Thursday, 10 February 2022

Lawatan Pegawai perikanan semalam

 Antara penyakit ikan puyu ternakan kolam simen,kemungkinan:

1. oksigen kurang

2. amonia berlebihan kerana ikan banyak

3. lumpur hitam

4. air terlalu hijau bermakna oksigen kurang

5. kutu air, 

6. Tiada anti klorin jika menggunakan air paip


Musuh ikan 



_______________

Kaedah atasi:

1. Sukat oksigen di dalam kolam ternakan , jika kurang  tambah pam 

2. Sukat amonia , jika lebih, kurangkan bilangan ikan di dalam kolam

3. Tukar air selalu 



_______________

                               PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA


Usaha

 

Ikhtiar dan usaha di tangan kita, takdir dan ketentuan di tangan Allah, jadi jangan jemu dan berhenti berusaha kerana Allah mentakdirkan mengikut kehndak Allah, bukan kehendak kita. 

Oleh sebab itu redha adalah ubat untuk mencapai ketenangan dan kepuasan hati. Kegelisahan dan ketidak tenteraman hati kerana tidak redha dengan takdir Allah. Redha bermaksud terima ketentuan Allah setelah berikhtiar, redha itu bukan tanpa usaha , kerana langit tidak menurunkan hujan emas.

Jalan pintas tidak ada dalam kehidupan ini, kerana Allah mencipta kita untuk beramal dan beriman .

_____

 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA




Koleksi Kuliyyah Ustaz Azhar Idrus : Kitab Anak Kunci Syurga (Masjid Pun...

Makna taqwa ialah buat yang Allah suruh, tinggal yang Allah larang, dari sekecil-kecil benda hingga ke sebesar-besar perkara. Taqwa di hati, bagaimana nak dapat taqwa, mengaji ilmu wahyu, yakin dan beriman. Selamat di dunia dan akhirat. 


Hisab diri kita dan bukan hisab hal orang lain. Semua pancaindera akan disoal oleh allah di akhirat . Yassin/65.


Seruan Islam ialah seru kebaikan dan cegah kemungkaran, cari redha Alah bukan redha , manusia. Khutbah dan ucapan dari hati yang taqwa baru sampai ke hati pendengar.


Ibu bapa bersalah . kewajipan anak-anak mendoakan kepada mereka bukan mengutuk mereka di khalayak ramai. Ini syariat Islam , bukan ikut selera kita.

Admin.

_______________________________



                            PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA