat cemerlang di dunia dan akhirat.
Hal ini tidak disenangi musuh Islam kerana menghalang mereka daripada mengaut hasil bumi Islam.Produk hiburan dan sistem riba mereka tidak lagi laku. Mereka berusaha keras memastikan umat jahil al Quran.
Ada suara mendakwa, kita lemah kenapa salahkan orang lain? Kita perlu salahkan musuh kerana mereka perosak umat dari luar .
Seperti sawah padi kita yang dibaja, dipagar, tetapi jika tikus dari sawah sebelah masuk rosakkan , tentunya padi kita tidak selamat.
Maka tugas khalifah untuk memakmurkan bumi ini tidak dapat dilaksanakan, jadilah umat Islam hamba yang dijajah dalam manis kata-kata. Islam pada syiarnya sahaja , Islam sebagai 'abid semata-mata dan bukan lagi pemimpin seperti doa nabi Ibrahim a.s. Islam memimpin dan agar zuriat baginda menjadi imam bagi kalangan yang bertaqwa.
Namun anak -anak nabi Yaakub a.s. telah membuang nabi Yusuf a.s. ke dalam perigi buruk lantaran hasad dengki.
Umat Islam akhir zaman suka menjadi Islam yang mengikut telunjuk bukan Islam malah bersedia menjadi khadam pula merungkai hak-hak dan kuasa orang Islam di bumi sendiri, asalkan kepentingan perut dan di bawah perut dapat dijana dengan lahapnya.
Kepuasan diri dan nafsu diberi layanan utama berbanding tugas sebagai khalifah Allah memakmurkan bumi ini dengan hukum Allah.
Mereka membuat ideologi sendiri politik suku agama suku iaitu sekular.
Agama hanya dalam hal mengaji kubur, imam solat jenazah, al Quran dilagukan sahaja dengan pelbagai wajah. Hal ini tidak salah tetapi tidak cukup setakat ini sahaja, mendaulatkan syariat Allah itu yang utama dalam negara.
_______________________
Barat sangat mengetahui hal ini dan disorokkan dari pengetahuan umum untuk menutup aktiviti "copy paste" mereka dari ilmu Islam .
Mereka mencanangkan merekalah yang bijak dan pencetus semua ilmu dunia, pada hakikatnya mereka hanya menciplak ilmu sarjana dan pakar dari tamadun Islam, yang sumber ilmu adalah al Quran.
Pada tahun 1800 Masehi ahli sains barat masih mengatakan bahawa ikan terjadi dari lumpur, dangkalnya akal mereka.
Sedangkan ahli tafsir sepakat mengatakan air hujan adalah turun bersama benih-benih ikan dan rezeki dari langit.
Allah pemberi rezki yang sebenar.
__________________
Kata Allah ,
Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati; sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
_________________
Ramadhan adalah bulan turunnya al Quran yang penuh berkat. Al Quran bukan kitab biasa, kertas dan pelepah tamar hanya alat untuk memudahkan kita membaca dan menghafal . Pada hakikatnya al Quran adalah kalam Allah, cahaya petunjuk Allah, bukan seperti cahaya di dunia.
Cahaya Allah yang tetap terpelihara hingga kiamat dan kamu tidak dapat meniup untuk memadamkannya dengan mulut-mulut kamu.
Nur Allah ini dapat merawat hati manusia yang syirik dan sakit rohani dengan syarat jika mereka mahu beriman .
Nur Allah ini akan memandu akal dengan ilmu yang benar dan sirnanya menerangi seluruh alam. Nur al Quran ini menjadikan akal manusia bijak kerana mengenal Penciptanya.
__________________
Gambaran al Quran
Kata Allah ,
Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. (Ar-Ra'd 13:31)
_______________
Marilah kita beriman dengan al Quran seluruhnya bukan secara tebuk-tebuk ikut selera dan pilihan kita . Lebih malang lagi mentafsirkannya pula dengan akal dan nafsu jahil demi tujuan dan kepentingan diri.
Angkara ini telah melemahkan umat Islam , sedangkan Barat sangat takut dengan umat yang mengamalkan al Quran seluruhnya dengan penuh iman dan yakin.Mereka telah berusaha keras menjauhkan umat dari menghayati dan memahami ilmu al Quran sejak kejatuhan tamadun Andalusia.
Kesan kini umat Islam seperti buih menjadi ulam musuh di Timur dan Barat.
Namun kebangkitan Islam sedang menuju jaya setelah memenuhi fitrah setiap 100 tahun Islam akan kembali bangkit, yakinlah , pasak di hati "masa depan di tangan Islam ."
_________________
PUSAT DAGANGAN PULAI - 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300. MERLIMAU ., MELAKA
Tuesday, 12 May 2020
Larangan menarik tali tanpa anak panah
Kesalahan menarik dan melepaskan tali busur tanpa anak panah sering dilakukan oleh pelatih baru dan pertama kali memegang busur panah.
Sangkaan kita , tarikan tersebut ( dry fire) , tiada apa-apa kesan . Sebenarnya kesan tarikan tanpa anak panah boleh merosakkan tali dan busur panah.
