Saturday, 23 April 2022

Kolam renang kanak-kanak siap

 12/04/2022

28/03/2022 hingga 12/04/2022, dalam tempoh masa dua minggu boleh siap, kolam renang kanak-kanak.


__________________________

                          PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM 16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA





Gali tapak kolam renang


28/03/2022
_____________


                                        PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin



 

[English sub] Easy Swimming Lesson #1, Make Friend with Water



__________________

                                 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Kolam renang kanak-kanak PDP dibuka

 


                                               PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Friday, 22 April 2022

🔴 Siaran Langsung 21/04/2022 Kuliyyah Iftar & Soal Jawab Agama - Ustaz A...


____________________

                                   PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Jangan kurangkan hak orang atau makan mata dacing

 


Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.

(Hud 11:85)

________________________

Islam adalah agama muamalat, yakni berekonomi dan berniaga adalah termasuk dalam ibadat. Apabila kita sebut ibadat ada perkiraan dosa dan pahala, ada balasan syurga dan neraka.

Allah menentukan mengambil hak orang ; dengan mengurangi timbangan dan ukuran  , dosanya Allah tidak boleh ampun kecuali tuannya halalkan dan redha.

Orang yang mengambil hak orang lain , termasuk orang yang zalim; mereka mendapat laknat dari Allah dan yang dirampas hak mereka termasuk orang yang dizalimi , mereka mendapat rahmat dari Allah.

Muamalat dan berniaga bermakna kita memudahkan urusan umat Islam untuk mendapatkan bekalan barangan dan perkhidmatan. Islam melihat berekonomi tujuannya hingga ke akhirat bukan untung laba di dunia sahaja seperti ajaran Karls Mark, Yahudi German dalam kitabnya Das kapital, yang menafikan tuhan dan menyatakan agama adalah candu umat.

Pemikiran Karls Marks bertitik tolak dari duit adalah segalanya untuk mengurus dan menyusun manusia. Sedangkan wahyu mengatakan bahawa kaya atau miskin adalah ketetapan Allah. 

Iman seseorang yang menentukan cara hidup yang diredhai, bukan duit. Duit adalah alat untuk hidup sahaja, tanpa duit hidup kita susah. Duit bukan matlamat dalam hidup ini, matlamat hidup ialah mencari redha Allah, oleh sebab itu dalam mencari duit dulukan redha Allah. 

Sebab itulah bagi pengikut dan pemuja ajaran Karls Marks sanggup menjadikan duit tuhan, dan ini adalah sebesar-besar syirik.

Selain dari ekonomi Islam , yang ada hukum dan peraturan mengikut ketetapan Allah halal haramnya , tidak ada satu pun agama lain yang mengurus tentang ekonomi dengan panduan wahyu. 

Ini kerana mereka bersandarkan kepada agama Kristian, iaitu ekonomi suku, agama suku. yakni asas pemikiran sekular.

Gerakan kristianisasi telah merosakkan muamalat umat Islam kerana diresapkan dengan pemikiran sekular. Pemikiran sekular menggunakan akal dan selera sahaja dalam berfikir, , kesannya membawa  mereka sesat dalam akal dan selera. Mereka tidak jumpa  petunjuk agama dan selesa berada dalam kesesatan dan menyangka gaya hidup merekalah yang benar dan betul, walhal mereka telah melencong dari sirod mustaqim.

Mereka meraba-raba , kerana mata mereka pejam , dalam terang dan celik dalam gelap gulita, itulah bandingan orang yang sesat dari ilmu wahyu.

_________________

                            PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Dakwah nabi Syuaib a.s.

 



Mereka berkata: "Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu (yang banyak itu) menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami? 


Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami)?"


_______________________________
Dakwah nabi Syuaib a.s. ditentang oleh kaumnya.



__________________________

 PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin



Thursday, 21 April 2022

Cukupkan timbangan dalam jual beli

 

Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: 


"Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. 


Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; 


dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. 


Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.

(Al-A'raaf 7:85


______________________

Pada hari ini ramai minat berniaga, satu perkembangan yang sihat ke arah menjana ekonomi negara yang menjadi sebahagian dari tuntutan Islam. Berekonomi adalah ibadat jika cukup syaratnya seperti Allah tentukan, niat berniaga kerana Allah, berniaga perkara yang halal, tidak mengabaikan waktu solat, dan lain-lain syarat.

Namun begitu ramai yang tergelincir dalam perniagaan iaitu tidak mengikut suruhan Allah supaya betul dalam timbangan dan suaktan dalam pembuatan. 


Contoh mudah, perniagaan di warung dan bazar Ramadhan, seperti yang diriuhkan, karipap inti oksigen, sepatutnya kita gredkan barangan kita. gred a karipap inti daging batang pinang, harga, karipap inti kentang harga, karipap inti oksigen harga, barulah bebas dari tipu dalam perniagaan. Sebab pembeli ada hak memilih.

_______________________

                                  PUSAT DAGANGAN PULAI 003021717-M

                KM.  16, JALAN PULAI PANTAI, 77300 , MERLIMAU , MELAKA

Admin

Monday, 18 April 2022

Salam Nuzul al Quran

 


Salam Nuzul al Quran , semoga al Quran menjadi petunjuk kita

Juzu'17 -Nuzul al Quran

 

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

(Al-Anbiyaa' 21:1)

Juzu'17

________________