Tarikan tali tanpa beban cepat merosakkan tali dan mungkin boleh putus.
Sangkaan kita , tarikan tersebut ( dry fire) , tiada apa-apa kesan . Sebenarnya kesan tarikan tanpa anak panah boleh merosakkan tali dan busur panah.
Tarikan tali tanpa beban cepat merosakkan tali dan mungkin boleh putus.
Kesan kepada busur pula, semasa tarikan dan pelepasan tanpa anak panah, , busur menyimpan banyak tenaga, jika tiada anak panah, tenaga dan kekuatan tersebut tidak dapat dilepaskan, akibatnya lantunan itu akan kembali ke busur.
Busur mungkin patah dan mudah patah. Bayangkan tarikan seberat 26lbs , tarik tali sahaja tanpa anak panah , bermakna kekuatan tarikan tidak dapat dilepaskan .
Kemungkinan busur moden telah disediakan ketahanan untuk tarikan tanpa tali, tetapi bukan bermakna kita boleh lakukan kesalahan ini.
Tangan yang memegang busur juga akan sakit jika lakukan tarikan dan lepas tanpa anak panah.
___________________________
LAMAN ILMU WAHYU
Suntikan Allah s.w.t. ketika nabi s.a.w. dihina ketika menyeru kaum kafir Quraisy yang terdiri dari kaum kerabat nabi s.a.w sendiri.
_______________________
Kata Allah,
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
Allah memberikan semangat dan kekuatan jiwa kepada nabi s.a.w.
_______________
Kata Allah,
Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.
_________________________
Kata Allah,
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia;
mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir,
mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah,
dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.(Al-Maaidah 5:54)
______________________
Cabaran dakwah yang perit dan pahit ialah mendepani celaan dan ejekan musuh dari kalangan kaum kita sendiri, saudara mara kita sendiri dan sahabat handai kita sendiri.
Inilah jalan para nabi dan rasul tempuh dan lalui . Nabi Nuh a.s. seruan baginda ditolak oleh anak isteri sendiri, Nabi Lut a.s. , sementara nabi Ibrahim a.s. berdepan dengan ayahnya sendiri sebagai pembuat dan penjual berhala, ayah baginda bosan dengan seruan Tauhid , setiap hari akhirnya mengambil sikap menghalau nabi Ibrahim a.s. ketika usia 17 tahun.
Nabi Musa a.s. , berdepan dengan ayah angkatnya sendiri, Firaun, nabi Isa a.s. dan nabi Muhammad s.a.w .
_____________________
Kata Allah ,
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
(Adh-Dhuha 93:3) |
_______________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300, MERLIMAU , MELAKA
Sunday, 10 May 2020
Pembersihan Pantai Siring
Jeti Pantai Siring , lumpurnya pekat, likat, hitam dengan kotoran angkara tangan manusia , apa akan jadi dalam masa 10 tahun akan datang ? |
PDP terletak tidak jauh dari jeti Pantai Siring.Minggu lepas , pada 05/05/2020 , jeti dibersihkan dari lumpur untuk memudahkan bot nelayan keluar ke laut dan naik ke jeti dengan hasil tangkapan.
Kelihatan lumpur hitam likat , di jeti, akibat perusahaan yang dijalankan tidak memenuhi kehendak penjagaan alam sekitar dan tali air serta air laut.
Sejak merdeka , jeti ini terpaksa melepaskan air dari tali air untuk turun ke laut. Dulu air tali air adalah bersih untuk kegunaan sawah padi.
Kini tali air telah tercemar dengan perusahaan, akibatnya air yang tercemar , kotor, busuk dilepaskan masuk ke jeti seterusnya ke laut.Sampai bilakah angkara ini akan berterusan mengotorkan laut?
Kini tali air telah tercemar dengan perusahaan, akibatnya air yang tercemar , kotor, busuk dilepaskan masuk ke jeti seterusnya ke laut.Sampai bilakah angkara ini akan berterusan mengotorkan laut?
Kami telah adukan kepada pihak Pejabat Tanah dan Daerah tentang masalah ini dan terbaru aduan kepada Alam Sekitar.
Adalah molek kiranya jeti di dalamkan untuk memudahkan nelayan turun dan naik ke laut. Oleh kerana lumpur akan banyak dan terkumpul semula selepas didalamkan, kami cadangkan pihak berkenaan menyediakan seperti dermaga untuk memudahkan nelayan.
Dalam masa yang sama bersih dan dalamkan juga tali air , untuk sumber rezki penduduk tempatan. Banyak sumber makanan laut tidak dapat dinikmati.
Selain dari itu dengan mendalamkan tali air, bersihkan airnya, boleh juga dijadikan tempat berenang dan bermain bot kawalan jauh setaraf tasik di Kelana Jaya dan Bandar Melaka.
Amat malang dan sayang sekali, Allah anugerahkan sumber dan punca rezeki, kita musnahkan.Tiada siapa yang ingin peduli dan cakna.
Padahalnya jika air tali air cantik dan banyak, ramai pengunjung, pengusaha makanan juga yang untung.
Kita ghairah untuk pergi ke Venice di Italy, kini covid-19, tiada lagi acara ziarah, kita ghairah ke Sungai Mekong, Sungai Nil, hakikatnya sungai , laut dan sumber air kita terbiar kotor dan busuk .
____________________
Kata Allah,
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
___________________
Allah telah turunkan hujan dengan benih-benih ikan, tetapi malang sekali tempat tadahan rahmat itu telah kotor dan tercemar. Maknanya kita sendiri yang menolak rezeki dari langit.
_______________________
Kata Allah ,
Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
(Adz-Dzaariyaat 51:22)
_____________________________
Malangnya amaran dan perkhabaran Allah dari al Quran tidak menyentap nurani kita.Sedangkan cintai sungai adalah sebahagian dari tanggung jawab dalam ajaran agama Islam.
_____________________________
Malangnya amaran dan perkhabaran Allah dari al Quran tidak menyentap nurani kita.Sedangkan cintai sungai adalah sebahagian dari tanggung jawab dalam ajaran agama Islam.
______________________________
PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300. MERLIMAU, MELAKA
Jenis perniagaan di PDP
Perniagaan dan perkhidmatan kami :
1. Ping pong
2. Memanah
3. Bilik kursus
4. Pejabat urusan - pentadbiran harta pusaka dll
5. Homestay - unit 2A
6. Homestay - unit 3A
7. Kolam puyu
8. Kolam bot kawalan jauh untuk kanak-kanak - akan dibuka selepas PKPB
_____________________
1. Ping pong
2. Memanah
3. Bilik kursus
4. Pejabat urusan - pentadbiran harta pusaka dll
5. Homestay - unit 2A
6. Homestay - unit 3A
7. Kolam puyu
8. Kolam bot kawalan jauh untuk kanak-kanak - akan dibuka selepas PKPB
_____________________
JENIS PERNIAGAN & PERKHIDMATAN
DI TINGKAT BAWAH
Bilik ping pong dengan 2 buah meja serta
penghadang untuk bermain serentak -unit 3B
Bilik memanah untuk bermain serentak seramai 4 pelatih- Unit 2B
Bilik kursus untuk 40 peserta - kipas sahaja, unit 1B
(Hawa dingin dalam perancangan )
Kolam ikan puyu - kursus pembenihan
Kolam litar bot kawalan jauh
___________________
JENIS PERNIAGAAN & PERKHIDMATAN
DI TINGKAT 1
PEJABAT URUSAN DI BILIK 1 A
(PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
(PENGALAMAN 30 TAHUN )
DLL)
DARI KIRI BILIK 1A - PEJABAT URUSAN
Homestay Unit 2A-tingkat 1-3 bilik .
bilik utama hawa dingin , bilik lain kipas sahaja
Homestay Unit 3A- tingkat 1, 3 bilik ,
bilik utama hawa dingin, bilik lain kipas sahaja
_____________________
Marilah sama-sama kita amalkan sop pkpb semoga Allah merahmati kita dan mengangkat semua bala' sementara covid -19 ke atas kita.
Mudah-mudahan dengan terangkatnya bala' wabak covid-19, urusan latihan sukan ping pong, memanah , permainan sukan air; bot kawalan jauh dan semua jenis perniagaan dapat kembali berjalan seperti biasa.
Semoga Ramadhan ini turut mengangkat dosa-dosa kita, kerana Ramadhan adalah bulan pengampunan dan rahmat , sesungguhnya Allah Maha Pengampun , dan sukakan pengampunan .
Semoga dengan terangkatnya dosa-dosa kita yang banyak , menjadi terangkat juga hendaknya bala' wabak ini.
Rajin-rajinlah kita beristighfar di bulan mulia ini.
_________________
Pepatah Arab mengatakan, jika kita membuka pusat latihan bererti kita menutup penjara.
Semoga usaha kerdil PDP dapat menyumbang kepada pembentukan generasi al Quran yang cerdas minda , berpedomankan al Quran ; kitab petunjuk dan sihat tubuh badan. Amin.
"Akal yang sihat dari badan yang sihat"
________________________
LAMAN ILMU WAHYU
Kata Allah ,
Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Asy-Syuura 42:12)
____________________
Kata Allah,
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Kata Allah,
Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.
_____________________
PUSAT DAGANGANG PULAI - 003021717-M
KM 16, JALAN PULAI PANTAI 77300, MERLIMAU , MELAKA
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Anggaran Luas 1 Ekar Tanah Cara yang paling mudah menentukan keluasan dalam unit ekar. Berikut merupakan anggaran tepat keluasan untu...
-
SIMBOL UNIT-UNIT UKURAN DALAM PELAN in = inci ka / ft = kaki ch = rantai m = meter km = kilometer m2 / mps / sq. m = meter pe...
-
Dalam urus niaga samada besar atau pun kecil, menyediakan bil adalah amat penting. 1. Bil sebut harga 2. Bil invois 3. Bil bayaran tuna...